Wednesday 25 November 2015

Remaja dirogol, dilarikan diselamatkan pelanggan restoran



KUALA LUMPUR: Detik hitam dialami seorang gadis berusia belasan tahun, dirogol dan disamun tiga lelaki yang melarikannya di Cheras, Sabtu lalu, berakhir apabila diselamatkan sekumpulan pelanggan sebuah restoran.

Mangsa dari negara jiran yang juga pekerja sebuah salun rambut di Cheras, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas meminta bantuan pelanggan sebuah restoran di Balakong, Kajang, selepas kereta Proton Gen 2 dipandu suspek berhenti kerana kehabisan minyak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rotzarn Rashid, berkata dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras, di sini, menuju ke tempat kerja.

"Ketika sedang berjalan kaki, wanita terbabit didatangi seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak yang secara tiba-tiba memegang tangan dan memaut leher serta mengugut mangsa mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dinaiki dua lagi rakannya sebelum membawa mangsa mengelilingi kawasan perumahan di sekitar Cheras dan Balakong," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang suspek yang tempat duduk belakang, membuka baju dan seluar mangsa sebelum merogolnya.
Rotzarn berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 24 itu juga sudah ditahan, selepas mereka turut dipukul orang awam sejurus mangsa meminta bantuan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 395 kanun atas kesalahan melakukan samun.

Sementara itu, video rakaman suspek ditahan orang awam serta gambar mangsa, dikesan mula tersebar dalam laman media sosial Facebook, sejak kelmarin.

0 comments:

Post a Comment