Friday, 21 April 2017

13 pelajar ahli Geng 24 ditahan. SYABAS PDRM !



KUALA LUMPUR: Seramai 13 pelajar ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana menyertai kumpulan kongsi gelap Geng 24. Difahamkan, mereka adalah pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandaraya dan SMK Kampung Jawa.

Selain pelajar berkenaan, lima yang lain turut ditahan kerana menganggotai kumpulan sama. Semua tangkapan dilakukan di sekitar Klang, Selangor.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya, pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menahan lebih ramai individu yang terbabit dengan aktiviti kumpulan Geng 24.

"@PDRMsia kesan penglibatan pelajar2 SM Andalas, SM Raja Mahadi, SM Shahbandar, SM Kampung Jawa dalam aktiviti Geng 24. "Syabas STAFFOC @PDRMsia 13 pelajar,5 bukan pelajar disekitar Klang. Ramai lagi akan ditkap kerana terlibat dlm aktiviti geng 24. #GoPDRMGo," katanya.

Dalam Tweet itu juga, Khalid turut memuat naik dua klip video memaparkan sekumpulan individu, termasuk pelajar berpakaian seragam sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah.



Dalam klip video pertama berdurasi 45 saat, kumpulan terbabit dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, selain ada di antara mereka memegang kain rentang tertera nombor '24'. Dalam video kedua yang dimuat naik Khalid, sekumpulan individu yang menunggang motosikal memotong kek yang mempunyai lakaran gambar berserta tulisan 'SMK Sri Andalas 24 Apache'

- BH -
-----
Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini  -> http://tshirtfopdrm.wasap.my/  -(012-2357862)  😊😊



Sunday, 16 April 2017

GADIS TIPU DIROGOL.. POLIS BUKAN BODOH !!



KOTA BHARU 11 April - Polis menafikan dakwaan remaja perempuan dirogol pemandu teksi dalam kejadian Ahad lalu sebaliknya pelajar berusia 15 tahun itu sebenarnya meluangkan masa bersama teman lelakinya di Dabong, Kuala Krai pada hari kejadian.


Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, remaja itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.


Katanya, remaja berkenaan yang takut perbuatannya itu terdedah telah membuat laporan palsu dengan mengaitkan seorang pemandu teksi telah merogolnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketereh.

“Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata. Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tambahnya, siasatan lanjut mengenai kes tersebut sedang berjalan.

Semalam polis menafikan laporan seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa nafsu buas seorang pemandu teksi apabila dirogol ketika menaiki kenderaan tersebut untuk pulang ke rumahnya di Ketereh.


Kejadian tersebut telah viral di laman sosial facebook sejak kelmarin mengenai seorang remaja perempuan dirogol dan ditinggalkan pemandu teksi di tepi jalan di Tanah Merah.


- UTUSAN ONLINE
-----
NAK DAPATKAN TSHIRT KAMI ?
TERUS WHATSAPP ADMIN UNTUK LEBIH DETAILS DAN RESPON PANTAS! (012-2357862)




Thursday, 6 April 2017

MENYAMAR 'PEGAWAI MAYBANK' DAN CURI DUIT. HATI-HATI !




KUALA LUMPUR: Pemilik akaun bank Maybank diminta berhati-hati sekiranya menerima panggilan mencurigakan kononnya daripada pihak bank mendakwa terdapat tunggakan pembayaran untuk pinjaman peribadi.

Ini susulan wujudnya sindiket penipuan 'spoofing' yang menggunakan modus operandi (MO) menyamar sebagai wakil dari bank terbabit dan membuat panggilan telefon secara rambang ke mana-mana individu.

Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai Maybank dan meminta mangsa memberikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Selepas membuat 'semakan' pengesahan, ahli sindiket kemudian memaklumkan kononnya mangsa mempunyai tunggakan pembayaran pinjaman peribadi dengan bank berkenaan.

Jika mangsa menafikan ada membuat sebarang pinjaman peribadi dengan bank terbabit, ahli sindiket akan menjelaskan kononnya butiran pengenalan peribadinya sudah disalah guna pihak ketiga untuk membuat pinjaman itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, berkata mangsa akan panik dan sindiket mengambil kesempatan dengan menyuruhnya membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atau pihak polis.

"Mangsa akan diberikan nombor telefon BNM atau polis yang boleh dihubungi mangsa untuk membuat aduan dan semakan.

"Panggilan itu sebenarnya diubah menggunakan 'voice over internet protokol atau VOIP' yang mana ia akan dijawab oleh ahli sindiket yang mengaku sebagai pegawai BNM atau polis.

"Sindiket itu menggunakan sistem VOIP untuk membuat panggilan menggunakan internet dengan identiti pemanggil yang ditiru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, meskipun nombor yang diberi itu bukan nombor sebenar BNM atau polis, pemanggil akan menyangka sebaliknya, menggunakan sistem berkenaan.

"Mangsa menyangka dia bercakap dengan pegawai BNM atau pegawai polis, sedangkan dia sebenarnya bercakap dengan ahli sindiket yang menyamar.

"Sindiket akan meminta butiran akaun bank dan kad kredit sebelum mangsa diarahkan memindahkan semua wang yang ada dalam akaun banknya secara manual di kaunter bank atau melalui mesin pengeluaran wang (ATM) ke akaun bank pihak ketiga kononnya untuk tujuan keselamatan dan siasatan," kata beliau.

Katanya lagi, mangsa juga diarahkan supaya tidak memberitahu sesiapa berhubung perkara itu kerana ia boleh 'menjejaskan' siasatan.

Sumber:Berita Harian

Saturday, 1 April 2017

POLIS KE ASKAR ? ASKAR KE FRU ? MEREKA ADALAH...



PUBLIC ORDER RIOT UNIT (PORU) adalah pasukan anti rusuhan dari PGA yang juga dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan untuk membantu FRU.

Mereka juga dilengkapi dengan Body Armor dan kelengkapan lain sama seperti FRU. Hebat PGA macam-macam kerja dia boleh buat. SALUTE! ;)