Thursday 1 June 2017

3 PENJENAYAH MATI DITEMBAK. SYABAS PDRM !



TANGKAK 1 Jun - Tiga penjenayah bersenjata dipercayai terlibat dalam 10 kes samun melibatkan mangsa yang baharu mengeluarkan wang di bank ditembak mati di Jalan Parit Bunga, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu diekori anggota polis dari arah Melaka selepas mendapati kenderaan dipandu mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, polis masih mengenal pasti identiti kesemua suspek ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemukan di tempat kejadian.

“Polis mengekori kereta jenis BMW berwarna silver sebelum tiba-tiba salah seorang suspek melepaskan tembakan sebelum kita menembak mati kesemua mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment