Thursday 8 June 2017

8,000 ANGGOTA TRAFIK TIDAK BERCUTI

EMPAT puluh ribu pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang Aidifitri ini bagi menjaga keamanan dan keselamatan di lokasi tumpuan ramai di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata jumlah itu ditingkatkan berbanding tahun lalu bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pengganas di negara ini ketika musim perayaan.
Beliau berkata, selain itu 8,000 pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti.

"Jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas ketika musim perayaan ini ditingkatkan terutama polis yang menjaga perbatasan negara.

"Polis sentiasa berwasapa dengan pelbagai ancaman khususnya Daish dan bagi mengelak pengganas menyelinap masuk di sempadan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Sumbangan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2017 di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Pada majlis berkenaan, 3,864 bungkusan kuih raya diagihkan kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada musim perayaan ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Alahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21.

"Biarlah kami lakukan siasatan dahulu, masih lagi ada keterangan yang belum dirakam dan akan ada saksi yang dipanggil.

"Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Allahyarham didera teruk sehingga melecur 80 peratus tubuh sebelum meninggal dunia, minggu lalu.

0 comments:

Post a Comment