Thursday 1 June 2017

SINDIKET JUAL KANAK-KANAK TUMPAS, SYABAS PDRM !

POLIS menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia selepas menahan enam individu dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur, 11 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Majinji berkata, sindiket berkenaan didapati memperdagangkan manusia terutama kanak-kanak etnik Rohingya untuk dijadikan pengemis di sekitar ibu kota.

Beliau berkata, hasil serbuan berjaya menyelamatkan dua lelaki dewasa dan sembilan kanak-kanak etnik Rohingya.

"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menjual kanak-kanak berkenaan pada harga RM1,200 hingga RM1,500 seorang.

"Sindiket berkenaan menerima kanak-kanak terbabit dari ejen luar negara dan masuk melalui utara tanah air," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Habibi berkata, serbuan polis turut merampas wang tunai RM12,400 dipercayai hasil jualan kanak-kanak berkenaan.

"Semua suspek berusia 25 hingga 30 tahun adalah warga Myanmar dikesan aktif menjalankan kegiatan ini sejak lima tahun lalu.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

- MY METRO -

0 comments:

Post a Comment