PUCHONG: Seramai 38 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Selangor di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong, di sini, tengah malam tadi.
Dalam
serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, premis berkenaan didapati
menawarkan perkhidmatan gadis GRO yang turut disyaki menawarkan
perkhidmatan seks di luar premis.
Pegawai
Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin,
berkata wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an.
“Ketika
semakan dilakukan, kami mendapati GRO berkenaan adalah warga Vietnam
dan Thailand, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen selain
melanggar syarat pas lawatan sosial.
“GRO
itu juga dipercayai turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis
dengan harga RM200 hingga RM300 mengikut tawaran atau tip daripada
pelanggan.
“Selain itu, enam lelaki termasuk empat pekerja asing disyaki pekerja premis juga ditahan,” katanya.
Khaizam
berkata, hasil semakan juga mendapati premis yang beroperasi sejak dua
tahun lalu itu sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa.
- Berita Harian -
0 comments:
Post a Comment