Thursday 29 November 2018

Papagomo ditahan kerana siar kenyataan berbaur hasutan

Image result for papagomo

IPOH: Penahanan Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo dibuat kerana tindakannya menyiarkan kenyataan-kenyataan menerusi video berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Papagomo juga dilihat cuba menaikkan sentimen perkauman.

Sehubungan itu, tegasnya, polis perlu mengambil tindakan sewajarnya seperti menahan atau menangkap kerana isu perkauman yang dibangkitkan boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Kita tidak mahu perkara berkaitan perkauman dibangkitkan dalam keadaan luar biasa. Jika dibiarkan, ia akan menimbulkan masalah lain dari segi keselamatan.

"Jadi kita bukan sahaja mengambil tindakan terhadap Papagomo ini tetapi semua yang terlibat terutama mereka yang menggunakan media sosial untuk menimbulkan keadaan tegang dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan pemangku, Datuk Razaruddin Husain di Ipoh.

Wan Muhammad atau Papagomo ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang awal pagi ini untuk membantu siasatan dipercayai berhubung perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini.

- AWANI - 

Subang Jaya aman, tiada serangan: Polis

PDRM

SUBANG JAYA - Polis menafikan penularan dalam media sosial bahawa berhubung kenyataan yang mencetuskan keharmonian masyarakat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata,
terdapat sebaran mengatakan pihak Bukit Aman mengarahkan orang ramai keluar dari rumah selepas jam 9 malam sehingga hari jumaat.

Menurutnya, dakwaan itu mengatakan akan ada serangan yang akan berlaku di USJ dan Subang.
"Adalah ditegaskan keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal.

"Netizen diminta berhenti daripada menular berkaitan perkara yang tidak benar di dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan berita provokatif palsu yang memanipulasikan isu pemindahan tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pihaknya telah mengesan penularan berita-berita palsu dalam pelbagai bentuk dan platform.

"Berita palsu itu bukan sahaja membangkitkan kegusaran tahap melampau berhubung situasi keselamatan dalam negara malah mengguris sentimen perkauman masyarakat majmuk di negara ini," katanya.

- SINAR HARIAN - 

Wednesday 28 November 2018

Rusuhan kuil: Lelaki ini tidak kisah video tular...



SHAH ALAM - 'Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah,' kata ahli perniagaan, S Kanagarajah berhubung klip videonya yang berkaitan dengan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman menjadi tular.

Sambil menyifatkan tindakan netizen yang meniru gayanya adalah melucukan, Kanagarajah berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.

"Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu," katanya.


Menurutnya, dia kecewa terhadap insiden yang berlaku.
"Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu," katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, dia berkata, sekumpulan lelaki memasuki kuil dengan membawa senjata tajam.

"Pada masa itu, kita adakan upacara sembahyang dan dalam kuil semua ada dalam 40 orang termasuk wanita dan orang tua .

"Jadi kami mahu lindungi mereka," katanya.
Kanagarajah berkata, apa yang berlaku tidak melibatkan isu perkauman.

"Saya boleh cakap ini 100 peratus bukan masalah perkauman kerana kita berkawan baik dengan semua orang," katanya.

Bagaimana pun, dia tidak menolak sekumpulan individu yang melakukan rusuhan itu diupah oleh pihak lain.

"Sudah tentu! Tiada orang melakukan perbuatan seperti itu percuma," katanya.

Tambahnya, dia tidak menerima sebarang ugutan dan ancaman daripada mana- mana pihak selepas video itu tular.

Video tersebut menjadi tular sehingga mencetuskan parodi di media sosial menggunakan #Deychallenge dan #Theyychallenge.

Terdahulu, video berdurasi sembilan saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang mengawal keadaan di kuil berkenaan.

Selain itu, gambar lelaki sama dalam video berkenaan memakai uniform polis turut tular di laman sosial sehingga wujud spekulasi ada anggota polis terlibat.

Bagaimana pun, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks 

One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.
Seramai 30 individu ditahan polis berhubung kes tersebut.

- Sinar Harian - 

Adib tidak dilanggar, dia dipukul - KPN



KUALA LUMPUR 29 Nov. - Polis menyangkal dakwaan dibuat Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mengatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dilanggar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, perkara itu juga sudah dijelaskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid semalam.“Maklumat itu tidak benar, kita dah kenal pasti pihak yang buat dakwaan.

“Mangsa memang dipukul, bukan dilanggar dan kita masih buru mereka yang bertanggungjawab atas kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Kerajaan pastikan keamanan negara tidak digugat - PM

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan kerajaan akan memastikan keharmonian dan keamanan negara tidak diperlekehkan oleh sesiapa.

Sehubungan itu, perdana menteri memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada untuk memastikan perkara itu.

“Jika ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka sahaja, maka kerajaan yang mendokong prinsip ‘rule of law’, juga akan bertindak berdasarkan undang-undang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mahathir membuat kenyataan itu susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Isnin lalu.

Perdana Menteri menegaskan, ia bukan niat kerajaan untuk menghukum sesiapa secara buta-tuli, tetapi demokrasi mempunyai batasnya dan semua pihak harus faham akan batas-batas demokrasi ini.

“Tidak ada sesiapa yang boleh bertindak sesuka hati melanggar undang-undang dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat dan kekecohan dalam negara,” katanya. - BERNAMA

Rusuhan kuil: Polis nafi anggota terlibat

Rusuhan kuil: Polis nafi anggota terlibat

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan seorang anggotanya dalam kejadian insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, individu tersebut merupakan bekas anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR) yang telah ditamatkan perkhidmatan.

"Dia telah diberhentikan atas masalah-masalah tertentu.
"Jadi kenyataan mendakwa itu adalah anggota polis sama sekali tidak benar," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Pembuktian Dan Pendakwaan Serta Buku Panduan Siasatan Jenayah Melibatkan Agen Kimia, Biologikal Radiologikal, Nuklear dan Letupan, di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Terdahulu, satu video berdurasi sembilan saat telah tular sejak Isnin lalu memaparkan seorang lelaki sedang mengawal kemarahan ketika rusuhan berlaku.

Video berkenaan mula tular di laman sosial selain terdapat gambar lelaki berkenaan yang memakai pakaian uniform pasukan polis.

Dalam kejadian pada 26 November lalu , 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Akibat kejadian rusuhan itu, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh berada di dalam keadaan kritikal.

"Polis kini sedang mengawal dan memperketat kawalan keselamatan di sekitar kuil dan kawasan berhampiran," katanya.

- SINAR HARIAN 

'Adib dilanggar, bukan dipukul'

 'Adib dilanggar, bukan dipukul'

SUBANG - Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa kecederaan yang dialami anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam insiden kekecohan itu adalah disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Setiausahanya, VK Regu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila jentera milik JBPM cuba untuk mengundurkan kenderaannya sebelum melanggar mangsa terlibat.

“Apabila JBPM cuba untuk ke depan, terdapat kenderaan yang terbakar dan mereka terus mengundurkan jentera kerana bimbang berlaku letupan.

“Tanpa disedari terdapat anggota di belakang kenderaan itu dan jentera itu telah melanggar mangsa berkenaan,” katanya ketika sidang media hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, mangsa berkenaan, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Ekoran daripada insiden itu, Muhammad Adib mengalami kecederaan serius dan ditempatkan di Subang Jaya Medical Center (SJMC) sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

Mengulas lanjut, Regu berkata, orang ramai yang berada di lokasi kejadian pada waktu itu cuba untuk membantu mangsa dan bukannya bertindak agresif dengan memukul anggota terbabit seperti dilaporkan media.

“Selepas jentera melanggar anggota itu, orang ramai cuba untuk menyelamatkannya dan mengangkat mangsa ke dalam ambulans.

“Mereka bukannya bertindak untuk memukul seperti apa yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Regu berkata, pihaknya mempunyai rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai sedang cuba menyelematkan mangsa terlibat dan bukannya bertindak agresif kepada pihak berkenaan.

Tambah Regu, tiada keperluan buat pihaknya untuk membuat laporan polis dan badan bertindak kuil akan menyerahkan bukti rakaman video itu kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas ini.

“Kami baru dapat bukti hari ini dan tiada keperluan untuk buat laporan polis. Kami akan serahkan bukti kepada KPKT,” katanya.

- SINAR HARIAN - 


Tuesday 27 November 2018

SEKARANG NI POLIS NAK BUAT ITU TAK BOLEH, NAK BUAT INI TAK BOLEH!

Image may contain: 1 person, text and closeup

" Sekarang polis pun orang tak hormat lagi dah. Nak ambil tindakan pun takut. Nak bercakap pun takut, eh apa cerita?

Kita kena bagi kuasa pada kita punya penguatkuasa untuk mencegah perkara buruk daripada berlaku. Banyak orang polis nak lari dari kerja polis, nak pencen awal, ini kerana ada kongkongan.

" Nak buat itu tak boleh, nak buat ini salah. Itu satu dari faktor. Kalau you nak suruh dia jadi polis kemudian dia tak boleh buat itu ini, semuanya salah, jadi buat apa dia jadi polis. Padahal dia nak menguatkuasakan undang-undang. 

" Pegawai dan anggota polis perlu ada sokongan bukan saja daripada ketua-ketua di atas tetapi daripada orang ramai juga. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini orang menghina polis pun banyak.


Bila mereka nak ambil tidakan, mereka dimaki, jadi kita ada masyarakat apa ni? Masyarakat kita yang tak ada budi bahasa. Masyarakat kita yang kurang ajar. Tidak menghormati pihak berkuasa. Kita nak masyarakat yang sebegitu ke?

" Kalau kita nak masyarakat seperti itu, tak perlu ada undang-undanglah. Kalau kita tarik semua daripada mereka, kuasa pun tak ada, apa pun tak ada, macam mana mereka nak jalankan kerja?


" Sekarang ini saya tengok lain sikit. Orang menghina Raja pun tak kena tangkap. Orang yang menghasut orang lain pun kita diam je, tak ada tangkapan. Jadi ini yang merunsingkan saya.

Ini menggalakkan orang makin ‘berani’, bila dia makin berani satu hari nanti dia tidak akan terkawal. Kita kena kawal dari awal. Kalau kita buat diam, bersikap tidak apa, kita akan jadi susah! " – TAN SRI MUSA HASSAN (MalaysiaGazette)

PEGAWAI POLIS KENA BERSUARA BILA ADA BENDA TAK BETUL...WALAU PADA MENTERI!

Image may contain: 1 person, closeup

" Bila mereka (polis) nak ambil tidakan, mereka dimaki, jadi kita ada masyarakat apa ni?

Masyarakat kita yang tak ada budi bahasa. Masyarakat kita yang kurang ajar. Tidak menghormati pihak berkuasa.

Kita nak masyarakat yang sebegitu ke? Kalau kita nak masyarakat seperti itu, tak perlu ada undang-undanglah.

" Kalau kita tarik semua daripada mereka, kuasa pun tak ada, apa pun tak ada, macam mana mereka nak jalankan kerja?

Benda-benda tak betul saya terpaksa bersuara walaupun ia dilakukan oleh sesiapa saja termasuk Menteri. 

Kita terpaksa bercakap. Sebab itu orang tak suka saya. Kita kena menjalankan tugas 'without fear or favour'. 

" Pegawai dan anggota polis perlu menjalankan tugas dia secara bebas. Pada masa yang sama kita perlu pantau. Kita tidak boleh ‘bias’ pada mana-mana pihak." - TAN SRI MUSA HASSAN (MalaysiaGazette)

Monday 26 November 2018

'Muhammad Adib sepatutnya kahwin bulan depan'

'Muhammad Adib sepatutnya kahwin bulan depan'

SUBANG JAYA - "Kamu kuat. Cepat bangun kamu. Muhammad Adib. Doakan tunang saya .. tak kuat tengok kamu macam tu, demikian status dimuat naik Nurul Najihah dalam akaun Facebook miliknya, hari ini .

Nurul Najihah merupakan tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang cedera diserang sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kenderaan yang dibakar ketika rusuhan di Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilapor mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru berdarah selepas dikejarkan sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Status turut dimuat naik gambar mereka berdua tersebut  mendapat perkongsian ratusan netizen, selain komen dan tanda emoji sedih.

Pelayar Facebook, Cikda Sudin mendoakan supaya mangsa sembuh seperti sedia kala.
"Be strong .. sama-sama kite doakan supaya tunang awak sembuh sihat seperti sedia kala.. dipermudahkan urusan ..Amiin,"tulisnya di ruangan komen.
Erfan Noordin pula mendoakan supaya tunang Muhammad Adib kuat semangat.

"Semoga cepat sembuh.. Dan diangkatkan penyakitnya.. Amiinn ya ALLAH..Kuatkan semangat Jiha Nurul Najihah,"tulisnya.

Manakala Rahil Rasli berkata, doa rakyat Malaysia bersama Muhammad Adib.
"Syafakillah adib, doa kami rakyat Malaysia bersama kamu...,"tulisnya pula.

Sementara itu pemilik Facebook, Hazman Ismail dipercayai sepupu mangsa berkata, Muhammad Adib sepatutnya berkahwin bulan depan.

"Ya ALLAH kesianya sepupu aku Muhammad Adib, dah la nak kawin bulan depan, minggu lepas baru balik hantar baju kain nak buat baju nikah...semoga semuanya selamat, semoga tabah hadapi ujian Nurul Najihah," tulisnya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, seorang anggota bomba cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kenderaan yang dibakar berhampiran kuil .

"Kenderaan bomba juga dirosakkan dan anggota bomba yang cedera itu kini di rawat di hospital di Subang Jaya," katanya.

- SINAR HARIAN - 

Lebih 2,000 kumpul di kuil diminta bersurai

 Image result for fuzi harun


SHAH ALAM - Polis akan membuat kawalan selama 24 jam dan meminta kira-kira 2,000 individu yang masih berkumpul di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights dekat sini, malam ini, untuk bersurai dan tidak cuba menimbulkan provokasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima mendapati ada pihak cuba menghasut dan menimbulkan provokasi.

“Saya menegaskan sekali lagi kepada mereka yang berkumpul di sana untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan kerana kes ini masih dalam siasatan polis.


“Selain itu, kami dapat maklumat mereka ingin berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk melakukan provokasi dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, malam ini.

Hari ini, polis menahan 17 lelaki bagi membantu siasatan kejadian berkenaan, yang berlaku 2.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu selain 18 kenderaan dan dua motosikal dirosakkan dan dibakar.

Mohamad Fuzi yang baru sahaja pulang dari Dubai hari ini selepas menghadiri ‘87th General Assembly of the International Criminal Police Organisation (Interpol)’ di negara itu, terus bergegas ke IPK Selangor untuk memberi sidang media mengenai perkembangan kes tersebut.

Terdahulu beliau diberi taklimat berhubung kejadian berkenaan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlan Sadari sebelum memulakan sidang media. - Bernama

Rusuhan Di Kuil - Sedih Bila Polis dipersalahkan

Image result for pdrm berkawal
- Gambar Hiasan -

Saya berasa kecewa dengan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Putra Heights.

Sepanjang tempoh pentadbiran saya, tidak pernah berlaku konfrontasi melampaui batas undang-undang atau tindakan keganasan sebegini.

Segala pembinaan, pemindahan atau penempatan semula mana-mana tempat beribadat dan perumahan, selalunya dibuat mengikut perancangan setelah konsultasi dan rundingan, dan mendapat persetujuan oleh semua pihak.

Kita cari penyelesaian yang baik sentiasa dan berpihak kepada rakyat.

Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci dan saya doakan agar keputusan memihak kepada rakyat nanti.

Saya amat sedih membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini yang menyalahkan sesama sendiri dan ada juga yang salahkan pihak berkuasa - yang hari ini di tangan dan kawalan mereka.

Tindakan segera dan amaran tegas juga perlu dikeluarkan kepada semua pihak supaya tiada yang mengambil tindakan undang-undang sendiri tanpa menghiraukan undang-undang negara.

Saya menyeru kepada semua pihak. Bertenang. Peliharalah keharmonian negara dan perpaduan kaum.

Jangan musnahkan apa yang kita telah bina sejak sekian lama.
Malaysia ini tanah air kita semua.

Daripada Facebook - Najib Razak

'Baju polis, tentera tergantung di kedai Mat Bangla'

Mat Bangla

Pakaian seragam pihak berkuasa seperti polis, SPRM, JPJ, penguatkuasa PBT dan tentera mempunyai nilai yang tinggi dalam aspek keselamatan negara.

Pada pandangan orang awam, pakaian seragam ini cukup penting dalam menentukan peranan dan kuasa yang dimiliki si pemakainya.

Namun, kebimbangan wujud apabila warga asing terutamanya warga Bangladesh di pekan Sungai Besi dilihat seperti mempunyai 'lesen besar' untuk menjahit pakaian agensi penguatkuasa di negara ini.

Tidakkah ia akan memudahkan penjenayah melakukan penyamaran menggunakan pakaian seragam ini untuk memeras ugut, rompakan yang akhirnya memberikan imej buruk kepada agensi penguatkuasa.

Ikuti laporan Sinar Siasat yang akan mengupas isu ini.

BIARPUN  pernah didedahkan media sebelum ini, Wartawan Sinar Siasat meninjau semula untuk melihat situasi terkini di pekan Sungai Besi dan alangkah terkejutnya kerana lebih 20 kedai jahit di pekan ini dikendalikan warga Bangladesh.

Wartawan Sinar Siasat merasakan seolah-olah berada di Dhaka pula bila melihat mereka sibuk mengukur, menggunting kain dan menjahit sambil pekerja Bangladesh lain melayan pelanggan rakyat tempatan.Namun yang menjadi persoalan dari aspek keselamatan ialah kedai jahit warga Bangladesh turut mengambil tempahan untuk menjahit pakaian seragam pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Wartawan Sinar Siasat  yang membuat tinjauan di sana mendapati rata-rata papan tanda iklan di kedai jahit mereka tertera iklan khidmat jahitan pakaian seragam pihak berkuasa di negara kita.
Misalnya seorang  tukang jahit secara terang-terangan memberitahu dia memang berkemahiran menjahit apa juga jenis pakaian seragam yang ditempah.

"Baju polis, SPRM semua kita boleh jahit sini.
"Kita boleh siap terus sama itu logo," katanya memberikan  contoh sambil tangannya memegang baju baharu siap dijahit tertulis LHDN.

Berjalan dari satu ke satu kedai jahit, Wartawan Sinar Siasat cuma mengajukan permintaan mahu menempah pakaian seragam kepada tukang jahit sambil meninjau pelbagai jenis pakaian seragam termasuk baju celoreng askar yang tergantung di kedai itu.

Misalnya salah seorang tukang jahit warga Bangladesh itu juga mengakui boleh menjahit pakaian seragam polis tanpa mengira pangkat dan mengenakan caj tambahan untuk meletakkan logo sesebuah agensi.

Nampak sangat mudah untuk menempah semua pakaian seragam itu kerana mereka menerima tempahan tanpa banyak soal.

Mereka cuma bertanyakan berapa helai pakaian mahu ditempah,  lalu terus menyebut  harga pakaian yang hendak  dijahit dengan serendah RM80 hingga RM150 sehelai.

Wartawan Sinar Siasat juga memerhatikan gelagat mereka melayan pelanggan yang datang mahu menjahit pakaian atau melakukan ubah suai. Cukup mudah!

Seorang tukang jahit memberitahu, dia mengambil tempahan sama ada untuk sehelai pakaian seragam atau boleh ditempah secara banyak sekali gus.

"Saya ada lesen," katanya dengan bangga.
Masalahnya bagaimana untuk memantau bahawa tukang jahit warga Bangladesh ini menjahit untuk individu yang betul bukan menjahit pakaian seragam untuk  penyamar atau penjenayah.

Tidakkah tindakan seperti ini merintis kepada jalan penjenayah menyamar sebagai penjawat awam atau penguat kuasa untuk memeras ugut orang lain?

Misalnya, pakaian seragam tentera biasanya dijahit oleh  kontraktor dilantik untuk membekalkan pakaian tentera seperti terdapat dalam kontrak kerana seragam tentera diwartakan.    

- SINAR HARIAN -     

Menteri tegur cara polis tangani isu rusuhan di kuil



Lima menteri dan seorang timbalan menteri menegur pihak polis yang dalam kenyataan awal pihak berkuasa menyifatkan pergaduhan di kuil lama di Subang Jaya awal pagi tadi, melibatkan “dua kumpulan bangsa India ”.

“Kenyataan ini palsu dan tidak bertanggungjawab.

“Ia menambahkan ketegangan antara masyarakat India, terutamanya susulan respon lambat dan tidak tidak efektif polis Subang Jaya,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Waythamoorthy membacakan kenyataan yang dikeluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Md Farid Md Rafik, yang juga timbalan kepada Waythamoorthy, turut hadir dalam sidang media itu.

Waythamoorthy ialah menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perpaduan negara.
Polis Subang Jaya awal pagi tadi menyifatkan pergaduhan di Kuil Sri Mariammam, USJ 25, Putra Heights melibatkan "dua kumpulan bangsa India".

Kenyataan itu kemudian dipinda dengan menyebut ia melihatkan dua kumpulan, tanpa menyebut bangsa terlibat.

Justeru, Waythamoorthy berkata polis Subang Jaya patut disiasat dan diambil tindakan disiplin.
Kenyataan itu juga menyelar pihak polis yang didakwa lambat bertindak, yang menurutnya tiba selepas dua jam pergaduhan berlangsung.

Katanya, polis Subang Jaya tiba ke lokasi insiden kira-kira 4.15 pagi manakala pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba kira-kira jam 6 pagi.

- MALAYSIA KINI - 

Friday 23 November 2018

Maut ditembak selepas cuba tikam Polis



GEORGETOWN: Tindakan seorang lelaki cuba menikam anggota polis berakhir dengan tragedi apabila dia maut ditembak di kepala dalam kejadian di Jalan Ria, berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3.10 petang itu, suspek yang berusia 41 tahun cuba menikam anggota polis yang ketika itu mahu meleraikan pertengkaran antara dia dan seorang lagi lelaki.

Difahamkan, sebelum kejadian suspek menendang teksi dan bertengkar dengan seorang pemandu teksi berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata pemandu teksi terbabit kemudian menghubungi polis kerana bimbang diganggu suspek.

Menurutnya, anggota polis yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit pergi ke lokasi kejadian dan cuba meleraikan pertengkaran.

“Bagaimanapun, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan, suspek enggan menyerahkannya dan mempersoalkan tindakan anggota polis terbabit.

“Dia juga ketika itu cuba menikam anggota terbabit menggunakan pisau pemotong buah sepanjang 18 sentimeter dan diberi amaran supaya tidak berbuat demikian,” katanya.

Che Zaimani berkata, suspek bagaimanapun masih berkeras dan cuba menyerang serta menikam anggota polis terbabit yang kemudian terpaksa melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri.

“Suspek ketika itu dalam keadaan menunduk kerana mahu menikam anggota polis terbabit dan tembakan yang dilepaskan itu terkena tepat di kepalanya.

“Kita juga sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di premis berhampiran lokasi dan memang jelas menunjukkan suspek cuba menikam anggota polis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga belum mengetahui motif kejadian pertengkaran yang berlaku sebelum itu dan polis akan mengambil keterangan lanjut daripada pemandu teksi berkenaan.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau membabitkan sembilan kes jenayah dan enam kes dadah. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

- BERITA HARIAN - 

Sensitiviti agama: Zahid, Moorthy akan dipanggil polis



KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy antara sembilan individu yang akan dipanggil pihak polis berhubung kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di laman sosial.

Tujuh lagi ialah Presiden Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata Chiong Yoke Kong; ADUN Tras Chow Yu Hui; Pengerusi Gabungan 3 Ragvinder Singh dan Timbalannya Amran Ahmad Nor serta blogger Lau Shan Thean dan Muhamad Edi Mohamad Riyas atau Edi Rejang.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis memandang serius kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama sehingga timbul kegelisahan dan kegusaran masyarakat.

“Isu yang dimainkan ini jika tidak dikawal dan diurus dengan baik akan menjurus kepada keadaan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata lebih 160 laporan polis telah diterima dari seluruh negara dengan beberapa kertas siasatan menurut Seksyen 504, 505 dan 506 Kanun Keseksaan telah dibuka.

“Polis menjunjung tinggi hak asasi manusia melalui kebebasan bersuara, bagaimanapun hak tersebut haruslah diamalkan dengan penuh tanggungjawab dan mengikut batasan undang-undang.

“Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya demi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Ditanya sebab Ahmad Zahid turut dipanggil oleh pihak polis, Noor Rashid berkata pihaknya menerima laporan polis yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Jadi kita (polis) perlu dapatkan penjelasan daripada YB (Ahmad Zahid),” katanya. - Bernama

Wednesday 21 November 2018

Serang polis, suspek jenayah ditahan

Serang polis, suspek jenayah ditahan

KUALA LUMPUR -  Video memaparkan seorang lelaki bersenjatakan besi dikepung dan dipukul sebelum ditahan polis yang tular di media sosial adalah membabitkan operasi penahanan suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang semalam di kawasan Bandar Sri Permaisuri.

Menurutnya, lelaki tersebut sebelum itu terlebih dahulu menyerang dan cuba mencederakan anggota polis menggunakan senjata tajam dan besi tersebut.

“Semasa anggota dari Balai Polis Salak Selatan membuat rondaan cegah jenayah, telah terima maklumat terdapat seorang individu yang sedang membuat kacau dan menggangu orang awam di kawasan Bandar Sri Permaisuri.



“Anggota-anggota tersebut terus ke lokasi dimaksudkan dan berjaya mengesan individu yang dimaksudkan yang sedang duduk di atas sebuah motosikal.

“Semasa anggota tersebut cuba menghampiri individu tersebut dan setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa, individu tersebut terus mengeluarkan dua bilah pisau kecil pemotong sayur dan pemotong kertas dan mengambil sebatang besi yang dikutip di tepi jalan dan kemudiannya mengacu pisau dan besi tersebut kepada anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, ketika kejadian, salah seorang anggota telah bertindak menghubungi anggota lain yang sedang bertugas ronda cegah jenayah di kawasan lain untuk membantu.

“Dengan turut dibantu oleh orang awam, suspek telah berjaya ditahan. Semasa pemeriksaan dibuat ke atas beg dipakai suspek, telah menemui satu tiub straw disyaki berisi dadah dan satu peket plastik lutsinar juga disyaki berisi dadah.

“Semakan ke atas motosikal yang digunakan suspek masih dilaporkan hilang di kawasan Cheras,” katanya.

Tambah Mohamed Mokhsein, suspek warga tempatan berumur 33 tahun ini turut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dibenarkan untuk direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama (4) hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

- SINAR HARIAN -

Tuesday 20 November 2018

ICERD tidak perlu di Malaysia

 Image may contain: 2 people

SHAH ALAM - Pakar sejarah dan sosio budaya negara berpandangan kerajaan tidak perlu untuk meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong ini kerana Malaysia telah terbukti tidak mengamalkan amalan diskriminasi.
Katanya, perkara ini boleh dirujuk kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjaga hak semua rakyat di negara ini.

"Sebenarnya kita lebih awal dari ICERD dalam menangani diskriminasi, ICERD wujud pada tahun 1965 dan ia dikuatkuasakan pada 1969, negara kita merdeka pada 1957 dan menerusi Perlembagaan Persekutuan kita sudah ambil kira supaya tiada diskriminasi.

"Dan apabila tertubuhnya Malaysia pada 1963, kita sudah mengambil cakna semua perkara termasuk hak Sabah, Sarawak, jadi kita lebih awal sedar tentang diskriminasi ini daripada ICERD, jadi tidak perlu pun ICERD ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai isu ICERD yang semakin panas sekarang.

Beliau berkata, Malaysia dalam laksanakan satu dasar pasti ada semangat bangsa dan agama yang kuat.

“Jadi kalau berlaku sedikit tersasar kita selesaikan dalam Malaysia, kita ada perundangan yang cukup untuk selesaikan apa-apa yang tak betul dalam negara kenapa nak bawa ke pentas antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu katanya, sekiranya ICERD diratifikasi oleh Malaysia ia bakal membawa 'malapetaka' buat negara.

"Kalau kita ratifikasi ICERD sekarang kita akan guna kayu ukur mereka dan akan banyak pengecualian, banyak nota kaki, jadi buat apa nak terima sesuatu yang banyak pengecualian , maksudnya ICERD dibuat barat jadi ada kayu ukur tertentu kadang tak sesuai dengan kita dan jika sesuatu itu tak berpihak pada kita kenapa nak terima?," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata, pada hakikatnya tiada amalan diskriminasi dalam negara kita.
"Kalau orang Cina kata wujud diskriminasi, sebenarnya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi, mereka kaya raya.

"Kalau kita kata pendidikan Cina disekat, mana ada sekolah Cina disekat, hinggakan wujudnya  1,300 buah Sekolah Jenis Kebangsaan malahan ada sekolah persendirian dan hakikatnya sistem pendidikan Cina di Malaysia adalah  terbaik  selepas negara China, Hong Kong dan Taiwan kalau ada diskriminasi mana mungkin ia maju," katanya lagi.

Justeru itu bagi menyelesaikan polemik berhubung ICERD ini beliau mencadangkan agar perkara ini dibahaskan di Parlimen.

"Bagi saya, perkara ini perlu dibahaskan di Parlimen, kita ada 222 ahli Parlimen, mereka perlu bahas bagi pihak rakyat dan dari situ kita tengok bagaimana, kita bincang bersama," katanya.

- SINAR HARIAN - 

Polis kesan individu maki jurujual



KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur ‘rasis’ terhadap seorang jurujual wanita di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor dalam klip video yang tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

“Kami sedang mengesan individu itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi kira-kira 46 saat itu, seorang individu mendekati seorang wanita berbangsa Cina yang sedang mengedarkan perasa minuman keras di pasar raya berkenaan.

Individu berkenaan mempertikai dan mendakwa perasa minuman keras itu diberikan kepada semua pelanggan.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan itu sebelum individu berkenaan kemudian mendesak jurujual terbabit menggunakan bahasa Melayu.

Apabila desakan supaya wanita itu berbahasa Melayu tidak diendahkan, lelaki itu menunjukkan isyarat lucah.

Berdasarkan susunan arak yang dilihat dalam klip video itu, kejadian itu dipercayai berlaku di seksyen jualan produk tidak halal.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng membuat laporan mengenai klip video berkenaan yang tular, baru-baru ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan laporan itu dibuat bagi memastikan polis mengambil tindakan terhadap tindakan individu terbabit bagi mengatasi ketegangan kaum yang semakin menjadi-jadi di negara ini.

- BERITA HARIAN - 

Rompakan Kuchai Lama: Salut anggota D9 Selangor!

Salah seorang anggota D9 yang terlibat cedera akibat ditembak di bahagian lututnya, dia yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) difahamkan berada dalam keadaan stabil.

Salah seorang anggota D9 yang terlibat cedera akibat ditembak di bahagian lututnya, dia yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) difahamkan berada dalam keadaan stabil.


KUALA LUMPUR – Keberanian yang luar biasa!
Itu ucapan terbaik untuk sekumpulan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka dalam usaha menumpaskan enam penjenayah di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini hari ini.

Pasukan itu bukan saja berjaya mengelakkan insiden berbalas tembak itu daripada mengenai ratusan pengunjung di pasar raya berkenaan, malah mereka juga telah mengejar salah seorang suspek yang cuba melarikan diri dengan sebuah kereta sebelum berjaya menembak penjenayah tersebut kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Walaupun salah seorang anggota D9 yang terlibat cedera akibat ditembak di bahagian lututnya, dia yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) difahamkan berada dalam keadaan stabil.

MalaysiaGazette berjaya memperoleh foto anggota berkenaan yang kini difahamkan bakal dibedah pada bila-bila masa dari sekarang.

Kami juga difahamkan anggota tersebut berpangkat Koperal dan berusia dalam lingkungan 30an.
Dalam kejadian petang tadi, lima daripada enam penjenayah bersenjatakan kapak, parang dan pistol yang menyamun kedai emas di pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata seorang lagi penjenayah berjaya diberkas.

Katanya enam lelaki warga tempatan tersebut sebelum itu meluru masuk ke pasar raya berkenaan sebelum menyamun kedai emas di situ dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata sebaik keluar, suspek bertembung dengan sepasukan anggota polis yang datang selepas menerima maklumat awam mengenai kehadiran beberapa individu mencurigakan yang memakai topi keledar di dalam kereta di kawasan pasar raya.

MalaysiaGazette difahamkan yang gerakan besar-besaran sedang dilancarkan untuk memburu lebih ramai suspek yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kumpulan penjenayah yang ditumpaskan itu. – MalaysiaGazette

Polis tembak mati 5 penjenayah



KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, di sini, jam 4.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, empat penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, di sini, jam 4.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, empat penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

- BERITA HARIAN -

Sunday 18 November 2018

Dewan kecoh, pembangkang bidas Moorthy isu ICERD



KUALA LUMPUR - Suhu Dewan Rakyat hari ini kembali panas apabila pembangkang sepakat 'menyerang' Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy berhubung pendiriannya mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Moorthy yang ketika itu memberi  ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, mengenai ICERD beberapa kali 'dihentak' oleh ahli Parlimen pembangkang yang bangun mencelah untuk meminta penjelasan yang jitu mengenai ICERD.

Keadaaan semakin panas apabila Datuk Seri Reezal Merican Naina (BN-Kepala Batas)  tidak bersetuju dengan penjelasan yang dibuat Moorthy.

Reezal menuduh Moorthy memberi kenyataan mengelirukan dengan menyatakan dibawah ratifikasi ICERD Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan mempunyai had masa.
Moorthy menafikan dan  berkata tidak pernah membuat kenyataan demikian.

"Memang jelas apa yang saya cakap dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan saya tidak sebut pun ada jangka masa, saya kata tidak ada jangka masa," kata Moorthy.

Bagaimanapun Reezal tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut dan mengulangi tuduhannya menyatakan kenyataan menteri itu mengelirukan Dewan Rakyat.

Perbalahan berterusan apabila Tan Sri Noh Omar (BN- Tanjung Karang) menyerang menteri dengan mengaitkan isu penyebaran video tular berhubung kenyataan Moorthy mengenai pencabulan hak asasi 10 tahun ketika cuba menjelaskan pendirian kerajaan mengenai ICERD .



"Masalahnya menteri tak layak (bercakap) dalam cakap lain, luar cakap lain," katanya sambil disokong oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat bertambah hangat dengan tindakan Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang melaungkan perkataan rasis dan ia diikuti oleh ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Pekikan rasis kedengaran di Dewan Rakyat berlarutan sehingga lima minit sehingga di tenangkan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

"Jika suasana ini berterusan saya terpaksa ambil tindakan, Parlimen tempat perbahasan yang intelektual benarkan menteri habis cakap dulu,". katanya.

Sebelum itu Datuk C Sivaraajh (BN-Cameron Highland)  bangun mencadangkan kepada Speaker untuk menukar wakil menteri lain menjawab bagi pihak Moorthy.

Menteri yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan itu berapa kali dilihat cuba bangun untuk menghabiskan sesi penggulungannya bagaimanapun dihalang oleh ahli pembangkang lain.

Keadaan Dewan Rakyat bertambah kecoh menyebabkan menteri itu akur dan  berkata akan memberi jawapan bertulis mengenai ICERD.

"Speaker saya  fikir ahli Parlimen lain tidak beri perhatian kerana  itu saya akan beri jawapan bertulis." katanya sekaligus menamatkan 'perang' yang berlanjutan berkenaan.

- SINAR HARIAN -

Wednesday 14 November 2018

Orang kaya tak dikenakan cukai kemewahan?

 Image result for lim guan eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang mengenakan cukai kemewahan terhadap golongan kaya di negara ini bagi menggelak kejutan terhadap  pasaran modal dan kewangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan kini dalam proses memulihkan kedudukan fiskal defisit yang dihadapi negara dan sebarang pengenalan cukai sedemikian seperti cukai keuntungan modal dikhuatiri  akan menjejaskan usaha tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Cukai untuk mengkaji cukai-cukai yang akan dilaksanakan dalam Belanjawan 2019.

Bagaimanapun, katanya, cukai kemewahan tidak diketengahkan setelah ia mendapat maklum balas daripada beberapa pihak termasuk Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan.

“Ini berikutan kebimbangan pulangan yang diterima oleh kerajaan tidak akan seimbang dengan kesan impak negatif terhadap pasaran modal dan juga kedudukan kewangan.

“Oleh itu, jika langkah itu dijalankan dalam keadaan fiskal yang agak mencabar ini, ia juga akan merupakan satu kejutan kepada pasaran modal dan kewangan,” kata Lim menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hassan dan Kiandee bertanya kepada Lim kenapa kerajaan tidak mahu mengenakan cukai kemewahan kepada golongan kaya sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.
Lim berkata cukai sedemikian juga tidak dikenakan oleh negara-negara jiran.

“Saya fikir apa yang kita patut buat sekarang ialah kita jangan terlalu ghairah sehingga kita kejutkan sistem secara keseluruhan,” katanya.

Katanya, kerajaan juga telah menyasarkan tempoh tiga tahun untuk memulihkan kedudukan fiskal dan kewangan negara, sekali gus meletakkan semula Malaysia ke landasan yang betul.

- Bernama

Tuesday 13 November 2018

Dakwaan dirasuah RM5 juta: Farid Kamil gagal dihubungi

Datuk Farid Kamil Zahari

SHAH ALAM 10 Nov. - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari masih belum hadir memberi keterangan berhubung dakwaan diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah meminta suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu untuk hadir bagi diambil keterangan melalui adiknya .

"Kita telah cuba untuk menghubungi Farid Kamil tetapi gagal. Oleh demikian, kita telah menghubungi adiknya bagi memaklumkan perkara tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Semalam, Polis Selangor memaklumkan akan memanggil Farid Kamil dalam masa terdekat susulan dakwaan pelakon itu mengatakan dirinya cuba diberi rasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam, 43.

Laporan tersebut dibuat kira-kira pukul 6 petang kelmarin di Balai Polis Kota Damansara dekat sini.-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dakwaan-dirasuah-rm5-juta-farid-kamil-gagal-dihubungi-1.784737#ixzz5Wiw7UypE
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday 12 November 2018

Operasi banteras ragut bermula esok

 

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Ops Ragut dan Samun Jalanan yang bermula esok selama 30 hari bagi menangani jenayah berkenaan di ibu kota.

Kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas kegiatan jenayah samun dan ragut membabitkan pelancong dan warga tempatan iaitu Bukit Bintang, Pasar Seni dan Kota Raya akan menjadi tumpuan operasi itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata operasi bersepadu berkenaan akan dijalankan oleh beberapa elemen termasuk Jabatan Siasatan Jenaya (JSJ), Unit Polis Pelancong, Unit Rondaan bermotosikal (URB) dan beberapa Balai Polis di sekitar Kuala Lumpur.

“Kita mendapati terdapat peningkatan terhadap jenayah ini disebabkan itu satu operasi khas akan dijalankan bermula esok.

“Kita akan melihat keberkesanan operasi ini. Kawasan tumpuan adalah di daerah Dang Wangi,” katanya.

Mazlan berkata, sehingga Oktober ini sebanyak 252 kes ragut membabitkan pelancong berlaku di Kuala Lumpur.

“Manakala sebanyak 469 kes ragut dilaporkan berlaku untuk warga tempatan. Terdapat sedikit peningkatan berbanding tahun lalu.

“Polis ingin mengurangkan kadar jenayah ini dan jika operasi ini berkesan kita akan teruskan operasi khas ini,” katanya.

- Berita Harian - 

Thursday 8 November 2018

HARGA GETAH MERUDUM, PENOREH GETAH MERANA



HARGA
getah yang semakin merudum buat penoreh getah terus berkeluh resah. Sedangkan harga barang-barang lain  meningkat termasuk harga makanan dan barang keperluan.
              
Tular video di grup-grup WhatsApp luahan seorang pak cik yang dipercayai juga seorang penoreh getah memeluk sebatang pokok getah dengan berlatar belakangkan kawasan kebun getah namun tidak dipastikan di mana lokasinya.

Dia juga meminta pihak-pihak yang tertentu mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib pekebun-pekebun kecil sepertinya.

"Saya cukup sedih, kerana harga sekilogram (KG) ikan kembung RM12 berbanding harga sekerap (getah sekerap) hanya RM2.  Anak saya banyak (ramai), (jadi) saya kena motong (menoreh) 10 KG getah berbanding dengan harga (ikan) kembung... menangis saya setiap kali anak saya sedih.

"Anak saya sedih, sekali hadap sahaja (ikan) satu kilogram.  Saya berucaplah (bercakap) (agar) pihak yang berkenaan ambil tindakan sewajar(nya) (dengan) harga pokok-pokok getah pekebun kecil.  Saya haraplah sangat pihak yang memaju (yang) meneroka (ambil tindakan)," luahannya.

Sudah pasti keluhannya itu, turut mewakili penoreh-penoreh getah lain yang berhadapan dengan situasi yang sama.

Sebelum ini, memetik laporan Harian Metro, penoreh getah di Baling, Kedah yang memerah keringat dari pagi hingga tengah hari di kebun yang disewa mereka, tetapi hanya dibayar RM1 sekilogram.

Dengan harga serendah itu, mereka mengikat perut dan terpaksa berhutang demi membeli sekilogram beras untuk keperluan seisi keluarga.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini juga, harga getah yang rendah memaksa ramai penoreh di sini menggantung pisau toreh buat seketika dan melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuk menjadi buruh binaan demi kelangsungan hidup keluarga.

Harga getah sekitar RM2 sekilogram dikatakan tidak berbaloi dengan usaha mereka mengerah keringat sedangkan banyak mulut yang perlu disuap setiap hari.

- SINAR HARIAN - 

Warga asing wajar dapat manfaat Belanjawan 2019?

Related image

KUALA LUMPUR - Warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor sama ada profesional mahupun tidak di negara ini wajar mendapat manfaat dalam Belanjawan 2019 terutamanya melibatkan pas perjalanan pengangkutan awam.

Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Agora Malaysia melalui kenyataan media berkata, ini kerana pekerja warga asing juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.

“Apa yang dilakukan kerajaan melalui Belanjawan 2019 itu baik untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di bandar tetapi kami kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di mana pas perjalanan hanya untuk rakyat Malaysia.

“Apa yang diumumkan itu tidak termasuk dengan sebahagian besar warga asing yang memberi sumbangan penting terhadap ekonomi Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.



Pertubuhan itu juga mengingatkan, keputusan kerajaan dengan hanya memberikan pas perjalanan kepada rakyat Malaysia sahaja akan memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi melibatkan pekerja asing.

Mengulas lanjut pertubuhan itu berkata, seperti sedia maklum, ramai tenaga buruh warga asing memenuhi pelbagai permintaan industri di Malaysia di mana pendapatan yang mereka perolehi boleh dikategorikan sebagai rendah.

“Ramai yang bekerja di kilang-kilang, kedai, kawasan pembinaan, ladang dan restoran mamak. Kumpulan seperti ini adalah kumpulan yang berada dalam posisi gaji rendah yang kritikal.

“Jadi mereka boleh diberikan pas perjalanan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan pertubuhan itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pas perjalanan itu kepada warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

“Kebanyakan mereka juga terbeban dengan kos sara hidup terutamanya bagi menyara keluarga, memainkan peranan bagi memastikan keluarga bahagia dan menstabilkan sumber pendapatan keluarga,” katanya.

Anthony sebelum ini menjelaskan Penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang.

- SINAR HARIAN - 

Wednesday 7 November 2018

Pemandu Grab didakwa rogol remaja bawah umur di rumahnya

 Pemandu Grab rogol kanak-kanak

PULAU PINANG 8 Nov. - Seorang pemandu Grab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 11 tahun, tiga tahun lalu.

Teh Kim Huat, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Kedidi, Sungai Ara, Bayan Lepas pada 2015.

Atas kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul memberitahu, pihak pendakwaan tidak membenarkan tertuduh untuk diikat jamin bagi kes tersebut.

Tertuduh bagaimanapun merayu untuk diikat jamin dengan alasan terpaksa menanggung dua orang anak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Dah berani maki, ugut polis...

No automatic alt text available.

LELAKI lelaki warga Bangladesh ditahan selepas didapati memberi amaran serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis yang cuba melakukan pemeriksaan ke atasnya di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, petang semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, lelaki terbabit ditahan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah selepas tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe, berkata ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki berusia 30 tahun itu gagal mengemukakan dokumen dirinya serta lesen memandu.

“Dia (suspek) sebaliknya mengeluarkan kata-kata kesat serta menyatakan bahawa pihak polis tiada hak untuk melakukan pemeriksaan ke atas dirinya.

“Malah, dia mengugut anggota polis yang menahannya untuk saman dan menahan dirinya atas alasan kononnya semua warga asing diberikan kebebasan daripada diperiksa pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arifai berkata, lelaki warga Bangladesh itu kemudian ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Polis Kuala Lumpur di Jinjang untuk tahanan reman.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas polis melakukan pemeriksaan serta Seksyen 6(1)c Akta Imigresen 1953 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

“Mana-mana individu yang dikesan melakukan kesalahan boleh ditahan untuk pemeriksaan susulan termasuk warga asing sebelum sesuatu tindakan susulan diambil.

“Sehubungan itu, kami memberi amaran kepada mana-mana warga asing untuk tidak menggunakan alasan kononnya mereka mempunyai imuniti daripada ditahan pihak polis apabila dikesan melakukan kesalahan,” katanya.

Harian Metro Rabu, 7 November 2018

Tiada permohonan permit dibuat pemandu teksi: Polis

Image result for demo pemandu teksi

PUTRAJAYA - Polis tidak menerima sebarang surat permohonan permit sekumpulan pemandu teksi untuk membuat himpunan aman di sini, esok.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan.

"Berdasarkan sumber yang diperolehi, kita ada terima maklumat tentang himpunan itu.

"Tapi, buat masa ini, tidak ada sebarang surat permohonan permit berhimpun dibuat mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, polis bagaimanapun sentiasa bersedia dan segala persiapan telah dibuat.
"Polis akan bertindak jika terdapat sebarang kemungkinan berlakunya sepanjang himpunan tersebut," katanya.

17 Oktober lalu, lebih 100 pemandu teksi menuntut Kementerian Kewangan (MoF) mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh 24 jam bagi membincangkan mengenai nasib mereka selepas kerajaan dilapor sedang mengadakan rundingan dengan syarikat e-hailing, Grab.

Surat tuntutan itu dikemukakan wakil pemandu teksi, Datuk Shamsubahrin Ismail kepada Setiausaha Bahagian Strategi korporat dan Komunikasi MoF, Suhaili Ahmad.

Kemudian, semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengingatkan pemandu teksi agar tidak membuat permintaan berunsur ugutan dan menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan yang mempunyai unsur-unsur ugutan.

Menurut Anthony, beliau sentiasa membuka peluang kepada semua persatuan dan pengusaha teksi untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan.

- SINAR HARIAN - 

Shafie Apdal kekal Ketua Menteri Sabah


https://img.astroawani.com/2018-05/51527474974_MOHDSHAFIEAPDAL.jpg
KOTA KINABALU
: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kesemua kes saman yang dipohon daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tepat jam 4.10 petang tadi sekali gus mengekalkan status Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie memberikan keputusannya pada pukul 4.10 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

Musa turut diarahkan membayar kos guaman sejumlah RM15,000 kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie.

Tuesday 6 November 2018

TUDUH POLIS TENDANG ORANG AWAM, INI CERITA DISEBALIKNYA



Saya rakan setugas polis yang viral ni.. dia menggantikan shif saya.. tugas ops payung dihadapan Maybank Bahau.. sekarang kita cita bab rakaman ni je dulu.. apa yang anda lihat betul2 tentang rakam ini.. walaupun anda tidak mengetahui punca sebenar.. 


1. Lihat seluar polis bernama Azli... ada kesan kotoran kan? Di situ kita dpt lihat apa tindakan lelaki India tu buat pada anggota polis berkenalan.


2. Kalau lelaki India tu betul dia ckp dia ditendang.. kenapa dia takut dan x mahu masuk kereta mpv utk dibawa pergi ke balai... kat balai dia boleh buat report dan IO ada siasat betul atau tidak... adakah masa kejadian dia dlm keadaan sedar atau dibawah pengaruh alkohol semasa memandu.. dan cctv di hadapan bank dan kedai2 berhampiran boleh dijadikan sebagai bahan bukti..


Disini dapat dilihat yang lelaki india dan kumpulan india cuba membuat provoki dlm video ini.. kesalahan boleh ditangkap menghalang penjawat awam melaksanakan tugas... cuba membuat provakasi yg boleh mencetuskan pergaduhan.. dan jurugambar yg mengambil video dan menyebar video boleh dikenakan tindakan... 


Apa yg sy kesal.. nitezen yg trus menghukum pihak polis dan memaki hamun pihak polis dgn hanya mendengar ulasan dr jurugambar.. adakah anda melihat polis dlm video itu menjawab atau mengeluarkan kata2 kesat atau meninggikan suara? Tidak ada kn.. lihat ada seorang lelaki India berumur dlm video itu yg membuat provok, dengan mengatakan “kalau berani datang la one by one”... ada netizen komen mengatakan polis baru nk tunjuk lagak, kurang pengalaman...

Untuk pengetahuan semua KPL AZLI sudah berkhidmat hampir 13 tahun dalam PDRM.. bukan 13 hari bukan 13 bulan... sy nasihat kan pada netizen supaya berhati2 bila komen, jgn mengeluarkan komen2 berbaur fitnah tanpa mengetahui kejadian sebenar...
Jangan jadi hakim tnpa gaji takut tido lokap lak... sy xnk la crita menteliti masyarakat setiap kaum disini.. sbb kita hidup dlm berbilang bangsa dan agama... SELAMAT HARI DEEPAVALI...

Kiriman -
Azlan Masri Lan Mrd

VIDEO >>

Friday 2 November 2018

Pencen sedia ada tak dapat dikekalkan?


Related image


KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

"Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam," menurut laporan itu.

Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.

Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.

"Justeru pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh," jelas laporan itu.


Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.

"Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP) dan hasil kutipan cukai," jelasnya.

Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.

Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran agar mereka terus produktif. - Bernama
-------
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcE_DZAUjiH7mrHqUvzRM7XRBrtLk26ylv1DvlW4h9ZPlzrrUVZSsWFJnDqe4ey0yiysROUYEUpwfh3m898dfTfEX2TBB-9imdf4BKjSD_oi3C2y53Cti1P68HHntw-stDaFNKQM7LfZw/s400/FO+PDRM+-+CAR+STICKER+copy.png
>>LEBIH LANJUT CLICK SINI <<

Thursday 1 November 2018

NAH! FREE! FREE! KAD RELOAD RM8 eWallet Touch & Go !



Harini pasang RFID tag. Tak lama lagi Smart Tag dan touch N go akan dimansuhkan perlahan lahan. siapa nak pasang boleh la masuk website touch n Go.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor
Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor
Image may contain: 2 people
No automatic alt text available.

Masih free sebelum tahun 2019. Start tahun depan dah kena bayar.

Daripada Facebook - Hafiy Hazmi

Untuk pemasangan RFID Sila Call - +603-2714 8888

RFID akan link dengan Touch n Go eWallet..
Ikut step ni untuk dapatkan Kad Reload RM8 SECARA PERCUMA..


SEKARANG ZAMAN KITA KURANG PEGANG CASH..
Siapa nak FREE RELOAD ni? Nak belanja je 😜
1. Download Apps 'Touch 'n Go eWallet di Playstore dan Apps store ke dalam phone korang..
2. Register ikut step dia sampai complete.
3. Bila dah compelete nanti akan nampak 'RELOAD NOW' dekat main pages dalam Apps tu.

4. Ha! Step ni yang ditunggu. WhatsApp PrintScreen Apps TnG eWallet korang ke 012 2357862 (ZAPA). Dan saya akan reply dengan Soft Pin RM8 ni. Contoh --


5. Kemudian reload guna Soft Pin tu. Done! Dan korang boleh berbelanja dengan lebih mudah dan cekap! 😊😊


*Satu softpin hanya untuk satu Acc sahaja..
(YANG BARU INSTALL APPS SAHAJA BOLEH REDEM RM8 PERCUMA NI)