Wednesday 9 January 2019

"Hisap Rokok Kena Denda Sampai Penjara Tapi Hina Raja ..." - Sharnaaz Ahmad



Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan pandangannya berhubung isu viral penghinaan terhadap institusi raja Malaysia di media sosial.

Sharnaaz pada masa sama turut membandingkan undang-undang Malaysia terhadap pesalah laku yang merokok dalam premis makanan dan restoran.

"Dahsyat undang-undang malaysia, hisap rokok kena denda sampai penjara, tapi menghina raja atau Agong, kena gantung kerja ja?

"Lepas tu minta maaf settle, baik aku hisap rokok ja, lepas tu “opps sorry”," tulis Sharnaaz menerusi akaun Twitternya pagi tadi.



Luahan Sharnaaz itu menarik perhatian netizen untuk memberikan pandangan masing-masing berhubung isu-isu terbabit.

Malah, kenyataan Sharnaaz turut dipersetujui oleh sutradara popular, Michael Ang.

Namun, ada juga yang beranggapan perlaksanaan undang-undang keras terhadap perbuatan merokok di premis makanan dan restoran logik memandangkan ia boleh memudaratkan orang awam.

Manakala, tindakan menghina raja merupakan kesalahan individu.
 


Sumber - gempak.com

0 comments:

Post a Comment