Thursday 3 January 2019

Patutlah sekolahnya 13 orang dapat 8A! Ustazah ini kongsi tips murid cemerlang UPKK



ANAK
- anak ambik peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun ini?
Keputusan UPKK murid juga dinilai untuk memilih aliran sekolah peringkat menengah terutama untuk memasuki sekolah menengah agama, asrama penuh, sekolah tahfiz dan lain-lain.

Sijilnya juga sama penting dengan sijil PSRA (tahun enam).

UPKK ini adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.


Untuk itu, mari kita hadam tips perkongsian Ustazah Siti Bahriah Yahya yang juga ustazah di Sekolah Tahfiz Raudatul Iman, Johor ini. 13 murid daripada 27 orang mendapat 8A! Tahniah ustazah!
Semoga mak ayah dan rakan ustaz/ustazah KAFA luar sana boleh jadikan tips ini sebagai panduan untuk skor UPKK.
Selamat berjaya!

1) PENAT

Kita mesti dah bersedia untuk berpenat-penatan sepanjang 9 bulan (UPKK bulan Oktober) dalam segala aspek antaranya
  • Dari bulan Januari, kita dah mula ulangkaji pelajaran tahun 3 sebab UPKK adalah silibus dari tahun 3 hingga 5.
  • Setiap minggu mesti kena buat ujian. Selain itu, kena ada juga ulangkaji, belajar subjek tahun 5. Ujian tu kena pelbagaikan. Dalam kertas atau main soal-soal.. kena sentiasa. Selepas sebulan kena ulang balik soalan yang sama agar murid sentiasa ingat!
  • Dalam bab nota, macam-macam kita kena buat. yang tampal kat kelas lain, bagi kepada murid lain, takpelah penat sikit supaya nak bagi murid ingat sentiasa.. senang cerita bukan senang nak mendidik!


2) ROTAN

Siapa berani tak siapkan kerja sekolah Ustazah Bahriah??!! Makan roti bakar la jawabnye.. ya.. kita memamng akan rotan siapa tak siapkan kerja sekolah.

Lelaki atau perempuan sama sahaja kena bedal. Semua pernah kena. Dari awal tahun disiplinkan murid macam tu barulah murid berdisiplin dan dengar kata.

Elakkan benda saman menyaman ni, kita kena pandai psyko balik murid.. tanya kenapa ustazah rotan? Murid akan jawab tak siap kerja sekolah, lepastu soalkan balik kenapa kerja sekolah kebangsaan boleh siap sedangkan bab agama ini sangat penting? Kena bagi motivasi sentiasa supaya murid faham.


3) YASSIN

Ketika murid menjawab peperiksaan, kita bacakan Yassin untuk mereka. Jika subjek peperiksaan dua, jadi kita bacalah dua kali Yassin pada hari itu.
Sebelum baca, niat dan doakan apa-apa untuk murid kita.
Pesan juga kat murid buat sembahyang hajat sepanjang minggu peperiksaan tu.
Sebelum itu, kena mintak maaf dengan ibu ayah. Kalau berpuasa sunat lagi bagus bagi mak ayah.

4) MAAFKAN
Dua bulan sebelum UPKK kita dah tak guna rotan. Simpan terus, tak nak murid terganggu emosi walaupun dua bulan lagi peperiksaan.
Minta maaf sentiasa dengan murid kita untuk rotan 'roti bakar' kita yang sebelum ini. Walaupun murid kita yang salah.


5) LATIH TUBI
Kalau ada keluar mana-mana, adakan masa pergi kedai buku, cari buku latihan untuk murid buat.
Dua bulan sebelum peperiksaan kena bagi setiap hari kat murid satu set latihan untuk buat dekat rumah, Wajib termasuk hujung minggu (rasa dah macam boleh kerja kedai fotostat sebab hari-hari buat persediaan tu).
Bila dekat sekolah, berbincang untuk mereka berlatih menjawab pelbagai kehendak soalan. Walaupun soalan ulang benda yang sama, takpa biar murid jemu.

Psssssttt:
Saya tak banyak pengalaman tapi sekadar perkongsian. Tahniah kepada ibu bapa dan pelajar smua.. Maafkan ustazah andai ustazah ada kekurangan.. ustazah bantu hanya 50%, separuh peratus lagi adalah usaha murid sendiri.

Hah! Murid tahun lima 2019, dah bersedia nak roti bakar lom??! Hahahahaha...

Sumber: Ustazah Siti Bahriah Yahya

0 comments:

Post a Comment