Monday 7 January 2019

Polis tahan warga Myanmar, rampas dadah RM11,000



IPOH - Seorang lelaki warganegara Myanmar ditahan polis dalam satu
serbuan melalui Op Sarang di Bagan Sungai Tiang, Bagan Datuk pada Jumaat
lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, R Ravi Chandran berkata,
hasil serbuan tersebut berjaya menemukan dadah jenis heroin seberat
145.23 gram dan dadah jenis syabu seberat 40.29 gram bersama lelaki
Myanmar berusia 39 tahun itu.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan sepasukan pegawai dan anggota
daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD)
Hilir Perak sambil dibantu anggota Balai Polis Rungkup serta anggota
Balai Polis Bagan Datuk.


"Hasil semakan mendapati suspek tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan
lampau tetapi ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati
positif morphine.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati,"
katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Ravi Chandran berkata, nilai keseluruhan rampasan kedua-dua jenis dadah
itu dianggarkan berjumlah RM11,126.55.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment