Sunday 6 January 2019

Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz melalui satu kenyataan, di sini hari ini.

“Bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.


“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE



0 comments:

Post a Comment