Wednesday 2 January 2019

Wanita rugi lebih RM5,000 ditipu polis palsu



MIRI-Seorang doktor wanita di sini kerugian RM5,500 diperdayakan oleh
seorang individu menyamar sebagai Polis dari Muar,Johor pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa
Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun dihubungi
individu berkenaan bernama Irwan Hapis bertugas di Ibu Pejabat Daerah
(IPD) Muar menggunakan telefon bimbit 016-8556592.

"Mangsa diberitahu terlibat dalam kes langgar lari melibatkan sebuah
kereta sewa yang didaftar atas nama mangsa namun mangsa menafikan
dakwaan tersebut kerana tidak pernah ke Johor,"katanya dalam satu
kenyataan hari ini.


Mustafa berkata, mangsa terus disambungkan kepada seorang lelaki yang
memperkenalkan diri sebagai Inspektor Makmur yang mendakwa waran tangkap
telah dikeluarkan ke atas mangsa kerana dipercayai terlibat dalam
aktiviti kes dadah.

"Mangsa diarahkan untuk membayar RM5,500 untuk menangguhkan kes dan pada
hari Isnin pukul 12.58 tengahari mangsa telah memindahkan wang ke akaun
bank atas nama Mohd Shah Rizal,"katanya.

Namun selepas pemindahan dilakukan mangsa menyedari ditipu membuat
laporan polis semalam. - Bernama

0 comments:

Post a Comment