Thursday, 29 December 2016

Datuk Seri Jamal langgar undang-undang - Ketua Polis Selangor






AMPANG JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, seharusnya menggunakan saluran betul seperti menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa tempatan sesebuah daerah berhubung aktiviti premis perjudian yang wujud di sekitar Selangor.

Ini kerana tindakan melakukan pemeriksaan dan serbuan tanpa kebenaran adalah melanggar undang-undang jika pemilik premis tampil membuat laporan, selain turut mengancam keselamatan Jamal dan pengikutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata tindakan Jamal itu melanggar undang-undang ditetapkan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sesuatu tempat. "Jika pemilik sesebuah premis membuat laporan, Datuk Seri Jamal boleh dikenakan tindakan atas kesalahan berkenaan.

"Dia mungkin mempunyai niat yang baik untuk mendedahkan kegiatan judi dan maksiat serta pusat hiburan haram sekitar Selangor, namun gunakanlah saluran yang betul," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, Jamal boleh membuat laporan polis berhubung aktiviti seperti ini jika berpendapat tindakannya untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, tidak dilayan.

"Saya bimbang juga kerana aktiviti mesin judi mempunyai rangkaian dengan elemen kongsi gelap dan ini boleh membahayakan dirinya sendiri," katanya. Abdul Samah bagaimanapun ingin melihat secara terperinci mengenai dakwaan Jamal bahawa terdapat sekurang-kurangnya lebih 400 premis perjudian di sekitar daerah Ampang Jaya sahaja.

- Berita Harian -

Sunday, 13 November 2016

MAUT KEMALANGAN SELEPAS MERAGUT



Johor Bahru: Peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, 5.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal terbabit berusia 19 tahun sebelum itu menghampiri dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai.

Suspek bertanya di mana arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di dalam tangannya.
"Tanpa diduga pembonceng merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang nampak kejadian terbabit terus mengejar kedua dua suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar kereta yang keluar dari Eco World.
Katanya, suspek maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penunggang motosikal terbabit patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan IsmaiI (HSI).

Friday, 14 October 2016

TIADA KENAIKAN TOL, JANGAN MUDAH SANGAT KENA TIPU !



Kenyataan kadar tol di sepanjang beberapa lebuh raya utama akan naik antara RM1 dan RM5.70 dari Isnin bermula 16  November adalah tidak benar.

Artikel dari portal berita ‘The Star’ bertarikh 12 October 2015 telah diubahsuai dan dimuatnaik kembali bertujuan mengelirukan rakyat.

Berikutan itu, rakyat tidak perlu berasa ‘panik’ kerana tiada pengumuman kenaikan atau perubahan tarif tol yang diumumkan kerajaan.


TIADA KENAIKAN TOL, JANGAN MUDAH SANGAT KENA TIPU !



Kenyataan kadar tol di sepanjang beberapa lebuh raya utama akan naik antara RM1 dan RM5.70 dari Isnin bermula 16  November adalah tidak benar.

Artikel dari portal berita ‘The Star’ bertarikh 12 October 2015 telah diubahsuai dan dimuatnaik kembali bertujuan mengelirukan rakyat.

Berikutan itu, rakyat tidak perlu berasa ‘panik’ kerana tiada pengumuman kenaikan atau perubahan tarif tol yang diumumkan kerajaan.


Wednesday, 12 October 2016

TIADA KOMPROMI! LAPAN POLIS MAIN JUDI 21 DICEKUP


PETALING JAYA - Lapan anggota polis yang leka berjudi di sebuah gerai dicekup dalam serbuan di kawasan letak kereta di Jalan PJS 8/15, Bandar Sunway di sini petang tadi.

Operasi pada pukul 2 petang oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut menahan dua orang awam.

Menurut sumber, ketika serbuan, kesemua individu itu sedang bermain judi 21 di sebuah warung.

“Kesemua yang ditahan itu terdiri daripada anggota pelbagai pangkat daripada konstabel hingga Lans Koperal.

“Kebanyakan daripada mereka merupakan anggota unit kereta peronda,” katanya hari ini. - K! ONLINE