Saturday 31 March 2018

Elaun anggota sukarelawan polis dinaikkan berkuat kuasa serta merta - Ahmad zahid



ALOR SETAR, 1 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan kenaikan elaun sukarelawan polis di seluruh negara sebanyak RM2 sejam berkuat kuasa serta merta.

Ahmad Zahid berkata ia membabitkan kenaikan elaun anggota daripada RM6 kepada RM8 sejam, manakala pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

"Saya ingin mengumumkan bagi sukarelawan polis kenaikan elaun berkuat kuasa sebagaimana pengumuman Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk seluruh anggota sukarelawan dalam pasukan-pasukan sukarelawan yang lain.

"Kenaikan ini berkuat kuasa serta merta...mudah-mudahan akan lebih ramai lagi penyertaan di dalam pasukan sukarelawan ini untuk memberikan motivasi dan semangat yang baik," katanya ketika berucap merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

"Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapat polis perlu dilengkapkan dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

"Keprihatinan Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasakan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara," katanya.

Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri sangat menitikberatkan soal keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan melengkapkan pasukan itu melalui peruntukan untuk pembelian dan peralatan aset yang canggih.

"Perdana Menteri membeikan respons yang sangat baik dan sangat prihatin kerana berpendapat polis perlu dilengkapkan dengan peralatan baharu supaya pencapaian polis akan lebih baik.

"Keprihatinan Perdana Menteri bukan sahaja setakat memperkasakan aset tetapi juga menaikkan taraf semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan IPD terutama di berek polis seluruh negara," katanya.

Beliau berkata umpamanya seperti berek polis apabila peruntukan yang besar disalurkan untuk menaik taraf berek berkenaan daripada dua unit berek dijadikan hanya satu unit supaya setiap berek ada tiga bilik tidur dan sekurang-kurangnya dua bilik air.

Ahmad Zahid berharap kesemua perancangan untuk menaik taraf itu akan dapat dilaksanakan segera apabila semua masalah-masalah utama termasuk kewangan dapat diatasi.

-- BERNAMA

Hospital Langkawi ikut SOP: Pengarah negeri


LANGKAWI - Sebuah video yang ditularkan oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Hospital Langkawi hari ini tidak menunjukkan sebarang kesilapan prosedur yang dijalankan oleh petugas hospital berkenaan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam kenyataan berkata pengendalian kes oleh petugas dalam video berkenaan adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, lelaki yang merakam video itu telah membawa isterinya yang hamil mengandung ke hospital itu pada jam 2.20 pagi dan terus diberikan layanan dan pemeriksaan awal oleh jururawat terlatih bertugas.

“(Hasil) pemeriksaan awal, saya difahamkan, ia bukan merupakan satu kes kecemasan (dan tidak memerlukan tindakan segera oleh doktor pakar),” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dalam video itu memarahi jururawat berkenaan ekoran diminta menunggu kerana pakar perbidanan dan sakit puan sedang mengendalikan kes seorang ibu hamil yang mengalami masalah pendarahan dan memerlukan pembedahan segera.



Dalam pada itu, Dr Norhizan memuji jururawat yang berhadapan dengan kerenah lelaki berkenaan yang bertindak merakam video dan mengeluarkan kata-kata yang keterlaluan terhadapnya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat terhadap lelaki berkenaan dan pihak Hospital Langkawi sedang menyediakan laporan terperinci berhubung kes itu.

Beliau turut meminta orang ramai di sini untuk memahami sistem tugasan pakar yang dipanggil bertugas selepas waktu pejabat yang diguna pakai di semua hospital di negara ini. - Bernama

Friday 30 March 2018

Bangunan IPK berusia akan diganti - TPM



JOHOR BAHRU, 30 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan menggantikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara yang sudah berusia bagi memastikan ia tidak lebih 40 tahun pada 2021, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata berikutan peruntukan pembangunan yang terhad, beberapa langkah akan diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

"Kita mahu IPK seluruh negara pada 2021, 100 peratus berumur tidak lebih 40 tahun," katanya semasa merasmikan bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1), di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri memeriksa perbarisan kawalan kehormat di Dataran Pejabat Kem Komandan IPK Johor dan mendengar taklimat pengurusan PDRM Johor oleh Mohd Khalil.

Ahmad Zahid berkata ketika ini, terdapat IPK di negara ini yang beroperasi di bangunan yang berusia lebih 53 tahun.

Berhubung bangunan tambahan IPK Johor (Fasa 1) bernilai RM76.2 juta mengikut kontrak semasa itu, katanya beliau berharap ia dapat menaikkan semangat dan motivasi pegawai dan anggota polis kontinjen Johor untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.

Beliau juga berharap sistem pendawaian di sekeliling kawasan IPK Johor dapat diperbaiki dengan segera.

Selain IPK, peruntukan sebanyak RM22 juta turut diluluskan bagi menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan lokap di negeri ini selaras permohonan yang dikemukakan Ketua Polis Johor.

"Untuk lokap, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan kerana kita harus menjaga hak kemanusiaan (tahanan) dan harus berada dalam piawaian Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) dan peringkat antarabangsa. Saya telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk laksanakannya secepat mungkin," katanya.

Bagi kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid turut mengarahkan KDN membayar 50 peratus elaun pendahuluan diri kepada pegawai dan anggota polis berpangkat rendah sebelum mereka ditugaskan ke lokasi pilihan raya umum.

Beliau berkata baki 50 peratus lagi pula harus dibayar selepas pengiraan undi dan pulang ke pangkalan masing-masing.

"Ertinya 100 peratus (elaun) mesti dibayar setelah tugas diselesaikan, bukan tunggu sebulan, dua bulan, bukan tunggu setahun sebagaimana masa lalu. Saya perlu mengambil kira (kebajikan) anak buah. Kerana sebelum ini sudah berapa banyak pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, kadang-kadang lebih setahun elaun belum dibayar," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, berlandaskan syariat Islam, upah seseorang itu hendaklah dibayar 'sebelum keringat kering'.

"Ini peluh dah kering tetapi tidak bayar-bayar lagi," katanya.

Timbalan perdana menteri kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor.

-- BERNAMA

Wednesday 28 March 2018

KERJAYA IMPIAN

[KHAS BUAT LEPASAN SPM/STPM] – BELUM SMBUNG STUDY LAGI? MASIH MENCARI-CARI PENGAJIAN YANG SESUAI DALAM BADAN BERUNIFORM DAN PENGUATKUASA? TAK TAHU NAK BELAJAR KAT MANA BIDANG NI?

Ya Betul. Saito University College adalah Kolej Pengajian Tinggi yang pertama menawarkan program Degree/Diploma dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang. Program ini telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agensi-MQA) dan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan awam-JPA.

==================
TESTIMONI  
==================

“Semasa interview di untuk pegawai Imigresen, memudahkan saya menjawab soalan dan juga mempraktikan semasa temuduga. Selain itu, subjek dalam pengajian ini berkaitan dengan bidang kerja yang saya mohon dan ini secara tidak langsung memudahkan saya memahami sejak awal apa yang diperlukan dalam bidang ini. Terima kasih Saito Universiti” - Ezuria Edora Dzafrul Akhtar

“Tak mudah bagi anggota polis dengan jadual yang padat nak sambung belajar. Tapi dengan kemudahakn dan kelas yang tidak mengganggu jadual memudahkan sambung belajar bagi kenaikan gaji dan pangkat.  Dulu saya seorang koperal sekarang naik pangkat ke sarjan. walaupun sibuk dengan tugasan tidak menjadi halangan untuk sambung belajar” – Sarjan Aida

Tahukah Anda, Rahsia Untuk Mendapatkan Jawatan Dalam Bidang Penguatkuasaan Undang-Undang,Adalah :Calon Yang Memiliki Bidang Pengajian Dan Latar Belakang Penguatkuasaan Undang-Undang Adalah Diutamakan Dan Mempunyai Kelebihan Dari Calon Bidang Pengajian Lain.

=============
KENAPA PERLU MENDAFTAR ??
=============

(+) TEMPOH PENGAJIAN
2 Tahun 6 Bulan

(+) PRAKTIKAL
Di Jabatan awm spt IPD, KASTAM,& Bdn Pguatkuasa yang lain
(+) SILIBUS PENGAJIAN
Berkaitan undang-undang dan keselamatan , CSI, Perundangan bahan bukti, Teknik penyiasatan, Kolar putih dan jenayah terancang, Pengurusan Jenayah

(+) YURAN PENDAFTRAN
RM500 sahaja .Boleh bayar minimum Pra-Pendaftaran RM100 utk reserved tempat. ( Digalakan buat pendaftaran penuh RM500 dalam tempoh 7 hari. Yang dh buat pra pendaftaran akan d utamakan kerna kuota adlh terhad)

(+) YURAN PENGAJIAN TERMURAH
RM18,156 sahaja

(+) BANTUAN PENGAJIAN DISEDIAKAN SEPERTI :
PTPTN /KWSP /BAYARAN SENDIRI
(Pelajar hanya perlu sediakan dokumen yg diminta, permohonan akan diuruskn sepenuhnya oleh pihak U)

(+) PENGINAPAN
Percuma 6 Bulan

  Bukan itu sahaja ....
Diploma & Ijazah pertama di Malaysia dalam bidang  penguatkuasaan 
Pensyarah adalah bekas anggota sendiri antaranya Supt Venugopal , DSP Zaiton, Dato Yew.
Pensyarah utama ACP Haji Yusof Bin Wok, LT Colonel Mior Zam M Hamzah berkhidmat lebih 35 dalam angkatan tentera malaysia Datuk Kamaruddin b Mohd Ismail mempunyai berkhidmat dengan PDRM selama lebih dari 30 tahun
Permintaan tinggi di pasaran kerja  yang luas di sektor Awam, GLC dan Swasta 
Silibus pembelajaran yang bertepatan bidang kerjaya  badan unit beruniform seperti : *PDRM*, JPJ, Kastam, Imigresen, Bomba, SPAD, Maritim, Tentera dan Agensi Penguatkuasa Malaysia 
Pembelajaran Dwi Bahasa
Yuran pengajian yang rendah 
Pengiktirafan penuh kerajaan dan MQA

Woww!!
.
Biar betul??
.
Betul…
.
Percaya?? Cer sambung baca dibawah ni lg yea..
.
==================
SAITO UNIVERSITY COLLEGE 
==================

[] Saito Universiti College telah ditubuhkan pada 1988 memberi tumpuan kepada menyediakan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah SPM dan juga bagi yang telah bekerja  dalam pelbagai kursus yang membina pengetahuan berdasarkan bidang penguatkuasa undang-undang, pengurusan keselamatan, perniagaan dan reka bentuk grafik.

[] IPT Pertama Di Malaysia Tawar Program Penguatkuasan Undang-Undang/Keselamatan. 
Meneraju lebih 29 tahun dalam industri pendidikan menjadikan Saito Universiti College merupakan IPT PERTAMA DI MALAYSIA yang menawarkan berkaitan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.
.
[]Pengiktirafan penuh Kerajan. 
Program ini telah mendapat akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agensi-MQA) dan pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan awam-JPA. Bukan itu sahaja sehingga kini seramai lebih 471 anggota *Polis Diraja Malaysia*, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Smart Team, Matrade, Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain syarikat swasta telah bergraduasi .
.
[]Graduan Kerja Dalam Sektor Kerajaan 
Di Saito Universiti College, bagi Diploma Penguatkuasa Undang-Undang kami memberi tumpuan khusus kepada penguatkuasan undang-undang dan keselamatan .

Program ini mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang penguatkuasa undang-undang seperti *PDRM*, JPJ, Kastam, Imigresen, SPAD, SPRM dan Agensi Penguatkuasaan di Malaysia. Institusi kami telah melahirkan lebih 31,000 graduan yang berkelayakan sejak penubuhannya.
.
.
=============
SYARAT MINIMUM 
=============

DIPLOMA :
(-)  Lulus SPM 3 Kredit mana-mana matapelajaran (WAJIB LULUS BM & SEJARAH) 

DEGREE :

(-)STPM
 Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan Gred C (NGMP 2.0) dalam 2 mata pelajaran

(-)STAM
Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum 'Jayyid

(-)UEC
 Lulus Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan minimum 5 B

(-)IPTS / IPTA / Matrikulasi
Lulus Matrikulasi / Yayasan dari mana-mana IPTS / IPTA / Institusi yang dibenarkan menawarkan Yayasan Program dengan minimum CGPA 2.0

(-)DIPLOMA
 Lulus Diploma (tahap 4) dengan minimum PNGK 2.0Sebarang kelayakan lain yang diperlukan sebagai setaraf dengan kerajaan Malaysia.


=============
APA YG ANDA AKAN PELAJARI NANTI??
=============
[]  PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH
[] TEKNIK-TEKNIK PENYIASATAN
[] PENGENALAN KEPADA JENAYAH & MASYARAKAT
[] PENGENALAN KEPADA SISTEM KEADILAN JENAYAH
[] PENGURUSAN KESELAMATAN FIZIKAL
[] SIASATAN TEMPAT JENAYAH
 [] KESELAMATAN PEKERJAAN & KESIHATAN (OSHA) 
[] PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI
[] ANCAMAN-ANCAMAN KESELAMATAN KOMPUTER & LIABILITI
[] PENGURUSAN OPERASI KESELAMATAN

=============
“ EXPERT INDUSTRY” - PENSYARAH YANG BERPENGALAMAN 
=============
"(+) DATUK KAMARUDDIN B MOHD ISMAIL
[]Berkhidmat dengan PDRM selama lebih dari 30 tahun
[]Ketua Polis Johor, PDRM
[]Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Timbalan Pengarah PDRM, Timbalan Pengarah PDRM []Narkotik, Pensyarah PDRM di Kolej Polis
[]OCPD Batu Pahat, Johor
[]Pensyarah sambilan di UKM
[]Pengurus Besar Kanan (Operasi, Keselamatan & Keselamatan) MAB

"(+) LT Colonel Mior Zam M Hamzah 
[] MASTER DALAM PENGURUSAN KESELAMATAN INDSUTRIAL (UKM)
[]MASTER DALAM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (Hull)
[]Pegawai Keselamatan & Kesihatan Berkelayakan (DOSH)
[]berkhidmat dengan angkatan tentera Malaysia selama 35 tahun
[]berkhidmat dengan army inpectorate division

[]Tentera pengajar di Sekolah Tentera Darat di Army Territorial (AW)

"(+) ACP HAJI YUSOF BIN WOK
[]Penolong Pengarah Utama (Kedudukan: Penolong Pesuruhjaya - ACP), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam)
[]SATANG Berhad (Public Listed Company) - Perunding mengenai projek-projek kerajaan
[]World Wildlife Foundation (WWF)-International Foundation 
Working on project as consultant for conservation of TIGERS at Belum Forest Reserve, Grik Perak 
[]Port Klang Authority (Lembaga pelabuhan Klang)-Manager (Security & Fire Services Dept ) 
[]Head of Department , Saito University College



Program ni bukan utk SEMUA!
.
Pulakkkk…
.

‼[AMARAN!] ‼

ANDA DINASIHATKAN "JANGAN" MENDAFTAR JIKA….


🔹 TIDAK CUKUP SYARAT. !
Hanya lepasan SPM/STPM/STAM/DIPLOMA yang sahaja cukup syarat sahaja diterima. Sila baca syarat atau hubungi pegawai bagi keterangan lanjut.

🔹 TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH.
Jika anda tidak bersungguh, jangan daftar , bagi peluang kepada yang betul2 nak belajar dalam Diploma Penguatkuasa Undang-Undang.
Setelah permohonan online diterima Bahagian Pengambilan Pelajar akan menghantar surat tawaran melalui emel dan menghubungi anda.

=====================
BONUS KHAS UTK ANDA!
=====================
🔹PERCUMA T–shirt EXCLUSIVE *FRIENDS OF PDRM* .

‼PERHATIAN‼
CARA MENDAFTAR JIKA SERIUS BERMINAT;

Sila klik LINK di bawah

atau
SILA HANTAR MAKLUMAT BERIKUT

NAMA,PHONE, NO.IC, SPM,EMAIL KE 0189874902
NAMA,PHONE, NO.IC, SPM,EMAIL KE 0189874902 
NAMA,PHONE, NO.IC, SPM,EMAIL KE 0189874902   


atau hantar di link --> http://nakdaftarsaito.wasap.my 
atau hantar di link --> http://nakdaftarsaito.wasap.my 
atau hantar di link --> http://nakdaftarsaito.wasap.my 

Maklumat lanjut layari Website :

Hotline (PEGAWAI PENGAMBILAN PELAJAR) : 
→ Cik Jue : 0189874902

Selepas mendaftar, sila tunggu surat tawaran dan sms untuk lapor diri.Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan menerima surat tawaran. 3-5 hari bekerja. Kaunselor akan menghubungi anda.

PERHATIAN : Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap permohonan anda sebarang perkaitan jika anda  mendaftar selain daripada pegawai yang tertera di atas.

ADA YANG BERMINAT KE?
--> Kalau ada komen "Nak daftar "
--> Kalau ada komen "Nak daftar "
--> Kalau ada komen "Nak daftar "
SHARE DAN TAG RAKAN KORANG YANG TAK TAHU LAGI.

PS - yg x komen dan SHARE xdpt surat tawaran tau dan tempat terhad :-)..
Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

JANGAN SAMPAI FRU BERTUKAR JADI 'HANTU'



"FRU zaman sekarang lembik,tak seganas dulu" Itu antara tanggapan orang ramai terhadap sang Baret Merah ini.. Ya tak dinafikan kalau dilihat dari situasi semasa..


Tapi kekuatan,kepakaran, dan tahap profesional FRU ketika bertindak tetap sama.. Cuma mereka memang dilatih untuk bertindak mengikut arahan ketua.. Itu adalah disiplin paling penting dalam satu satu pasukan.. Jadi kalau nak tau lembik ke keras,cuba usik mereka.. hehe..

Antara gambar-gambar FRU pada tahun 1998 ketika negara dilanda kumpulan demonstrasi yang gelar diri mereka 'Gerakan Reformasi' . Sumber - Google..




Video -



Walaupun berimejkan ganas dan keras,FRU tetap menjadi antara unit yang digemari masyarakat.. Kemunculan mereka dengan 'full gear' akan buatkan kita 'WOW'. Macam robot beb! Memang kita akan kagum.. Tapi cukup dibenci oleh mereka yang mahu buat rusuhan.. 😎

- Friends Of PDRM (29 Mac 2018)

Monday 26 March 2018

Kerajaan lulus tambah anggota UTK, VAT 69



MELAKA: Kerajaan meluluskan permohonan penambahan keanggotaan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69 yang dipohon Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya, jumlah keanggotaan bagi kedua-dua pasukan itu belum dimuktamadkan.
Beliau berkata, proses bagi permohonan penambahan anggota pasukan keselamatan itu akan membabitkan pihaknya, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kita akan proses (permohonan). Memang akan berlaku penambahan anggota sepertimana yang dipohon oleh PDRM.

"Ia baru diumumkan semalam, mungkin dalam tempoh terdekat akan diluluskan, namun jumlah muktamad (penambahan anggota) belum tahu lagi. Kita akan lihat kepada permohonan," katanya selepas merasmikan Muzium Kastam Tan Sri Dr Ali Hamsa di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam.
Akhbar hari ini melaporkan, penambahan keanggotaan UTK dan VAT 69 sudah mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dilaporkan berkata, UTK dan VAT 69 ketika ini mempunyai keanggotaan lebih 400 orang dan berharap penambahan itu akan dibuat dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Sementara itu, Ali berkata pihaknya akan mempertimbangkan kos peruntukan bagi penyelenggaraan muzium berkenaan susulan penjenamaan semula dari segi penambahan ruang pameran.

"Dari segi penjenamaan semula muzium ini, kita akan kekalkan dari segi penyelenggaraan dan mungkin akan lihat dari segi peruntukan untuk perkara itu," katanya.

Info Muzium Kastam Tan Sri Dr Ali Hamsa
* Bangunan asal adalah gudang penyimpanan barang dagangan seperti beras, gula, rempah ratus dan seramik ditadbir British
* Dijadikan Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 25 Ogos 2006
* Lebih 200 koleksi pameran berharga seperti mesin penimbang, buku kod tarif bagi tugas percukaian dan perkastaman

- Berita Harian -

Thursday 22 March 2018

8 kanak-kanak tunggang basikal lajak ditahan



KUALA KUBU BHARU: Lapan kanak-kanak berusia 12 hingga 14 tahun ditahan kerana beraksi dengan basikal lajak di Kilometer 74.5, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Kalumpang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi, kesemua basikal lajak berkenaan turut disita oleh pihak polis.

Aksi tunggangan berbahaya mereka dikesan pasukan penguat kuasa trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor ketika menjalankan Op Lampu Merah dan Rondaan Cegah Kemalangan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai, berkata operasi itu diterajui Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hulu Selangor, Asisten Superintendan Oon Kim Cheng.

"Lapan penunggang basikal lajak berasal dari Kalumpang itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kalumpang untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kesemua basikal lajak berkenaan disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala penunggangnya diambil tindakan bawah Peraturan 42 LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Katanya, Kim Cheng juga sudah berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan memberi penerangan serta nasihat berhubung aktiviti basikal lajak yang berbahaya kepada penunggang sendiri dan pengguna jalan raya lain.

55 pemilik basikal lajak ditahan



NILAI: Seramai 55 kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 15 tahun ditahan polis berikutan memiliki 50 basikal lajak yang tidak menepati ciri keselamatan di kawasan Hutan Lipur Lenggeng, di sini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata sepasukan anggota polis peronda (MPV) yang menjalankan rondaan jenayah terserempak dengan semua remaja terbabit pada jam 11 pagi kelmarin.

Beliau berkata, remaja itu yang sedang beriadah mengaku basikal kepunyaan mereka dan pemeriksaan mendapati ia tidak menepati ciri keselamatan di bahagian lampu serta brek.

Katanya, sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bergegas ke lokasi dan membawa semua basikal itu ke Balai Polis Lenggeng, di sini.

"Semua 55 remaja itu dibawa bersama sebelum ibu bapa mereka dipanggil ke balai. Semua yang hadir diberi nasihat oleh Ketua BPJKK IPD Nilai, Inspektor Jaslin Mian," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Zaldino berkata, dalam penerangan itu, ibu bapa memberi kerjasama dan reaksi positif, malah mereka menghargai tindakan polis kerana sebahagiannya tidak mengetahui aktiviti anak-anak.

Katanya, pihaknya memberi tempoh dua minggu supaya mengubah suai basikal ke bentuk asal dan semua yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami berharap orang ramai sedar penggunaan basikal lajak membahayakan dan operasi bertujuan membendung masalah sosial dalam kalangan remaja," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 42 (1) (a) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 dan Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain itu ibu bapa juga boleh disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan anak tanpa pengawasan.

- Berita Harian -