Thursday 31 January 2019

Alamak, tertekan minyak pulak...



DUA orang termasuk seorang pengawal keselamatan cedera selepas kereta Proton Iriz terbabas lalu merempuh bangunan bank di Jalan Kenanga 29/4, Taman Indahpura, di Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian pada 10.12 pagi itu berlaku apabila kereta dipandu wanita berusia 78 tahun hilang kawalan akibat tersalah menekan pedal minyak ketika mahu memarkir kereta.


Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu wanita berkenaan.
“Wanita berkenaan tertekan pedal minyak ketika ingin parkir kereta di kawasan berhampiran menyebabkan keretanya meluru laju dan melanggar cermin pintu bangunan bank berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa cedera dan menerima rawatan di Hospital Kulai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan pengawal keselamatan lelaki luka di kaki kiri dan terpaksa menerima beberapa jahitan.

“Seorang wanita yang juga orang awam luka di tangan dan kedua-duanya menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kejadian akibat rempuhan itu.

“Kenderaannya hanya mengalami kerosakan pada bahagian depan, bonet, pintu kiri dan kanan, tayar, rim dan cermin besar.

“Manakala premis bank mengalami kerosakan pada cermin pintu, perabot dan dinding luar,” katanya.
Katanya, saman belum dikeluarkan kepada pemandu terbabit dan kes masih dalam siasatan.

- HARIAN METRO - 

Polis rampas 14 senjata tiruan di Kota Sentosa



KUCHING - Polis merampas 14 senjata tiruan yang menyerupai AK47 dan tiga
pucuk pistol di Taman Tema, Kota Sentosa kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, dalam
serbuan pada 3.45 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 37
tahun, yang merupakan pemilik premis tersebut.


“Semasa pemeriksaan dibuat, didapati kesemua barangan rampasan itu
disimpan di belakang kaunter bayaran.

“Siasatan awal mendapati senjata tiruan tersebut disewakan dengan kadar
bayaran RM15 hingga RM25 seorang untuk permainan ‘Gel Blaster’, pemain
akan diberikan peluru berbentuk gel yang direndam dalam air dengan
jumlah anggaran 400 biji,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidil, difahamkan suspek membeli senjata api tiruan itu dari China
dengan harga RM150 hingga RM500.

Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api
1960. - Bernama

Menteri bincang dengan polis, batal diskaun saman



KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan
mengadakan pertemuan bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mencari
titik penyelesaian berhubung isu diskaun saman trafik.

Anthony Loke berkata, perbincangan itu akan diadakan selepas sambutan
Tahun Baharu Cina.

"Tak mengapalah. Dia (PDRM) tidak kata tak setuju. Lepas Tahun Baharu
Cina ini kita bincang," katanya pada sidang media selepas mengedarkan
pek cenderahati kepada 1,000 penumpang tren Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB) sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Anthony Loke mengulas mengenai kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias yang dilaporkan
berkata, PDRM tidak dapat mengumpul hasil saman sekiranya kerajaan
menamatkan diskaun saman berikutan tidak ramai orang yang berminat
membayarnya.


Selasa lepas, Anthony Loke mencadangkan tiada sebarang tawaran diskaun
akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan JPJ bagi
kesalahan lalu lintas.

Anthony Loke juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan
saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke berkata, 116,065 atau 89 peratus
daripada 129,822 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah dijual
bagi perjalanan bermula hari ini hingga 10 Februari dari Lembah Klang ke
utara dan pantai timur.

"Bagi memenuhi permintaan ramai, empat perkhidmatan ETS tambahan bagi
sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral
akan mula beroperasi pada 1 hingga 4 Februari ini.

"Sebanyak 9,984 tiket ETS tambahan turut disediakan dan 7,158
daripadanya sudah terjual," katanya.

Anthony Loke berkata, bagi perkhidmatan KTM Intercity, 11,303 atau 71
peratus daripada 16,000 tiket yang ditawarkan untuk perjalanan bermula
hari ini hingga 10 Feb juga dijual.

"Manakala bagi Shuttle Tebrau iaitu perjalanan dari Johor Bharu ke
Singapura, 71,869 daripada 109,120 tiket yang ditawarkan telah dijual
juga bagi tempoh perjalanan yang sama," katanya. - Bernama

3 lelaki ditahan serang polis dengan cangkul



KULAI 31 Jan. - Polis menahan tiga lelaki berusia 25 hingga 57 tahun kerana menyerang anggota polis dengan menggunakan cangkul di Pondok Polis Taib Andak, di sini petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, seorang suspek bertindak memecahkan cermin kenderaan milik anggota polis bertugas. 



"Polis kemudian melepaskan tiga das tembakan untuk mempertahankan diri daripada serangan suspek. Ketiga-tiga mereka kemudian berjaya ditahan. 

"Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah anggota polis melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan kampung," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Lelaki ‘serang’ Guan Eng positif ganja, direman tiga hari



KUALA LUMPUR - Lelaki berusia 23 tahun yang ditahan kerana cuba
menyerang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di tempat letak kereta Kompleks
Sukan Bukit Jalil di sini, malam tadi didapati positif ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki
tempatan berasal dari Puchong itu direman tiga hari bagi mengenal pasti
motif kejadian.


“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek dapati dia positif ganja.

“Suspek kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut
Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, Guan Eng, yang baru selesai
merasmikan Majlis Penutup 8TV CNY Grand Bazaar, sedang bergambar dengan
orang ramai dan ingin masuk ke keretanya, sebelum seorang lelaki
berjubah putih tiba-tiba menjerit ke arahnya.

Kekecohan hampir tercetus apabila lelaki itu cuba mencetuskan provokasi,
dengan mengungkatkan kata-kata 'panas' yang tidak difahami.

Bagaimanapun tindakan lelaki itu tidak mendapat perhatian Guan Eng
apabila beliau terus menaiki kenderaannya dan meninggalkan lokasi berkenaan.

Lelaki itu juga dilihat seperti memegang sesuatu yang terselit di
pinggangnya dan memarahi pasukan keselamatan yang cuba mengambil barang
terbabit.

Keengganan lelaki itu bekerjasama dengan pihak keselamatan selain
berterusan membuat provokasi menyebabkan polis terpaksa menangkapnya
bagi mengawal keadaan.

- SINAR HARIAN -

BERET KELABU PASIR - VAT 69 KOMANDO PDRM

Beret Kelabu Pasir
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.



VIDEO VAT 69 Komando Terlibat dalam Tragedi Lahad Datu >>>



Beret kelabu pasir atau 'sand brown' adalah simbol kebanggaan dan persaudaraan antara anggota 69 Komando. Beret perang ini adalah unik kepada 69 Komando kerana ia melambangkan asal usul unit yang dilatih dan dibentuk oleh salah satu unit pasukan khas tersohor dunia, iaitu pasukan 22 Special Air Service (SAS} Britain.

Beret perang ini telah dianugerahkan kembali kepada 69 Komando pada 18 Disember 2004 oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar sebagai penghormatan  serta pengiktirafan kepada segala pengorbanan serta perjuangan yang telah dicurahkan mereka selama ini kepada negara tercinta.

Video Aksi Abam Polis Trafik >>
Click SINI Untuk Tonton Di Facebook !


Wednesday 30 January 2019

Mencari Salah Atau Menyelesai Masalah PDRM, Mana lebih utama ???



Susulan petikan luahan warga PDRM sendiri berkenaan IPCMC [BACA SINI]
Terbit pula satu lagi luahan daripada seorang pengguna Facebook bernama Mohd Arzuhar Abd Razak seperti berikut

Sebelum laksanakan IPCMC ( Suruhanjaya Bebas dan Salahlaku Polis ) kerajaan perlu lihat keadaan anggota polis yg bertugas di sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Bertugas dalam kontena dan menggunakan air parit utk minum. Tahniah dan syabas kepada anggota kita disana.

Sebelah balai kontena tersergam indah klinik kesihatan dengan bangunan kuarters yg hebat sedangkan anggota polis yg menjaga keselamatan negara hanya berpayungkan bilik besi. Inilah pergorbanan yang tiada harganya.

#
SediaBerkhidmat





Beliau turut memuat naik 17 keping gambar yang menunjukkan bagai mana keadaan anggota Polis yang bertugas di Sabah hingga terpaksa pam air parit untuk diminum. [seperti gambar]






















Jadi.. Adakah anggota PDRM yang bertugas menjadi benteng negara layak diperlakukan sedemikian? Adakah adil mereka menerima layanan seperti itu ?

Mohon pihak kerajaan lebih Prihatin dan ambil serius setiap luahan yang dibangkitkan.

Sudah pastinya Kerajaan Malaysia Baharu kini mampu berikan kebajikan yang lebih baik kepada warga PDRM berbanding kerajaan terdahulu. Janganlah biarkan Polis kita minum 'air parit' dalam menjalani kehidupan seharian..

Video Aksi Abam Polis Trafik >>
Click SINI Untuk Tonton Di Facebook !



Mengapa Penguasa Di Bangkok Sembur Air Gula Ke Udara?



Agaknya mungkin mahu menjadi bandar Bangkok sebagai bandar manis, ini tindakan yang diambil kerajaan Thailand hehe.
Sebenarnya, ini yang berlaku..



Krisis pencemaran udara yang semakin meruncing di negara ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan terpaksa mencuba beberapa kaedah tidak konvensional untuk mengatasi masalah itu termasuk menggunakan air gula.

Jerebu itu memaksa pihak berkuasa Bangkok mengeluarkan arahan penutupan hampir 450 buah sekolah selama tiga hari dalam usaha mengurangkan pencemaran udara disebabkan asap kenderaan.
Oddity Central melaporkan, kerajaan tempatan Bangkok baru-baru ini telah menyembur air gula ke ruang udara kota Bangkok.

Media Thailand melaporkan, pihak berkuasa begitu terdesak dalam usaha menurunkan tahap pencemaran udara yang kian kritikal di bandar tersebut sehingga mula bereksperimen menggunakan air manis dan bukan air biasa seperti kelaziman.



Idea aneh disebalik strategi mengurangkan indeks pencemaran udara itu adalah bagi meningkatkan kelikatan air dengan menggunakan gula bagi memerangkap zarah berbahaya yang mencemarkan udara apabila disembur ke udara.

Walau bagaimanapun, sesetengah pakar percaya, pendekatan yang tidak konvensional itu boleh mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Seorang pensyarah kimia organik di Universiti Kasetsart, Dr. Weerachai Putthawong berkata, beliau ragu bagaimana air gula akan memberi hasil yang lebih baik berbanding air biasa.

Beliau mendakwa, meningkatkan kelikatan air tidak akan memberi banyak perbezaan kerana peralatan yang digunakan untuk menyembur cecair ke udara tidak cukup kuat untuk menghancurkan habuk dan zarah sekecil 2.5 mikron.

Katanya, mesin yang digunakan untuk menyembur air itu hanya dapat memerangkap zarah sehingga 10 mikron sahaja.

“Penggunaan air manis tersebut lebih teruk kerana campuran tersebut boleh menjadi menarik bakteria dan kulat berkembang,” ujarnya.

Sementara itu, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang mengumumkan sebanyak 437 buah sekolah ditutup selama tiga hari dalam usaha mengurangkan pencemaran berpunca daripada kenderaan, pembinaan dan pertanian.
................
Video Aksi Abam Polis Trafik >>



IPCMC, DEMI KEBAIKAN ATAU MENEKAN POLIS ???


IPCMC – Independent Police Complaints and Misconduct Commission





Dalam keadaan Negara sekarang, dapat kita lihat pelbagai masalah berlaku.

Antara kes-kes besar seperti isu kuil seafield…. PDRM di hentam segenap segi. Sedangkan yang membuat masalah, bebas kerana kuasa politik. Kenyataan mereka mendorong kepada konflik yang lebih besar…. Tapi sayangnya titik kesalahan di letak atas PDRM. KPN dihina dicerca sedangkan undang2 yang memberikuasa untuk tindakan telah di”bekukan” kononnya menunggu untuk dihapuskan.

Nyawa jadi taruhan. Kes anggota bomba masih belum dapat kata putus dari PEGUAM NEGARA. Bagaimana PDRM nak bertindak?. Pernahkan rakyat atau kerajaan memandang hal seperti ini? Sayangnya bukan hanya rakyat malah kerajaan juga menyalahkan PDRM seolah kuasa undang2 PDRM tidak langsung DISEKAT. Permainan apakah ini?

Telah kita ketahui cadangan penambahbaikan Polis oleh suruhanjaya DiRaja penambahbaikkan PDRM. Ini langsung tidak diambil peduli. Tetapi ingin menubuhkan IPCMC mcm terlalu tergesa-gesa. Suatu kuasa yang handak ditubuhkan melampaui kuasa mahkamah. Ibarat Polis ini lebih jahat dan ganas dari penjenayah.


Sedangkan setiap anggota yang bermasalah ada Jips, urusetia KPN dan pelbagai lagi yang sedia mengambil tindakkan. Itu masih tidak cukup…. Kenapa? Kerana Polis menjadi ancaman kepada penjenayah… jadi siapa yang bersungguh nak tubuhkan IPCMC ini sebenarnya? Sehingga tiada hak pembelaan kepada anggota polis? Fikirkan lah…. Adakah kita ingin Negara kita dikuasai oleh penjenayah? Tepuk dada Tanya lah kerajaan…

Pernah pergi ke Sabah atau Sarawak? Ada lihat bagai mana anggota bertugas di pendalaman sabah Sarawak? Klinik tersergam indah…. Balai Polis? Dari kontena… bilik tidur ? dari kontena… sumber air? Dari perigi yang anggota gali sendiri. Keluarga? Terpaksa dihantar pulang kekampung kerana tiada disediakan kuarters kelamin, yang ada kontena-kontena buruk dan usang. Elaun kesusuahan pula… jabatan lain nikmati sehingga RM1500 sebulan… tapi dilokasi sama dgn fasaliti yang lebih doif…. Anggota PDRM hanya menerima hanya 10%  dari gaji untuk elaun kesusahan.

Banyangkan konstabel yang baru mula bekerja ditugaskan disana… dengan gaji sediada… mereka hanya menerima elaun kesusahan sekitar RM100-120 sahaja berbanding jabatan lain manerima RM1500. Kos nak keluar dari pendalaman ada yang mencecah RM1500 sekali keluar masuk. Hak Asasi Manusia memperjuangkan IPCMC agar dibentang dan diluluskan segera…. Terlalu terdesak nampaknya…

Satu soalan…. Anggota Polis yang bekerja tanpa mengira kekurangan peruntukkan demi kedaulatan Negara Malaysia ni bukan MANUSIA kah?????? Mana hak mereka? Hak Asasi Manusia perjuangkan apa? Bila ada penjenayah mati… timbullah Hak Asasi Manusia…. Ibarat penjenayah ini lah MANUSIA. Polis dan mangsa bukan manusia yang perlu mereka perjuangkan hak…..

MANA HAK ASASI MANUSIA ketika anggota BOMBA terkorban kerana KUIL HARAM… dan KUIL HARAM tersebut masih tersergam indah… dipertahan pula oleh orang-orang berkepentingan politik. Adakah nasib mangsa terbela????

PDRM diperah, dikerah dan dianak tirikan…. Sekarang ini hendak dibebani pula dengan IPCMC? Bukan manusia agaknya yang bekerja dalam PDRM ini… kebajikan terabai… ditekan pula untuk berikan 200% untuk prestasi kerja.

Peralatan dibalai-balai? Buku report pun ada yang buat sendiri. Kertas A4? Berapa ramai yang beli sendiri. Kelengkapan lain jangan Tanya la…. Toner printer pun ramai yang terpaksa beli sendiri… bajet di kurangkan… yang bertambah hanya tekanan. Nak balai cantik dan indah… tapi pembaikan ada yang terpakse guna duit kutipan sesama sendiri kerana???? TIADA PERUNTUKKAN… dalam jawapan TIADA PERUNTUKKAN untuk jabatan kerajaan yang bernama PDRM INI… kita lihat ada pula peruntukkan untuk sekolah swasta yang mana Bahasa pengantar bukan BAHASA MALAYSIA pun…. Di Negara mana sekolah tersebut agaknya… ibarat kera dihutan disusukan, anak sendiri mati tak makan. Ini lah yang berlaku.

Berapa jabatan yang menjalankan penguatkuasaan undang-undang dalam MALAYSIA? Kenapa IPCMC hanya untuk PDRM? Jabatan lain terlalu bersihkan?

Cara menjatuhkan keselamatan sessebuah Negara… runtuhkan pertahanannya… dan ini lah langkah nya IPCMC.

Satu badan yang ditubuh melangkaui kuasa mahkamah… terdiri dari orang awam. Diberi kuasa untuk masuk kedalam PDRM dan diberi kuasa untuk memantau segala FAIL SULIT. Dimana kerahsiaan kerajaan selepas ini? Dimana Rahsia keselamatan Negara menjadi taruhan yang amat mahal….


TAN SRI ABU KASSIM, ingin rasanya kami bertanya…. Terlalu pantas draf Rang undang-undang untuk IPCMC…. Ibarat tiada lagi masa untuk kajian… soalannya BAGAIMANA DENGAN 124 CADANGAN LAGI DALAM LAPORAN SURUHANJAYA PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN DAN PERJALANAN PDRM? MENGAPA HANYA IPCMC YANG LANTANG DISUARAKAN UNTUK DILAKSANAKAN?

Soalan kedua buat TAN SRI ABU KASSIM… sebelum ini IPCMC telah diubah kepada SIAP. Dimana 21 agensi penguatkuasaan lain ada didalam SIAP. Apabila nak ubah semula kepada IPCMC…. 21 AGENSI LAIN  HILANG…. YANG TINGGAL ADALAH IPCMC HANYA UNTUK POLIS (PDRM). Kenapa dihilangkan? Sedangkan agensi terlibat juga melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. APAKAH AGENDA SEBENAR?

Sebelum laksanakan IPCMC…. TOLONGLAH JAGA KEBAJIKAN PDRM. BAIKI LAH KUARTERS DAN LENGKAPKAN LAH KEPERLUAN ASAS YANG SEPATUTNYA ADA UNTUK ANGGOTA DAN PEGAWAI DALAM PDRM. INI KASUT PUN DARI 2 PASANG TINGGAL 1 PASANG. JANGAN SESEKALI ABAIKAN HAK ANGGOTA POLIS SEBAGAI MANUSIA DALAM MEMPERTAHAN DIRI. MEMPERTAHANKAN KERAHSIAAN NEGARA DAN KEDAULATANNYA.

BUKAN MEMBANTAH… MOHON DIKAJI SEMULA KEPERLUAN PDRM SEBELUM NAK LAKSANA IPCMC. DAN KAJI LAH IPCMC ITU ADAKAH IYANYA TIDAK MENJADIKAN KERAJAAN ZALIM TERHADAP ANGGOTA PDRM YANG MENJAGA KESELAMATAN NEGARA WALAU DALAM KEADAAN SERBA KEKURANGAN DARI SEGENAP SEGI.

KESELAMATAN NEGARA KEUTAMAAN KAMI.
BERSATU, BERJUANG, BERBAKTI.

Sumber - WHATSTAPP POLIS PENCEN

10 FAKTA TENTANG PDRM


1. Agensi paling tua di Malaysia yang di tubuhkan sejak 1807_
2. Memiliki aset-aset yang paling uzur tetapi mampu menjalankan operasi dengan sempurna_
3.Mempunyai pasukan separa tentera sendiri iaitu Pasukan Gerakan Am dan 69 Komando_
4.Kesemua warga PDRM adalah bertaraf pegawai walaupun berpangkat konstabel (akta polis 1967) dan hanya ada 2 kategori sahaja iaitu Pegawai Kanan Polis ( Inspektor - IGP) dan Pegawai Rendah Polis (Konstabel - Sub Inspektor) dan sebenarnya tiada istilah 'anggota' di dalam PDRM itu hanyalah bahasa pasar sejak dahulu lagi._

5.Mempunyai sistem gaji yang paling tinggi berbanding dengan agensi kerajaan yang lain (pangkat konstabel boleh mencapai pendapatan kasar sekitar RM3000 sebulan megikut cawangan bertugas)_

6.69 Komando PDRM pernah melakar kejayaan dengan menawan 82 pengganas komunis hidup-hidup di satu kem komunis pada 1975 tanpa ada kecederaan dari pihak mereka._

Video 69 Komando ketika Tragedi Lahad Datu>> 


7.Pada 2005, 5 pegawai kanan polis dan 32 pegawai rendah polis dari Pasukan 69 Komando telah diterbangkan ke Kukup Johor bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yg telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Akhirnya mereka berjaya menawan semula kapal ini dan dibawa pulang ke Malaysia._

8.Pada tahun 2000 semasa peristiwa Al Maunah, IGP ketika itu telah menyerahkan operasi kepada pihak ATM tetapi pasukan 69 komando di ketuai oleh C/Insp Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama 20 orang pegawai rendahnya terlebih dahulu menaiki bukit ke arah Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah serta menyelinap masuk dan menawan pengganas tanpa sebarang kecederaan pada kedua-dua belah pihak sebelum ketibaan pihak Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat 2 jam kemudian._


9.Pasukan Polis Marin pada tahun 1985 pernah bertempur dengan lanun yang baru lepas menyerang bandar Lahad Datu. Keesokannya 2 buah kapal TLDM terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke kapal PX 29 dan PX,_ _Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Pertempuran yang amat hebat itu telah di puji oleh pegawai yang berpangkat Leftenan sambil berkata “ Sepanjang sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun tersebut._

10.Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa pekerjaan polis adalah yang paling stress di Malaysia dan di dalam cawangan polis pula Pasukan Gerakan Am merupakan cawangan yang paling stress berbanding dengan cawangan polis yang lain._
Salute PDRM....👍🏼✋🏼👮🏼

Video Aksi Abam Polis Trafik >>>

Video Aksi Abam Polis Trafik >>>

Tuesday 29 January 2019

'MAT REMPIT' KENA TAHAN MASA TENGAH 'RACE' [VIDEO]



[ JENAYAH MINGGU INI ] Menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ala superman memang sinonim dengan mereka yang digelar 'Pelesit Jalanan'.

 Biarpun lokasi dan laluan sama dipantau polis hampir setiap minggu....

Namun mereka tetap berdegil melalukan kegiatan itu seolah olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

Buktinya 9 remaja lelaki berusia 17 hingga 20 tahun akhirnya diberkas selepas puas menunjukkan belang mereka di kilometer 18 lebuhraya kesas Klang malam tadi.



Ops Samseng Jalanan yang digerakkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman kira kira 11 malam itu bermula dengan risikan ke atas pergerakan mereka sehingga kilometer 25 lebuhraya itu.

Krew kamera sempat merakam tindakan tidak bertanggungjawab mereka... Aksi seperti menundukkan kepala, memotong kenderaan lain secara zig zag dilakukan beberapa pusingan.

Bagaimanapun kesemua remaja itu ditangkap selepas memberhentikan motosikalnya untuk menunggu rakan lain... Pemeriksaan mendapati mereka tidak ada lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

Seorang darinya me ggunakan nombor plat palsu. Dalam operasi itu.. Polis turut mengeluarkan 90 saman atas pelbagai kesalahan dalam osp sekatan jalan raya. Manakala 17 buah motosikal disita.

Kesemua mereka dibawa ke cawangan trafik ipd klang selatan untuk tindakan lanjut. Operasi berakhir jam 4 pagi.

Sumber - Daripada Youtube - MKL Crimedesk

Go Pro rakam kelakuan pengguna jalan raya



JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor memasang kamera Go-Pro pada semua kenderaan penguat kuasa bagi mengesan kesalahan pengguna jalan raya.

Pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman berkata, sistem Go-Pro itu akan digunakan sepanjang operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini.

“Kami akan gunakan Go-Pro untuk merakam video atau gambar setiap kesalahan pemandu jalan raya, selepas itu kami akan salin ke dalam sistem dan memanggil pemilik kenderaan untuk soal siasat dan mengambil tindakan.


“Selain penggunaan Go-Pro, anggota JPJ akan menyamar sebagai penumpang bagi merakam kesalahan yang dilakukan pemandu bas ekspres.

“Kami akan memanggil pemilik serta pemandu ke pejabat untuk soal siasat sebelum mengambil tindakan,” katanya pada sidang media Op Tahun Baru Cina 2019 di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, malam tadi.

Menurutnya, Op Tahun Baru Cina membabitkan semua 150 anggota dan pegawai JPJ Johor termasuk di daerah dan sempadan.

“Semua cuti anggota dan pegawai JPJ dibekukan sempena op ini dan bagi memastikan kelancaran trafik, tarikh larangan pemanduan kenderaan barangan ditetapkan pada 2 hingga 10 Februari.

“Tempoh larangan terbahagi kepada dua iaitu sebelum perayaan dari 2 hingga 4 Februari dan selepas perayaan bermula 9 hingga 10 Februari,” katanya.

Dalam operasi itu, Razali dan anggotanya memeriksa keadaan bas ekspres termasuk pintu kecemasan, tayar dan brek.

- HARIAN METRO - 

Monday 28 January 2019

CENDOL DURIAN KAMPUNG RM5 JE! TERLETAK DI....


Cerita pasal cendol, siapa yang tak suka kan? Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia gemar menikmati pelbagai jenis cendol yang ada dalam pasaran..

Termasuk Cendol Durian.. Cuma kebiasaanya kalau nak makan Cendol Durian ni kita kena tahu yang harganya tidak lah murah.. Contoh kalau di KL harga semangkuk boleh mencecah RM15..

Jadi Admin kongsikan Lokasi Cendol Durian Kampung yang lebih murah harganya, mampu dan pastinya puas hati..

Harga semangkuk bermula RM5 sahaja.. Ya! RM5 sahaja!
Lokasi terletak di Jalan Kebun Klang yang mana tak jauh daripada Lebuhraya KESAS.. Details alamat seperti berikut..

Warong Nasi Bajet @ Bazar Kita Kita
(tapak pasar malam hari selasa)
Jalan Kebun, Jalan Kampung Lombong,
 41200 Klang, Selangor

Bagi yang guna GPS boleh buka link ni >> https://maps.app.goo.gl/mkBMY 




Selamat menjamu selera bersama orang tersayang! :)



KENALI PESARA POLIS DAN ORANG ASLI PERTAMA BERGELAR AHLI PARLIMEN



KENALI TUAN RAMLI MOHD NOOR.
Orang Asli Malaysia pertama bergelar ahli Parlimen.

1- Tuan Ramli berasal dari Pos Mensoon, Cameron Highland dan berketurunan suku kaum Semai.

2- Tuan Ramli juga bekas pegawai kanan PDRM dan memegang jawatan terakhir sebagai Assisten Komisioner (ACP), menjadi lambang kejayaan dan kebanggaan bagi masyarakat orang asli terutamanya di Cemeron Highland.

 


3- Bekas penolong pesuruhjaya polis Ramli Mohd Noor adalah pegawai polis Orang Asli berjawatan paling tinggi dalam sejarah negara.

4- Beliau memulakan kerjayanya sebagai inspektor percubaan sebelum dinaikkan pangkat demi pangkat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang.

5- Dalam temu bual dengan NST pada tahun 2015, Ramli mendedahkan bahawa beliau adalah pegawai polis generasi kedua dan anaknya juga seorang anggota polis.

6- Bapanya, Mohd Nor Abdullah, adalah anggota pengasas Senoi Praaq, pasukan polis hutan yang kini sebahagian daripada
Pasukan Gerakan Am (PGA)..

7- Tuan Ramli juga aktif dalam penglibatan sukarelawan terutamanya dalam membantu masyarakat orang asli, terutamanya di sekitar Cameron Highland. Peranan beliau adalah menjadi;
a) Bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
b) AJK Jabatan Kebajikan Orang Asli Malaysia (JKOAM)
c) Penceramah Motivasi Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)


8- Dalam pendidikan pula Tuan Ramli mempunyai,
a) Sarjana Pentadbiran Awam dari University of East London.
b) Master Pentadbiran Awam (OUM)
C) Calon PhD perniagaan (IUMW)

9- Anugerah yang pernah diterima beliau adalah;
a) Pingat Peringatan Jasa Pahlawan Negara 2018.
b) Bintang Panglima Pasukan Polis 2017.
c) Bingtang Kesatrian Mangku Negara 2016.


Kita doakan Semoga Tuan Ramli dapat menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen yang berkesan khasnya kepada penduduk asal di Malaysia. Tahniah!!!

Pilihan Raya Umum 14 tidak sah?



oleh Ab Jalil Backer

MINGGU lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham.

Video Penjelasan Peguam >>>
Undang-undang negara mempunyai peruntukan yang melindungi pemegang jawatan tertentu dari percaturan politik dan tindakan berpihak. Antara yang berada dalam kategori perlindungan ini ialah para hakim dan ahli SPR.

Justeru seperti mana kedudukan hakim-hakim, ahli SPR juga tidak boleh dipecat atau ditamatkan kontrak lebih awal kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tujuan perlindungan ini ialah bagi menjaga integriti dan kebebasan kehakiman dan SPR supaya tidak mudah diugut dan tunduk kepada ahli politik.

Ura-uru penubuhan tribunal ini timbul pada awal Oktober 2018 apabila enam ahli SPR terbabit enggan mengikut jejak langkah Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, melepaskan jawatan selepas tamat PRU14.

Justeru beberapa media telah digunakan memetik sumber kerajaan bahawa satu tribunal akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan ke atas mereka. Ini merupakan ugutan tersirat kepada ahli SPR, letak jawatan atau dipecat melalui tribunal. Justeru keenam-enamnya meletak jawatan bagi mengelakkan nasib mereka akan berakhir seperti mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Pada 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir, telah menubuhkan tribunal untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Krisis kehakiman yang berlaku pada masa tersebut menyaksikan Tun Salleh Abas dan tiga hakim mahkamah agung dipecat.

Berikutan perletakan jawatan tersebut, pada Oktober 2018 juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, memaklumkan kepada Parlimen bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku ahli SPR ketika PRU14.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini mengenai perletakan jawatan ahli SPR itu, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi. Justeru pengumuman penubuhan tribunal bagi memecat mereka yang telah meletak jawatan ini sangat mengejutkan. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri di Parlimen.

Apakah Parlimen telah dibohongi oleh Kabinet?
Apa motif Dr Mahathir meneruskan tribunal ini? Adakah ini merupakan langkah membatalkan keputusan pilihan raya di kawasan-kawasan yang parti Bersatu telah kalah dalam PRU14?

Dr Mahathir telah beberapa kali menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PRU14 bergantung kepada rakyat, bukannya persetujuan antara mereka.

Rakyat hanya boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika berlaku pilihan raya umum.

Justeru penubuhan tribunal ini mungkin merupakan langkah Dr Mahathir mewujudkan kemungkinan pilinan raya umum baharu, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau pembatalan keputusan PRU14.

Jika tribunal mendapati ahli-ahli SPR terbabit bersalah maka ia bukan sahaja bermakna mereka dipecat, tetapi juga menyebabkan keputusan PRU14 boleh dibatalkan. Ini kerana pertuduhan yang dibuat membabitkan tindak-tanduk mereka ketika PRU14.

Jika seseorang hakim bersalah melanggar undang-undang dan prosedur dalam perbicaraan maka sesuatu perbicaraan akan disytihar sebagai ‘mistrial’ dan dibicarakan semula. Maka hal sedemikian juga seharusnya berlaku kepada keputusan PRU14 jika ahli-ahli SPR didapati bersalah oleh tribunal.

Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.

Sebaik sahaja tribunal mendapati mereka bersalah, parti yang bertanding boleh mengemukakan saman membatalkan seluruh keputusan PRU14. Maka ketika itu mahkamah tiada pilihan kecuali membatalkan PRU14, melainkan ada campur tangan dalam kehakiman.

Seperti mana pengharaman Umno 1988 menutup peluang kumpulan Tengku Razaliegh Hamzah, pembatalan keputusan PRU14 akan menjadikan hasrat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sebagai mimpi siang hari sahaja.

* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
- SINAR HARIAN -

SPR buat laporan polis terhadap Manogaran



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, M Manogaran berhubung tindakannya memasuki pusat mengundi dengan memakai baju yang mempunyai logo parti.

SPR dalam kenyataan hari ini, berkata Manogaran memasuki Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut daerah Lipis, Pahang pada hari pengundian dengan memakai baju yang mempunyai logo parti dan tindakan itu menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Laporan polis sudah dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, SPR juga mengambil tindakan serupa terhadap pelanggaran AKPR 1954 berkaitan penubuhan barung oleh parti pada hari mengundi.



“Sebanyak tiga laporan polis membabitkan sembilan Pusat Mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis membabitkan satu pusat mengundi dalam DUN Jelai dibuat oleh Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya dibuat hari ini.

“Sehubungan itu, SPR menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
“SPR menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

“Semua pihak diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan,” katanya.

Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli Md Nor diumum menang dalam PRK itu dengan majoriti lebih besar.
Beliau memperoleh 3,238 undi majoriti atau 12,038 undi keseluruhan daripada 89 saluran undi.

- BERITA HARIAN - 

Polis lepas tembakan tahan lelaki bawa dadah [VIDEO]



KUALA LUMPUR: Polis melepaskan lima das tembakan dalam usaha memberhentikan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu seorang lelaki yang cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan polis berhampiran Terowong Bukit Kiara di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, pemandu 4WD itu pada mulanya diarah berhenti oleh anggota pasukan polis peronda (MPV) selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kuching, di sini.


Bagaimanapun, suspek sebaliknya terus memecut masuk ke arah Bangsar seterusnya masuk ke Lebuhraya LDP hala ke Damansara dan masuk ke Terowong Bukit Kiara.

Ketika di dalam terowong, suspek beberapa kali menghimpit kenderaan MPV dan memandu secara berbahaya sebelum membaling pemotong besi ke arah kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, berkata anggota MPV kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek menyebabkan 4WD itu terlanggar pembahagi jalan dan berhenti.

"Suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan ketika anggota kita cuba menahan suspek sehingga memaksa polis melepaskan tembakan menggunakan 'taser gun' (senjata renjatan elektrik) ke arahnya.

"Pemeriksaan ke atas badan suspek kemudian menemui ketulan kristal disyaki dadah jenis eramin 5," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, suspek yang berusia lewat 30-an mengalami cedera ringan di muka dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan susulan.

"Semakan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan siasatan masih diteruskan," katanya.

- BERITA HARIAN - 

Sunday 27 January 2019

69 Komando mahu terus unggul [ 6 GAMBAR ]




SEJARAH menceritakan segala-galanya tentang jasa dan pengorbanan anggota tentera, polis atau sesiapa sahaja kepada keselamatan negara. Malah, sejarah turut menjadikan sesebuah organisasi berusaha menjadi yang terbaik.

Perkara ini turut berlaku kepada pasukan yang mendapat julukan ‘Special Air Service’ (SAS) Malaysia, 69 Komando yang merupakan unit khas di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).





Unit yang menerima didikan daripada SAS United Kingdom (UK) selepas penubuhannya itu berjaya mencatatkan pelbagai kejayaan dalam operasi. Antara operasi yang paling diingati dalam tempoh beberapa tahun lalu adalah Ops Subuh di Bukit Jenalik, Sauk, Perak dan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Dengan identiti beret kelabu pasir dan lambang kerambit, pasukan yang berpangkalan di Hulu Kinta, Perak ini turut menjadi pasukan yang menggalas tanggungjawab dalam operasi penting membanteras jenayah.





Selepas lebih 50 tahun dan tiada lagi ancaman komunis, unit ini sebenarnya masih relevan bagi menangani ancaman lain seperti ‘counter terrorism’ dan jenayah dalam bandar menerusi kerjasama unit dan agensi lain. 

Sehubungan itu, bagi memantapkan unit ini, Komandernya, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Razak Mohd. Yusoff berkata, pihaknya telah menilai semula beberapa aspek kemahiran serta latihan di samping modul kursus asas komando.


Menurutnya, ini termasuk kemahiran yang dimiliki oleh anggota di setiap skuadron dalam unit itu seperti kemahiran payung terjun, penyusupan udara, selam tempur dan rondaan kumpulan kecil (RKK).

“Kita mahu melihat semula kaedah di mana kemungkinan skuadron yang mempunyai kemahiran sama akan kita juruskan kepada kemahiran tertentu pula seperti ‘waterborne’ (selam tempur) atau payung terjun.

“Ini bermakna setiap skuadron ada kepakaran masing-masing. Walau bagaimanapun, kemahiran ‘counter terrorism’ akan kita wajibkan dalam semua skuadron,” katanya ketika ditemui Mega Wira baru-baru ini.





Abdul Razak berkata, unit tersebut juga akan menilai semula modul kursus asas 69 Komando supaya dapat menampung jumlah anggota yang telah bersara dan berhenti setakat ini. 

“Tidak ramai yang lulus dalam ‘basic’ komando dan kita memerlukan anggota bagi mengisi kekosongan tersebut. Kadang-kadang daripada beratus-ratus yang ikut (kursus asas komando), yang lulus hanya sembilan orang.

“Sebab itu kita akan melihat semula modul kursus tersebut. Kita tidak mahu berkompromi dalam aspek standard dan kualiti anggota yang lulus kerana bakal menggalas tanggungjawab besar selepas diserapkan ke unit ini nanti,” jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Abdul Razak berkata, anggota 69 Komando sehingga kini masih menjalani latihan bersama pasukan khas lain seperti Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau).

“Sejak dahulu lagi kita hantar anggota ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang, Melaka mempelajari kemahiran di sana dan hanya sebahagian latihan dilakukan di Hulu Kinta.

“Sebagai contoh, latihan lanjutan payung terjun dibuat di Pulpak kerana kita tidak melatih anggota dalam kursus skala besar dan perlukan mungkin dua orang sahaja ‘jump master’ atau ‘rigger’ (pelipat payung terjun ),” ujarnya.





Terbaru, dua anggota 69 Komando berjaya meraih anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik yang diberikan kepada Lans Koperal Mohammad Rahmad Lantong manakala Penuntut Akademik Terbaik dianugerahkan kepada Lans Koperal M. Pragash

Mereka antara 20 peserta yang mengikuti Kursus Pelipat ‘Parachute’ Siri PLP 2/18 anjuran Cawangan Rigger Pulpak.

69 Komando terus menjalankan proses pemodenan dan peningkatan dari segi anggota serta aset sebagai langkah persediaan menghadapi ancaman baharu masa kini.

- Utusan Online -