Friday 24 July 2015

KENAPA PETUGAS KERETA PERONDA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR???



Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian).
Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa
 petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang
 keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang
tidak memakai tali pinggang keledar.
Disini saya berikan jawapannya dan saya share bersama pembaca blog....

Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta.

Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang
kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan
ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP
bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan anda melakukan tindakan segera.

Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap
anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. Harap maklum.

Penulis asal: http://paparazy.blogspot.com/2013/04/kenapa-petugas-kereta-peronda-tidak.html
Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

8 comments:

  1. eahh.. masih ada lg ker rakyat malaysia yg tak tahu pasal perkara ni..? zaman sekolah rendah lg aku dah tau pasal perkara ni.. heheh
    www.mdfuzy.com

    ReplyDelete
  2. Kalau macam 2 ko org bayangkan Bila bawa kereta da accident kereta da baker. ..apa akan jadi
    Bahayakan

    ReplyDelete
  3. Macam 2 rakyat pn x selamat juga pakai seat belt

    ReplyDelete
  4. Macam 2 rakyat pn x selamat juga pakai seat belt

    ReplyDelete
  5. Watever. Undg2 manusia yg lmah

    ReplyDelete
  6. Itu kalau polis yg ada pistol.dia mention bomba,tentera.ambulance.bomba tak pakai pistol kot.hahaha.just saying

    ReplyDelete