Wednesday 27 November 2019

'Ibu dirodok dengan lembing!' - Kisah pilu ahli keluarga dibunuh komunis depan mata



“MASIH jelas terbayang ibu dirodok dengan lembing oleh komunis! Ketika itu senjata bersepah seperti kayu api.”

Itu cerita seorang warga emas, Tik Sulong, 89, yang menjadi saksi bagaimana ibunya Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang masih kecil ditikam dengan lembing di hadapan mata.

Turut menjadi korban abang ipar serta seorang lagi anak saudara yang rentung selepas komunis membakar kediaman mereka dalam kejadian pada jam 6 pagi Sabtu, 10 Jun 1945 di Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Ujar warga emas itu, setiap kali teringat kepada kekejaman, kezaliman dan penderitaan oleh komunis itu, air matanya pasti akan mengalir.


Mengimbau kejadian menyayat hati itu, Tik sekali-sekala menyeka air mata yang mengalir pilu di pipinya. Menurut Tik, ketika tragedi itu berlaku, ayahnya, Sulong Mohammad yang merupakan seorang ketua kampung tiada di rumah kerana ke kebun bagi memantau kerja-kerja menuai padi yang dilakukan pekerja-pekerja upahan.

 Ceritanya, pagi itu mereka sekeluarga yang tinggal di rumah dua tingkat itu bangun awal pagi. Dia yang ketika itu berusia 15 tahun sempat membantu ibunya menyediakan pisang goreng untuk sarapan pagi.

 Secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi ketukan bertalu-talu diikuti dengan bunyi tembakan senapang dan juga jeritan orang ramai memberikan amaran supaya lari kerana komunis sedang menyerang.

 Menurut Tik, dia yang ketika itu di dapur bersama ibu dan adik bongsunya berusia dua tahun bergegas melarikan diri.

 Ibunya sempat mendukung adik bongsu dan mereka bertindak terjun ke kolam ikan di belakang rumah. Jelas di matanya apabila anggota komunis dengan kejam menikam ibunya di bahagian perut dan kemaluan.

Tikaman itu turut kena pada adik bongsunya menyebabkan percikan darah yang banyak. Tambah Tik, jari ibunya turut dipotong setelah anggota komunis itu ingin mengambil beberapa bentuk cincin yang dipakai.

Tidak terhenti di situ, ekoran serangan itu, kakak sulungnya yang sedang berpantang bertindak terjun dari loteng rumah bersama anak lelakinya berusia empat tahun dan kejadian itu turut mengakibatkan anak saudaranya ditikam dengan lembing.


"Terus tikam. Mula mula dia tembak, dari jauh dia tembak. Dia datang tembak pakai lembing, dia pakai lembing panjang tu. Nampak dia datang tu, terus terjun je.

" Bagaimanapun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila dia yang berada di sebelah ibunya tidak diapa-apakan. Menurut Tik, dia menyorok di dalam air di sebalik rimbunan daun keladi kira-kira 20 minit sebelum kumpulan komunis bintang tiga itu beredar.

"Kekayaan Tuhan, dia pun tak nampak mak cik. Sama-sama dalam air, dalam paras pinggang. Itu sebenarnya kolam ikan, jadi rumput yang macam pelampung tu penuh, tak nampaklah." Detik tragis itu tidak terhenti di situ apabila kediaman keluarganya dibakar menyebabkan abang ipar dan seorang lagi anak saudara berusia lapan bulan maut.

Masih segar di ingatan Tik suara ibunya yang merayu kepada anggota komunis itu agar tidak membunuh anak kecilnya, juga jeritan anak saudaranya yang menggelupur kesakitan selepas sejengkal isi perut terkeluar angkara tikaman komunis itu.

"Tak ada mayat. Memang mak cik nampak mak kena tikam, sebab dekat. Masa tu ‘Ya Allah ya Tuhanku, janganlah'.

 "Bila tengok darah mak tu, dia tunggu. Dia potong jari mak, ambil cincin. Bila dia pergi, dia ramai datang." Menurut Tik, ketika tanah air diancam komunis, kumpulan pengganas itu bertindak merampas senjata di rumah-rumah pasung (balai polis) manakala anggota polis pula dibunuh.

Selain rumah pasung dibakar, rumah ketua-ketua kampung atau naib ketua kampung juga menjadi sasaran mereka.

Sumber . Astro Awani - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-dirodok-dengan-lembing-kisah-pilu-ahli-keluarga-dibunuh-komunis-depan-mata-215393  

Tuesday 28 May 2019

PDRM terbuka siasat kes Saiful Bahari




KUALA LUMPUR - Polis terbuka untuk menyiasat semula kes Saiful Bahari Yunus, bekas pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah di Kedah, pada 17 Januari 2017.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya amat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh bekas pegawai polis berkenaan dan akan memberi ruang secukupnya untuk Saiful Bahari mendapat keadilan.

“Saya tidak akan membuat kesilapan kerana tidak memberi ruang kepada yang tertuduh (Saiful Bahari), tapi jika beliau tiada bukti yang kukuh dan mengatakan dirinya tidak bersalah, bagaimana kami akan melakukan siasatan kes ini,” katanya pada sidang media selepas hadir majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM di Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata siasatan kes yang dijalankan terhadap bekas pegawai polis itu berjalan dengan tersusun dan tindakan yang diambil adalah mengikut undang-undang, secara telus serta adil. Sebelum ini, Saiful Bahari bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan disyaki terlibat dalam pengedaran dan penyeludupan dadah di Kedah, pada tahun 2017.

Sementara itu, polis akan memanggil bekas pegawainya Md Ali Amir Batcha selepas hari raya ini bagi membantu siasatan mengenai dakwaan beliau menjadi mangsa konspirasi pertuduhan palsu oleh Unit Siasatan Dalaman.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut perkara itu, Abdul Hamid berkata pihaknya bersedia untuk mendapatkan keterangan yang jelas berhubung perkara itu. Sebelum ini, Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu mengatakan dirinya terperangkap dalam pertuduhan palsu yang dipercayai jenayah terancang untuk melindungi anggota polis yang berjawatan tinggi ketika itu.

Baru-baru ini, Md Ali, 65, yang pernah bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an. Md Ali mendakwa menjadi mangsa kepada satu konspirasi dan kini mahu membuktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan itu. - Bernama

Thursday 9 May 2019

Tarikh semakan status Panggilan Temu Duga Lisan Akan Diumum



Pastinya ini berita yang dinanti-nanti oleh setiap calon pelatih bagi jawatan Konstabel Polis.

 Tarikh semakan status Panggilan Temu Duga Lisan bagi jawatan Konstabel polis Gred YA1 (Lelaki) akan diumumkan dalam masa terdekat.

 Semak status berdasarkan tarikh yang akan dinyatakan nanti. Semakan status boleh dibuat di laman www.sso.rmp.gov.my

 Sebarang 'update' terkini boleh layari laman Facebook Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia atau pun Instagram Unit Pengambilan PDRM


Tuesday 26 February 2019

Warga Emas mengaku tidak bersalah hina Nabi



LELAKI warga emas, Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB) pada 17 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di FB miliknya Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan ia bukan kesalahan yang boleh dijamin.
Bagaimanapun, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam kerana ia membabitkan agama dan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya jumlah jaminan yang ditetapkan dalam kadar yang rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Wai yang tidak diwakili peguam memohon supaya dikenakan jumlah jaminan yang rendah atas alasan dia tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan, Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa bag yang berisi baju dan botol air.

Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula.

- HARIAN METRO - 

ALBUM SEKITAR SAMBUTAN HARI FRU KE-63 [225 GAMBAR]





















----------------
PROMOSI HARI POLIS BERMULA SEKARANG!!!

Wanders Hijab TUDUNG UNIFORM EXCLUSIVE DESIGN
Berminat hubungi - 🧕 Sue & Ecah - 017 300 6263 /017 300 9272 - http://tudunguniformno1.wasap.my/
----------------
















































----------------
PROMOSI HARI POLIS BERMULA SEKARANG!!!

Wanders Hijab TUDUNG UNIFORM EXCLUSIVE DESIGN
Berminat hubungi - 🧕 Sue & Ecah - 017 300 6263 /017 300 9272 - http://tudunguniformno1.wasap.my/
----------------






















































































































































Gambar Daripada Facebook - Polis Berkuda PDRM

SAMBUTAN PENUBUHAN PSP KE-63 DIRAI PENUH ISTIADAT Cheras, 26 Februari 2019 - Kenderaan berperisai meriam air dan ‘Outside Broadcast Van’ (OBV) serta kuda penyurai rusuhan antara diperagakan dalam Perbarisan Khas Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-63 yang diadakan di Padang Kawad Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 12 pegawai kanan polis dan 417 pegawai pangkat rendah dari semua elemen dalam PSP Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dengan diiringi Komander PSP, SAC Hamzah Haji Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi berharap agar setiap warga PSP dapat melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. “Sejajar dengan perkembangan semasa, PSP telah mencapai tahap kematangan menerusi kejayaannya dalam menangani isu ketenteraman awam serta prinsip ‘control and self-restraint’ yang diamalkan dalam kalangan pegawai dan anggota menjadikannya sebagai sebuah Pasukan disegani masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Mohamad Fuzi menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 252 para pegawai dan anggota PSP yang telah berkhidmat dalam era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Terdahulu, para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pertunjukkan kawad lintas hormat dari semua elemen PSP dengan diiringi Pancaragam Pusat PDRM, persembahan seni mempertahankan diri yang penuh mendebarkan dan demonstrasi pengurusan kententeraman awam melibatkan elemen kuda penyurai rusuhan dari Unit Berkuda PSP PDRM.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, barisan pengarah PDRM dan wakil-wakil media.

Daripada Facebook - Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )