Tuesday 26 February 2019

Warga Emas mengaku tidak bersalah hina Nabi



LELAKI warga emas, Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di Facebook (FB) pada 17 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Wai didakwa memuat naik karikatur yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda di FB miliknya Foo Sing Wai, pada 5 petang, 17 Februari lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298 A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tarikh yang sama.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan ia bukan kesalahan yang boleh dijamin.
Bagaimanapun, beliau memohon tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkan ikat jamin.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius. Jaminan yang ditawarkan ini tidak melampau kerana mengambil kira perbuatan yang dilakukan. Kes ini juga mendapat perhatian masyarakat awam kerana ia membabitkan agama dan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya jumlah jaminan yang ditetapkan dalam kadar yang rendah, bimbang boleh memberi persepsi negatif kepada orang awam terhadap sistem kehakiman. Ia jaminan munasabah bagi menjamin kehadiran tertuduh untuk perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Wai yang tidak diwakili peguam memohon supaya dikenakan jumlah jaminan yang rendah atas alasan dia tidak bekerja dan mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan, Wai mengalami masalah kerap membuang air kecil dan dilihat membawa bag yang berisi baju dan botol air.

Hakim M.M Edwin Paramjothy membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula.

- HARIAN METRO - 

ALBUM SEKITAR SAMBUTAN HARI FRU KE-63 [225 GAMBAR]





















----------------
PROMOSI HARI POLIS BERMULA SEKARANG!!!

Wanders Hijab TUDUNG UNIFORM EXCLUSIVE DESIGN
Berminat hubungi - 🧕 Sue & Ecah - 017 300 6263 /017 300 9272 - http://tudunguniformno1.wasap.my/
----------------
















































----------------
PROMOSI HARI POLIS BERMULA SEKARANG!!!

Wanders Hijab TUDUNG UNIFORM EXCLUSIVE DESIGN
Berminat hubungi - 🧕 Sue & Ecah - 017 300 6263 /017 300 9272 - http://tudunguniformno1.wasap.my/
----------------






















































































































































Gambar Daripada Facebook - Polis Berkuda PDRM

SAMBUTAN PENUBUHAN PSP KE-63 DIRAI PENUH ISTIADAT Cheras, 26 Februari 2019 - Kenderaan berperisai meriam air dan ‘Outside Broadcast Van’ (OBV) serta kuda penyurai rusuhan antara diperagakan dalam Perbarisan Khas Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-63 yang diadakan di Padang Kawad Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 12 pegawai kanan polis dan 417 pegawai pangkat rendah dari semua elemen dalam PSP Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dengan diiringi Komander PSP, SAC Hamzah Haji Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi berharap agar setiap warga PSP dapat melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. “Sejajar dengan perkembangan semasa, PSP telah mencapai tahap kematangan menerusi kejayaannya dalam menangani isu ketenteraman awam serta prinsip ‘control and self-restraint’ yang diamalkan dalam kalangan pegawai dan anggota menjadikannya sebagai sebuah Pasukan disegani masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Mohamad Fuzi menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 252 para pegawai dan anggota PSP yang telah berkhidmat dalam era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Terdahulu, para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pertunjukkan kawad lintas hormat dari semua elemen PSP dengan diiringi Pancaragam Pusat PDRM, persembahan seni mempertahankan diri yang penuh mendebarkan dan demonstrasi pengurusan kententeraman awam melibatkan elemen kuda penyurai rusuhan dari Unit Berkuda PSP PDRM.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, barisan pengarah PDRM dan wakil-wakil media.

Daripada Facebook - Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )