Friday 9 June 2017

Geng 'susu kangkang' dicekup polis



PETALING JAYA
: Geng ‘susu kangkang’ yang aktif mencuri susu rumusan bayi di pasar raya dan kedai serbanika 24 jam akhirnya tumpas dengan tangkapan empat suspek di Kota Damansara, kelmarin..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioer Mohd Zani Che Din berkata, suspek masing-masing dua lelaki dan dua wanita itu ditahan ketika memberhentikan kereta di depan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dataran Sunway, Kota Damansara, pada 6.55 petang kelmarin.

Polis pada 20 Mei lalu menerima laporan kes samun yang mendatangkan kecederaan dalam kejadian di sebuah pasar raya di Kelana Jaya.

“Susu berjenama ini di lupuskan di kawasan kawasan tinggal rumah kongsi dan sebagainya dan kedai runcit yang kecil tu jadi mereka beli barang ini tak banyak soal lah dia kalau kawasan setinggan nampak kedai runci yang kecil kecil tu kan sebab orang yang usahakan kedai tu tak banyak tanya soalan benda-benda ni ditawarkan dengan harga rendah dia akan beli,” kata Mohd Zani, di sini hari ini.

Polis turut merampas 17 tin dan 21 kotak susu rumusan bayi pelbagai jenama, lima telefon bimbit, tablet, dua beg tangan, dua beg galas serta kereta model Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Thursday 8 June 2017

8,000 ANGGOTA TRAFIK TIDAK BERCUTI

EMPAT puluh ribu pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang Aidifitri ini bagi menjaga keamanan dan keselamatan di lokasi tumpuan ramai di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata jumlah itu ditingkatkan berbanding tahun lalu bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pengganas di negara ini ketika musim perayaan.
Beliau berkata, selain itu 8,000 pegawai dan anggota polis trafik tidak dibenarkan bercuti.

"Jumlah pegawai dan anggota polis yang bertugas ketika musim perayaan ini ditingkatkan terutama polis yang menjaga perbatasan negara.

"Polis sentiasa berwasapa dengan pelbagai ancaman khususnya Daish dan bagi mengelak pengganas menyelinap masuk di sempadan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Sumbangan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2017 di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Pada majlis berkenaan, 3,864 bungkusan kuih raya diagihkan kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada musim perayaan ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Khalid berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Alahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21.

"Biarlah kami lakukan siasatan dahulu, masih lagi ada keterangan yang belum dirakam dan akan ada saksi yang dipanggil.

"Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Allahyarham didera teruk sehingga melecur 80 peratus tubuh sebelum meninggal dunia, minggu lalu.

Koperal ditembak dengan pistol gas



ANGGOTA Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera di leher selepas terkena tembakan berhampiran pengkalan haram Syarifah, dekat pekan Rantau Panjang, pada 12.40 tengah malam tadi.

Koperal Shahrul Suliman, 34, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan keadaannya stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakan setugas dalam perjalanan ke Balai Polis Rantau Panjang dari pengkalan haram itu.

“Dalam perjalanan, mereka menahan dua lelaki menaiki motosikal bernombor pendaftaran Thailand yang dalam keadaan mencurigakan.

"Seorang daripada lelaki itu melarikan diri dan mangsa mengejarnya. Tidak lama kemudian, berlaku tembakan. Rakan mangsa kemudian ke tempat kejadian dan melihatnya terbaring dengan kecederaan di leher.

"Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol gas menggunakan peluru ‘bearing’ dan pemeriksaan doktor dapati ia tidak menembusi belakang badan dan tidak juga terkena organ penting.

"Kedua-dua suspek sempat melarikan diri," katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke HRPZ II dan keadaannya kini stabil.

Katanya, usaha mengesan dua suspek sedang giat dilakukan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi (Penalti lebih Berat) 1971/ Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Harian Metro - Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 12:07 PM

Friday 2 June 2017

Ketua Polis Perak Tengah Kerap Sampaikan Khutbah Jumaat



Ketua Polis Daerah Perak Tengah iaitu YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah berani sahut cabaran dalam transformasi penyampaian khutbah Jumaat yang pernah diwar-warkan di negara kita sejak 2011 yang lalu. Beliau seringkali menyampaikan khutbah untuk solat Jumaat di kawasan Perak Tengah sejak mula bertugas di Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah yang terletak di Seri Iskandar, Perak. Inilah contoh terbaik yang harus dihormati kerana seorang penguatkuasa dan pemimpin mampu untuk menyampaikan khutbah Jumaat.

Untuk makluman anda pembaca orangperak.com, YDH. Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah adalah bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut dan telah dilantik menjadi sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah yang telah berkuatkuasa pada 22 Febuari 2017 yang lalu yang mana beliau telah menggantikan YDH. Supt. Aziz Bin Hassan yang telah bersara wajib. Kehadiran YDH. Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah sangat menarik perhatian penduduk tempatan kerana beliau boleh menyampaikan khutbah Jumaat.

ketua polis daerah perak tengah

Menyampaikan khutbah Jumaat adalah satu kelebihan yang tidak ada pada semua orang dan rata-rata ketua jabatan lain juga tidak mampu untuk buat seperti Ketua Polis Daerah Perak Tengah ini. Sejarah merekodkan bahawa khutbah Jumaat pertama disampaikan oleh Rasulullah SAW di Madinah. Keberkesanan baginda dalam menyampaikan khutbah tidak dapat disangkal lagi dan hasil khutbah baginda telah melahirkan para sahabat yang amat berkualiti dan sangat hebat.

ADS: Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ? Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini -> http://tshirtfopdrm.wasap.my/

Secara tidak lansung, tindakan YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah dalam menyampaikan khutbah Jumaat boleh menjadikan inspirasi pada anak-anak muda untuk berusaha ke arah yang lebih baik dan menjadikannya idola buat mereka. Melihat kepada pemimpin dan penguatkuasa boleh berdiri dihadapan orang ramai dan memberi hujah untuk khutbah Jumaat, ianya adalah satu perkara yang hebat disamping menggalas tugas yang berat sebagai menjawat jawatan Ketua Polis Daerah.

ketua polis daerah perak tengah
YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria & YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah
Kelainan ini wajar untuk diteruskan dan dijadikan ikutan yang lain. Pergi sahaja ke kawasan Perak Tengah, ramai sahaja yang memuji semua anggota Polis daerah Perak Tengah yang selalu dekat dan mesra dengan masyarakat. Perkara sebegini wajar dipuji dan ianya dapat memberi impak yang positif antara masyarakat penduduk setempat dengan pihak Polis. Biarlah ada satu kelainan yang mana tidak imam yang sama sahaja membaca khutbah dan sedikit sebanyak, perkara ini boleh menarik minat pendengar untuk lebih fokus akan intisarinya.

Kredit - http://www.orangperak.com

Thursday 1 June 2017

SINDIKET JUAL KANAK-KANAK TUMPAS, SYABAS PDRM !

POLIS menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia selepas menahan enam individu dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur, 11 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Majinji berkata, sindiket berkenaan didapati memperdagangkan manusia terutama kanak-kanak etnik Rohingya untuk dijadikan pengemis di sekitar ibu kota.

Beliau berkata, hasil serbuan berjaya menyelamatkan dua lelaki dewasa dan sembilan kanak-kanak etnik Rohingya.

"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menjual kanak-kanak berkenaan pada harga RM1,200 hingga RM1,500 seorang.

"Sindiket berkenaan menerima kanak-kanak terbabit dari ejen luar negara dan masuk melalui utara tanah air," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Habibi berkata, serbuan polis turut merampas wang tunai RM12,400 dipercayai hasil jualan kanak-kanak berkenaan.

"Semua suspek berusia 25 hingga 30 tahun adalah warga Myanmar dikesan aktif menjalankan kegiatan ini sejak lima tahun lalu.

"Suspek kini ditahan reman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.

- MY METRO -

3 PENJENAYAH MATI DITEMBAK. SYABAS PDRM !



TANGKAK 1 Jun - Tiga penjenayah bersenjata dipercayai terlibat dalam 10 kes samun melibatkan mangsa yang baharu mengeluarkan wang di bank ditembak mati di Jalan Parit Bunga, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu diekori anggota polis dari arah Melaka selepas mendapati kenderaan dipandu mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, polis masih mengenal pasti identiti kesemua suspek ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemukan di tempat kejadian.

“Polis mengekori kereta jenis BMW berwarna silver sebelum tiba-tiba salah seorang suspek melepaskan tembakan sebelum kita menembak mati kesemua mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE