Friday 31 July 2015

Komen Shaheizy Sam tayang badan sasa, pelaris filem Polis EVO



KUALA LUMPUR: Aktor terkenal, Shaheizy Sam tidak melihat isu tayang badan sasanya dalam filem Polis Evo sebagai satu hal yang menjadi masalah yang perlu diperbesarkan.

Baginya apa yang lebih penting ialah filem itu yang akan menemui penonton mulai 17 September di pawagam berhampiran disifatkan sebagai sebuah filem yang mampu pecah panggung.

Aktor itu yang juga pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 diminta untuk mengulas mengenai treler filem berkenaan yang turut menayangkan susuk badan sasanya sekali gus menyerlahkan aura seksinya.

Bahagian dalam treler itu pastinya dilihat sebagai pelaris filem itu dan mampu menggoncang perasaan serta hati peminatnya.

"Filem ini memang saya kerja kuat untuk menyerlah sisi polis sebagai individu yang layak dilihat sebagai hero sekali gus meletakkan kepercayaan tinggi kepada penonton yang bakal datang menonton.

Sebab itu saya buat senaman untuk mendapatkan badan sasa. Saya dapatkan bentuk badan sasa itu dalam tempoh lima bulan dari April hingga September tahun lalu. Saya memang berusaha sehabis baik bagi mencapai matlamat itu.

"Mengenai treler yang menayangkan badan saya itu, ia kerja produksi. Saya yakin produksi arif mengenai bidang kerja mereka.

Jika mereka rasa itu pelaris, ia mungkin kemungkinan. Saya okey sahaja," katanya yang akan terbabit dengan penggambaran filem JB Pailang tak lama lagi.

Sam kini memang sedang rancak mempromosikan filem terbabit. Penuh optimis dan yakin, Sam juga tidak sabar menantikan detik filem itu ditayangkan kerana baginya ia sebuah filem yang mempunyai rasa dan rupa sebuah filem yang mampu pecah panggung.

Filem berkenaan juga yang turut dibintangi Zizan Razak, adalah antara karya selektif yang berjaya menambat hati Sam. "Ia karya selektif yang saya benar-benar pilih sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saya memang kurang ambil tawaran berlakon filem kerana sangat selektif. Saya memang kerja kuat dan bersemangat terbabit dalam filem ini.

Apa yang saya lalui sepanjang pembikinan filem ini, ia dilahirkan dengan cukup teliti dan bukan sekadar nak siapkan sebuah filem semata-mata.

"Kalau di Amerika Syarikat, filem sebegini dipanggil sebagai karya pecah panggung maka saya secara peribadi melihat ia mempunyai persamaan.

Filem ini mempunyai sokongan daripada pelakon dan tenaga pekerja yang terbaik di Malaysia. Jadi saranan dan nasihat saya, filem ini harus ditonton. Kalau tak tonton memang rugi," katanya penuh teruja.

Jangan sertai perhimpunan petang ini - Polis KL



KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menyertai perhimpunan yang akan diadakan di ibu negara petang ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur dan orang awam yang didapati menyertai perhimpunan itu.
"Ia boleh menjejaskan ketenteraman awam dan boleh menyebabkan peniaga rugi akibat daripada perhimpunan berkenaan.

"Mana-mana individu yang menyebarkan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keselamatan awam boleh disiasat mengikut Seksyen 595 Kanun Keseksaan Akta 574," katanya pada sidang media sebentar tadi.

11,174 aksesori tiruan dirampas di Low Yat




KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas sebanyak 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM150,990 dalam pemeriksaan mengejut yang diadakan di Plaza Low Yat pada pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu yang dijalankan bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan aktiviti penjualan barang tiruan di situ.

Menurut beliau, kakitangan Jabatan Imigresen turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan salah guna pas lawatan.

“KPDNKK terlebih dahulu melakukan risikan di situ selepas menerima banyak aduan daripada orang awam sebelum melancarkan operasi bersepadu bagi membanteras aktiviti penjualan barangan tiruan.

“Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabit kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barang bagi syarikat yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi berkenaan disertai sebanyak 110 anggota penguat kuasa termasuk wakil pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Tambahnya, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara terutama di tempat-tempat tumpuan dan terdapat banyak aduan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain mendidik penjual supaya mematuhi undang-undang.

“Orang ramai dialu-alukan menghubungi talian 1300886800 untuk menyampaikan aduan atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ atau datang sendiri ke pejabat kami,” katanya.

Wednesday 29 July 2015

Akibat goncang bayi, pemilik taska dipenjara 5 tahun



PETALING JAYA: Akibat menggoncang bayi dengan kuat sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan mata tiga tahun lepas, seorang pemilik taska dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Nazri Omran juga memerintahkan Nurul Shahidatul Afzan Zainal, 32, membayar pampasan RM40,000 kepada keluarga mangsa atau penjara 12 bulan, jika gagal membayar pampasan itu.

Mohd Nazri memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Mohd Yusmadi Yusoff yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun memerintahkan tertuduh menjelaskan bayaran pampasan itu.

Dalam penghakimannya, Mohd Nazri berkata selepas mendengar keterangan daripada 11 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan, mahkamah berpuas hati dan memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Tertuduh disabitkan dan didapati bersalah terhadap pertuduhan," katanya. Nurul Shahidatul Afzan, yang juga pengasuh taska, didakwa melakukan penganiayaan kepada seorang bayi perempuan, yang ketika itu berusia tiga bulan, dengan menggoncangnya dengan kuat sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan mata di Pusat Jagaan Nur Kasih, Jalan USJ 1/4P, di sini pada 5.23 petang 24 Feb 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor kecederaan yang dialami mangsa.

"Mangsa dalam kes ini mengalami pendarahan dalam otak dan mata akibat perbuatan tertuduh yang memberi kesan sangat besar terhadap mangsa dan keluarga malah tidak lagi (normal) seperti kanak-kanak biasa lain.

"Pohon mahkamah juga mengambil kira keadaan mangsa ketika kejadian adalah 'vulnerable victim'.

Mangsa hanya berusia tiga bulan dan perbuatan tertuduh menggoncang mangsa yang masih lembut adalah perbuatan sangat zalim," katanya.

Peguam Mohd Yusmadi bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mempunyai rekod cemerlang dan berpengalaman lebih tujuh tahun dalam mengendalikan taska.

"Tidak ada sebarang kecelakaan atau jenayah berlaku malah rekod itu (cemerlang) mendapat sokongan ibu bapa yang menghantar anak ke situ.

"Tertuduh juga sepanjang hidupnya tidak pernah terbabit dengan kes jenayah dan sentiasa memberi kerjasama yang baik," katanya yang turut memaklumkan bahawa anak guamnya mengalami penyakit asma.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Zahariah Zahari, 32, ketika memberikan kenyataan impak mangsa berkata semasa anaknya dilahirkan, dia berada dalam keadaan sempurna dan sihat.

Namun katanya, selepas kejadian itu setiap malam anaknya, yang kini berusia empat tahun itu sering diserang sawan dan perlu dibawa berubat.

"Mata kanannya juga rosak teruk. Dia juga tidak mahu makan dan saya berikan dia makan nestum dan susu sahaja. Saya juga bimbangkan keadaannya kerana dia takut dengan dunia luar," katanya sambil menangis teresak-esak. - BERNAMA

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

TPM arah polis perangi kegiatan judi 100 peratus


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan polis supaya meningkatkan lagi usaha memerangi kegiatan perjudian di seluruh negara "memandangkan usaha itu sejak empat bulan lepas dilihat kurang berkesan".

Timbalan Perdana Menteri berkata kegiatan itu perlu diperangi 100 peratus dan beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba melindungi kegiatan judi termasuk anggota dan pegawai polis.

"Empat bulan sudah langkah-langkah kita lakukan dengan hebat melalui Ops Cantas Khas, kita lakukan pembersihan (rumah-rumah judi) tapi saya dapat laporan tumbuh kembali.

"Bukan sekadar amaran, mana-mana pegawai dan anggota polis, individu, NGO atau kumpulan tertentu yang memberikan perlindungan kepada rumah-rumah judi tidak akan pernah terlepas daripada tindakan," tegasnya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berucap merasmikan Majlis Jamuan Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, di sini malam ini.

Ahmad Zahid turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat dan menyampaikan duit raya kepada kira-kira 30 anak yatim yang dijemput ke majlis berkenaan.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa Pada majlis itu Ahmad Zahid turut mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan sekurang-kurangnya RM500,000 bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Perumahan Polis Desa Tasik.

Perumahan Polis Desa Tasik merupakan kawasan perumahan terbesar dihuni seramai hampir 6,000 orang terdiri dari pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak.
-BERNAMA


Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

MH370: Serpihan ditemui di Pulau Reunion 'menyamai pesawat MAS'

Seorang pakar penerbangan Perancis percaya beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014.

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi.

Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. "Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph.

"Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. "Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.

"Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih mencari-cari jawapan. - The Telegraph

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

KPN beri amaran kepada penganjur protes di ibu negara


SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada penganjur protes yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu ini supaya jangan menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang dengan mengajak rakyat ke jalanan untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang mahu dicapai oleh penganjur protes itu.



Katanya, maklumat mengenai protes itu yang tersebar menerusi media sosial juga akan disiasat pihaknya dan mengingatkan penganjur supaya segera menafikan perkara tersebut jika ia tidak benar.


"Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan.

"Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Khalid berkata, sekiranya penganjur protes itu masih tidak mahu bertanggungjawab tentang penyebaran maklumat mengenainya, siasatan akan dijalankan dan mereka bakal berdepan tindakan tegas oleh polis.

Katanya, sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai 'Demi Malaysia' yang dikatakan bertanggungjawab menganjurkan protes itu.
- BERNAMA

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

SUSPEK CURI FERRARI DIBERKAS




29 Julai - Dua lelaki warga tempatan berjaya diberkas oleh anggota Tugas Am Balai Polis Gambang. Bertindak atas maklumat yang diterima pada pukul 4.00 pagi tadi, sebuah Ferrari jenis F430 F1 berwarna kuning telah lari dari pemeriksaan di Lebuhraya Pantai Timur.

Kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang berkait Sunway Report dan suspek bertindak melarikan Ferrari tersebut dari ibu kota ke arah pantai timur. Pada pukul 4.10 pagi, anggota polis telah mengesan kenderaan tersebut keluar dari Tol Gambang lantas mengekori kereta Ferrari tersebut tanpa pengetahuan suspek.

Namun, nasib tidak menyebelahi suspek apabila terkandas di lokasi sekatan jalan raya di KM 34 Jalan Kuantan-Segamat. Tindakan pantas polis telah berjaya mematahkan cubaan suspek untuk mencuri kereta tersebut. Suspek 28 dan 30 tahun yang berasal dari Selangor telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A.

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

Cuti Anggota Polis Kuala Lumpur Dibekukan



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya perlu bersedia dengan dengan kekuatan anggota yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan itu.


SHAH ALAM – Polis Kuala Lumpur membekukan cuti para anggotanya sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan ekoran ketidaktentuan politik di negara ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata pihaknya perlu bersedia dengan dengan kekuatan anggota yang mencukupi bagi menghadapi sebarang kemungkinan itu.

“Kita ada pelbagai program berlaku di dalam negara yang memerlukan anggota untuk bertugas dan ditambah dengan isu kontroversi sekarang, kita perlu mengehadkan mereka yang boleh bercuti.

“Polis sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan kekuatan anggota mencukupi,” katanya seperti dilapor The Rakyat Post.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pembekuan cuti seperti ini merupakan amalan biasa lebih-lebih lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan pergolakkan politik daripada kedua-dua pihak.

Mengulas mengenai himpunan #tangkapnajib Sabtu ini di Pusat Membeli Belah Sogo, beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berhubung himpunan itu.

“Persediaan kami sama seperti himpunan yang diadakan sebelum ini,” katanya.
Beliau menasihat orang ramai yang supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan seperti itu atas faktor keselamatan.

Pembekuan cuti tersebut berkuatkuasa serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Oleh AZNIL AZRI
Sumber: SelangorPost.Com

Tuesday 28 July 2015

BERET KELABU PASIR - VAT 69 KOMANDO PDRM



Beret Kelabu Pasir
Melambangkan identiti Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69.


Beret kelabu pasir atau 'sand brown' adalah simbol kebanggaan dan persaudaraan antara anggota 69 Komando. Beret perang ini adalah unik kepada 69 Komando kerana ia melambangkan asal usul unit yang dilatih dan dibentuk oleh salah satu unit pasukan khas tersohor dunia, iaitu pasukan 22 Special Air Service (SAS} Britain.

Beret perang ini telah dianugerahkan kembali kepada 69 Komando pada 18 Disember 2004 oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar sebagai penghormatan  serta pengiktirafan kepada segala pengorbanan serta perjuangan yang telah dicurahkan mereka selama ini kepada negara tercinta.

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

HELANG PDRM Mitsubishi Evolution -X (Evo-10)

Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 pada 25 Mac 2009 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

kenderaan pasukan PDRM dibekalkan Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Model Lancer Evolution 1 – CD9A pada tahun 1992 dan direka untuk litar lumba.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) direka Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM dan setiap masamenggunakan All Wheel Drive (AWD).

Specifikasi:
1. Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi dalam 3 bentuk persekitaran berbeza di Malaysia iaitu permukaan kering, tidak rata atau basah dan terlampau licin.

2. Dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin – DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder.

3. Kuasa maksimum: Tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan EVO-10 ialah 242 km/j manakala Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

4. Berat tanpa muatan Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm.

5. Bahan api 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98). Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin.

6. Dilengkapi sistem ETACS iaitu cermin tingkap dapat dinaikkan dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam.

7. Dilengkapi dengan 7 modul airbag, set radio jenis Motorola XTL 5000, sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

8. Latihan pemanduan khas di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang menghadiri Kursus Pemanduan Standard.

9. Ditempatkan penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen.

10. Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di lakukan Bengkel Pasukan Gerakan Khas Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin – DOHC 16 valve Mivec Intercoler Turbocharged Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000 Pendawaian baru untuk sistem C4i Pandangan Evo-X dari belakang Pandangan hadapan Evo-X Pandangan Evo-X dari sisi.

11. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini dikenali sebagai Helang Lebuhraya Polis


Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

Tiga lelaki dipenjara, denda kes gaduh di Wangsa Walk


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua beradik yang terbabit dalam insiden pergaduhan di pusat beli-belah Wangsa Walk, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang pelajar berusia 15 tahun, Isnin lalu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan, memerintahkan Nor Affandi Jalaudin, 29; Nor Azuan Jalaudin dan Muhammad Fairus Estman Mat Rani, masing-masing berusia 21 tahun, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Julai lalu selepas ketiga-ketiga tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan.

Turut mengaku bersalah atas kesalahan sama, seorang remaja berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 25 Ogos ini menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak.

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

Monday 27 July 2015

Pasukan Simpanan Persekutuan FRU


Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia.

Sejarah
Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5 Disember, 1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah menempa kejayaan mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan yang penting dalam menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.

Peranan
Peranan pasukan ini khusus untuk menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan Ketenteraman Awam. Apabila unit ini tidak terlibat dalam tugas-tugas Ketenteraman Awam, mereka boleh digunakan oleh Pegawai Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis Daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas yang merangkumi:-
Tugas mencegah jenayah seperti rondaan khas sebagai tambahan kepada rondaan Bit/Patrol di kawasan yang sering berlaku jenayah;


 -Bantuan keanggotaan semasa bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh, nahas udara dan lain-lain ) untuk menyelamatkan nyawa, memindahkan penduduk, mengepong kawasan dan mencegah rompakan;
 - Operasi polis secara besar-besaran seperti kepongan dan pemeriksaan, penapisan, rondaan intensif dan lain-lain
   - Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan, perhimpunan dan lain-lain.

Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. Di samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi latihan di Sungai Senam, Ipoh, Perak. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan undang-undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.



Polis rekod keterangan 5 pelajar kes pukul junior



GEORGETOWN: Polis hari ini mengambil keterangan lima pelajar bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan satu yang mendakwa dipukul pelajar senior di asrama sebuah sekolah menengah di Jalan Masjid Negeri, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, berkata lima pelajar lelaki berusia 17 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini.

"Polis akan panggil beberapa lagi pelajar senior sekolah berkenaan termasuk 17 pelajar tingkatan satu yang didakwa menjadi mangsa dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.

"Mereka dijangka hadir di IPD Timur Laut esok atau Rabu," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian malam Rabu lepas, seorang mangsa yang juga adik lelaki seorang pelakon wanita, bersama 16 rakannya yang baru pulang membeli makanan, dikatakan dimarahi sekumpulan pelajar tingkatan lima.

Selain dimarah, pelajar tingkatan satu berkenaan mendakwa dipukul sehingga lebam di beberapa bahagian badan kerana keluar dari asrama tanpa kebenaran.
Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mior Faridalatrash, berkata bapa kepada seorang daripada pelajar yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu menarik balik laporannya hari ini.

"Walaupun laporan polis ditarik balik oleh anggota keluarga mangsa, kami tetap meneruskan siasatan kerana polis telah membuka kertas siasatan.

Kertas siasatan yang telah lengkap akan diserah kepada Bahagian Perundangan untuk tindakan lanjut," katanya.

- BERNAMA

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

Sunday 26 July 2015

KETUA POLIS NEGARA YANG PERTAMA



KETUA POLIS NEGARA YANG PERTAMA
(TAN SRI CLAUDE HARRY FENNER)

Tan Sri Claude Harry Fenner adalah Pesuruhjaya British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu sebelum kemerdekaan negara dan beliau juga merupakan Ketua Polis Negara yang pertama bagi Malaysia (sehingga Ogos, 1965). Lambang polis yang ada sehingga kini, iaitu sebilah keris bersilangkan Parang Iban di belakang kepala singa yang mengambarkan percantuman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah merupakan lambang pilihan beliau.

Tan Sri Claude Fenner dilahirkan pada 16 Januari, 1916 di London. Ketika usianya 12 tahun beliau mengikut bapanya, Mejar C.H. Fenner ke India dan bersekolah di St. Joseph’s College, Naini Jal, India. Pada 17 Januari, 1936 semasa berumur 20 tahun, Tan Sri Fenner memasuki Straits Settlements and Federated Malays States Police sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis bernombor G/326. Dari saat itu beliau tidak pernah meninggalkan Tanah Melayu kecuali semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu dalam tahun 1942 – 1945.

Apabila meletusnya Perang Pasifik, beliau bertugas di dalam Cawangan Trafik, Kuala Lumpur. Kemudiannya bertugas sebagai Ketua Polis Daerah(OCPD) di Kelang, Teluk Intan (Teluk Anson), Kinta dan Tronoh. Beliau boleh bercakap bahasa melayu dengan fasih serta mempelajari dialek Hokkien di Amoy, China Selatan selama dua tahun. Beliau kemudian memegang jawatan ASP Sikh Kontinjen, Negeri – negeri Selat di Singapura sehingga pendaratan Jepun pada 15 Februari, 1942. Pada masa Jepun, Tan Sri Fenner bersama tujuh orang pegawai lain telah berjaya melarikan diri ke Sumatera melalui bot dan kemudiannya ke Jawa dan Australia.

Semasa British Special Force ditubuhkan, beliau telah memasuki Pasukan Polis Nigeria (Nigerian Police), tetapi tidak berapa lama kemudian beliau memasuki Pasukan 136 bertugas di Kapal Selam H.M.S Tally Ho, menentang pasukan Jepun dan Jerman di Lautan India dan sepanjang perairan Selat Melaka.

Di antara tahun 1943 dan 1944, beliau beberapa kali membuat pendaratan di Tanah Melayu dengan kapal selam, dan akhirnya dalam tahun 1945 beliau telah terjun dengan peracut di pantai dekat Seremban, untuk bergabung pasukan British yang masih tinggal di Tanah Melayu. Berikutan dari penyerahan diri tentera Jepun di Tanah Melayu dalam bulan September, 1945 beliau telah ditugaskan dengan pasukan tentera British (British Military Administration) berpangkat Leftenan Kolonel untuk tugas – tugas penghapusan Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA).

Perkhidmatan beliau semasa Perang Dunia itu telah mendapat sanjungan dan telah dianugerahkan Member of The Order of The British Empire di England dalam tahun 1946. Sekembalinya beliau dalam perkhidmatan polis di Tanah Melayu, beliau bertugas sebahagian besarnya di Cawangan Khas. Dari tahun 1952 hingga 1954, di mana latihan – latihan dalam Cawangan Khas diutamakan, Tan Sri Fenner telah menolong memperkenalkan Sekolah Latihan Cawangan Khas di Kuala Lumpur dan merupakan komandannya yang pertama.
Dalam bulan Oktober, 1955 beliau ditukarkan ke Johor sebagai Ketua Polis (CPO) sehingga bulan Julai, 1957. Pada 26 Mac, 1958 beliau dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha, Keselamatan dan Intelligence. Pada 2 Jun, 1958 beliau dinaikkan ke pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis dan tiga bulan kemudian, iaitu 18 September, 1958, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis bagi Polis Persekutuan Tanah Melayu yang baru ditubuhkan pada waktu itu. Sebaik sahaja dilantik, Tan Sri Fenner memberikan perhatian kepada tiga perkara penting, iaitu:-

i. Memperbesarkan Cawangan Khas dalam memainkan peranan terhadap keselamatan di dalam dan di luar negara.
ii. Mengubah dasar-dasar pasukan dari keadaan darurat kepada keadaan masa aman dan
iii. Menggerakkan dan menyelaraskan perjalanan pasukan polis ke arah Malayanisation.

Untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanannya, maka Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menganugerahkan Darjah Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri kepada beliau dalam tahun 1961. Apabila tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963 Tan Sri Fenner telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang pertama sehingga beliau bersara pada 6 Julai, 1967.

Sepanjang perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Fenner adalah merupakan arkitek kepada perjalanan Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta, Perak. Beliau juga bertanggungjawab dalam pembesaran Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan Polis Merin. Semasa mula-mula mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1958, beliau membuka peluang skim berkhidmat secara terus sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis, sebagai usaha mewujudkan pegawai kanan polis yang bakal mengambil alih pentadbiran pasukan di masa depan. Beliau juga banyak menempuh dugaan dan cabaran yang mencabar kepimpinannya dalam masa memegang jawatan Pesuruhjaya Polis dan kemudiannya Ketua Polis Negara, seperti peristiwa rusuhan di Pulau Pangkor tahun 1959, Singapura 1964 dan tunjuk perasaan terbesar dari pro-komunis dalam bulan Februari, 1965 di Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Tan Sri Fenner mendapat penghormatan yang tinggi dari Queen Elizabeth II dari England yang telah menganugerahkan Noble Order of Knight Commader of British Empire dalam tahun 1965. Pada 28 Februari, 1966 satu perbarisan perpisahan diadakan di mana pada hari tersebut Tan Sri Fenner memeriksa perbarisan dan menerima tabik hormat buat kali terakhir atas nama Ketua Polis Negara. Ucapan akhir beliau di dalam perbarisan tersebut adalah berbunyi: "In previous years you have all saluted me. Today, I salute you in farewell. Good-bye dan God bless you all."

Tan Sri Fenner telah meninggal dunia pada jam 11.00 pagi, 15 Mei, 1978 di England.

* Sumber daripada buku Polis Diraja Malaysia : Sejarah, Peranan dan Cabaran oleh TPP Mohd Reduan Aslie, Cetakan tahun 1987

KETUA POLIS NEGARA YANG KE-2



Tun Mohamed Salleh bin Ismael (7 Julai 1917-31 Januari 1973) 

Dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara Malaysia yang kedua pada 29 Mac 1966. Merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam Pasukan Polis. 

Usaha gigih beliau telah melahirkan 'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973.

Antara jawatan yang pernah disandang :
Menjadi Setiausaha Polis Persekutuan kepada Pesuruhjaya Polis pada 31 Ogos 1957
Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 1 April 1961 - 31 Mac 1962
Pengarah Hal Ehwal Polis pada 1 April 1962 - 12 Julai 1962
Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Julai 1962 - 8 Februari 1966
Ketua Polis Negara pada 29 Mac 1966 - 31 Januari 1973

Penjenayah guna taktik baharu masuk kondominium mewah - Polis



KUALA LUMPUR: Tunggu dan ikut pemegang kad akses kediaman. Itu antara taktik baru yang dikenalpasti dilakukan pelaku jenayah samun dan pecah rumah yang mensasarkan kondominium mewah sekitar ibu negara.

Dalam satu kejadian samun dan pecah rumah di Kondominium Saville, Desa Melawati, di sini jam 3.30 petang tadi, dua suspek berusia 38 dan 43 tahun, dalam keadaan mencurigakan dikesan memasuki kawasan kediaman elit itu oleh pihak keselamatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sharif, berkata suspek yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi, kemudian duduk dalam kereta di kawasan parkir sambil menunggu kehadiran penghuni lain yang ingin masuk ke kediaman itu menggunakan kad akses.

"Sebaik melihat ada penghuni, suspek akan mengambil peluang masuk ke dalam premis untuk menggunakan lif bersama penghuni kediaman lain.

"Apabila tiba di tingkat yang menjadi sasaran, suspek akan bertindak menekan loceng setiap rumah untuk mengenalpasti sama ada kediaman itu mempunyai penghuni atau tidak di dalamnya," katanya.

Katanya, pergerakan suspek itu bagaimanapun disedari oleh pengawal keselamatan yang memantau melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum memaklumkan kejadian kepada polis.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis diketuai Ketua Polis Balai Wangsa Maju, Asisten Superintendan Cleda F Among, bergegas ke lokasi kejadian dan bersiap-sedia menunggu di kereta suspek.

"Kedua-dua suspek termasuk seorang yang dikehendaki polis atas kejadian samun kemudian diberkas semasa menuju ke kereta mereka bersama barang yang disamun serta peralatan pecah rumah," katanya.

Roy berkata, pihak polis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat segera daripada orang ramai dan penduduk setempat dalam usaha mematahkan sebarang kejadian pecah rumah dan jenayah.

"Tindakan pantas seperti ini membolehkan penjenayah diberkas segera," katanya.

- BERITA HARIAN -

Dua parah disimbah asid oleh penyewa


ALOR SETAR: Hasrat mendapatkan duit sewa rumah bertukar pengalaman ngeri buat tiga beradik bersama empat rakannya.

Mereka cedera disimbah asid oleh seorang lelaki yang juga penyewa rumah terbabit di Kampung Baru, Kuala Kedah, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar 7.00 malam di luar rumah sewa berkenaan.

Ia mengakibatkan Mohd Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, dan rakannya Mohd Sufri Zulkifli, 19, cedera parah di bahagian muka.

Turut cedera dalam kejadian berkenaan ialah dua lagi adik mangsa Mohd Khairul, Hasbullah Mohsin, 19, Ahmad Humaidi, 11, serta seorang lagi rakan mereka Lokman Hakim Said, 22.

Menurut seorang saksi, yang juga rakan mangsa, Shaufik Subri,  ketika kejadian mereka sedang berbincang dengan suspek yang baru  pulang daripada membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Kedah.

“Ketika kejadian sedang duduk tengok surat.. hendak baca, tiba tiba dia simbah. Yang lain ingatkan air biasa, tengok-tengok gatal, kami terjun masuk sungai, pedih-pedih dan sakit,” kata Saufik.

Kesemua mangsa  kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kuala Kedah.

Sementara Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar ketika dihubungi Bernama berkata suspek yang berumur 63 tahun telah ditahan malam tadi dan akan disiasat kerana mendatangkan kecederaan.

Suspek juga direman mulai hari ini hingga 29 Julai, katanya. 

- AWANI-

Friday 24 July 2015

5 ditahan berhubung kes pencuri lembu dipaksa makan najis



KUANTAN: Lima individu ditahan berhubung kes dua lelaki yang disyaki mencuri lembu dibelasah, dipaksa makan najis lembu dan kereta mereka dibakar di Felda Jengka 17, Maran pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razi, berkata mereka ditahan di Jengka 15 dan Jengka 17 hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada dua mangsa yang dipukul itu telah dibenarkan pulang dari Hospital Bandar Jengka manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi menjalani pembedahan tangan.

"Namun setakat ini belum terdapat laporan polis dibuat oleh pihak yang lembu mereka dikatakan dicuri," katanya.

Keadaan mangsa yang dibelasah dan dipaksa makan najis tersebar luas di laman sosial dan mendapat reaksi pelbagai.

Mat Rizal tidak menafikan kejadian mencuri lembu kerap berlaku di kawasan itu namun jarang dilaporkan.

"Lembu-lembu di kawasan ini biasanya dibiarkan bebas berkeliaran di ladang kelapa sawit. Pemilik hanya mengenali lembu mereka berdasarkan rupa bentuk haiwan tersebut misalnya berdasarkan bentuk fizikal dan warna kulit," katanya. - BERNAMA

Bekas Komando VAT 69 PDRM: Mereka Lebih Kejam Dari Komunis


“Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.
“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan
HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Lebihkejamdaripadakomunis/Article/#sthash.SkDJKiRm.dpuf

p/s : Memang pun, sesama Islam tapi langsung tiada hati perut!

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.
Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.
Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.
-Metro- Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

KENAPA PETUGAS KERETA PERONDA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR???



Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian).
Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa
 petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang
 keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang
tidak memakai tali pinggang keledar.
Disini saya berikan jawapannya dan saya share bersama pembaca blog....

Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta.

Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang
kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan
ambulans daripada memakai tali pinggang keledar.

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP
bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan anda melakukan tindakan segera.

Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap
anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. Harap maklum.

Penulis asal: http://paparazy.blogspot.com/2013/04/kenapa-petugas-kereta-peronda-tidak.html
Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

STAGG PDRM - Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme










Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) / Special Task Force For Anti Vice, Gaming, And Gangsterism (STAGG)
Tarikh pelancaran: 7 Disember 2014
Tempat pelancaran:  Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kuala Lumpur
Anggota awal: 220 petugas (61 pegawai, 139 anggota berpangkat rendah dan 20 penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras aktiviti jenayah terancang melibatkan gangsterisme dan perjudian haram.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Memberi tumpuan dalam penangkapan ketua-ketua sindiket berkaitan maksiat, judi dan pertubuhan kongsi gelap.

Like Facebook: Friends Of PDRM​ (CLICK)

STING PDRM - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik






Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) / Special Tactical Intelligence Narcotics Group (STING)
Tarikh pelancaran: 30 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 200 petugas (61 pegawai, 138 anggota berpangkat rendah dan seorang penjawat awam)
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah di Malaysia.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Skop kerja:
- Mengesan sindiket dadah luar negara yang beroperasi di negara ini, pengedaran dadah oleh sindiket antarabangsa, aktiviti sindiket dadah yang terlibat dengan kongsi gelap dan mengesan makmal dadah.
- Menyekat kemasukan dadah di lapangan terbang, laluan darat dan laut.
- Mengenal pasti 'kawasan hitam' pengedaran dadah termasuk melibatkan kongsi gelap untuk 'diputihkan'.
- Mengambil tindakan ke atas pengedar dadah dan kongsi gelap mengikut undang-undang sedia ada iaitu Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK).

STAFOC PDRM - Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang




Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) / Special Task Force On Organised Crime (STAFOC)

Tarikh pelancaran: 1 Januari 2014
Tempat pelancaran: Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Anggota awal: 400 pegawai dan anggota
HQ: Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Tujuan: Menangani dan menguruskan kes-kes jenayah dengan efisien.
Idea asal: Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Skop kerja:
- Menguruskan dan menangani operasi yang bersifat pelbagai.
- Menangani jenayah terancang membabitkan sindiket rompakan bank, culik, pelacuran dan pengedaran dadah.

Thursday 23 July 2015

Sarjan maut kereta langgar tebing

Tanah Merah: Seorang anggota tentera maut selepas kereta dinaikinya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli dekat Kampung Bechah Laut, di sini.

Ketika kejadian kira-kira 1.40 petang itu, Sarjan Hanafi Mohd Nawi, 36, memandu kereta Proton Wira dari arah Machang ke Jeli dan setiba di lokasi kejadian, keretanya hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tebing.

Pelanggaran itu menyebabkan kenderaannya tercampak ke tengah jalan dan terbalik.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tanah Merah, di sini.

"Beliau disahkan meninggal dunia jam 2.10 petang. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Wednesday 22 July 2015

PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR LELAKI DAN WANITA



EKSESAIS PENGAMBILAN JAWATAN INSPEKTOR LELAKI DAN WANITA SECARA WALK-IN

Dimaklumkan Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (Lelaki/Wanita) secara ‘walk-in’ akan diadakan pada 27 Julai 2015 (untuk wanita) dan 28 Julai 2015 (untuk lelaki).

Hanya permohonan melalui www.spa.gov.my BAGI TAHUN 2013 DAN 2014 SAHAJA yang layak untuk hadir dalam ‘walk-in’ ini.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM, www.rmp.gov.my dan klik pada banner yang berkenaan.

Monday 20 July 2015

Dua bekas KPN gesa siasat isu jatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi



KUALA LUMPUR: Dua bekas Ketua Polis Negara menggesa polis menyiasat mana-mana pihak yang cuba mengancam ketenteraman dan keselamatan negara untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Polis Negara kelima, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor, berkata polis harus membuka kertas siasatan dengan segera kerana menjadi tanggungjawab mereka menangani cubaan pihak yang terbabit dalam usaha menjatuhkan kerajaan secara tidak sah dan membelakangkan undang-undang negara.

"Cara yang sah untuk menukar kerajaan adalah mengikut undang-undang menerusi pilihan raya. Usaha selain daripada itu dikira salah dari segi undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya.

Ketua Polis Negara keempat, Tun Mohammed Hanif Omar, pula berkata tidak salah bagi parti pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan tetapi ia mesti mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mohammed Hanif dan Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan yang mendakwa ada pihak cuba menjatuhkan kerajaan dengan cara mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Abdul Rahim bagaimanapun tidak setuju dengan cadangan menubuhkan pasukan siasatan khas kerana khuatir ia akan menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang ramai.

"Apa yang penting adalah memulakan siasatan dan saya percaya polis sedang berbuat demikian," katanya.
Mohammed Hanif pula berkata, sebarang cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut undang-undang dan Perlembagaan negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen.

"Dalam hal ini tugas polis sebagai badan penguatkuasa undang-undang adalah menjalankan siasatan bagi mengetahui sama ada tindakan yang dilakukan pihak terbabit melanggar lunas undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya. - BERNAMA

Friday 17 July 2015

Plaza Low Yat dan sekitarnya selamat dikunjungi - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan Plaza Low Yat dan kawasan sekitarnya selamat untuk dikunjungi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya ada menempatkan anggota di kawasan itu bagi memastikan itu selamat dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Kawasan berkenaan aman damai. Cuma terdapat beberapa individu saja menganggu ketenteraman awam dan cuba mengeruhkan keadaan.

"Tapi selain itu, keadaan selamat dan aman,"katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, sebentar tadi.

- BERITA HARIAN -

Enam termasuk bayi 5 bulan maut dalam kemalangan kereta

MACHANG: Enam maut, termasuk bayi berusia lima bulan dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Kampung Bunut Payung, di sini, jam 5 petang tadi.

Kemalangan berkenaan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung dengan Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Lima mangsa maut di tempat kejadian dan seorang di Hospital Kuala Krai.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Ashtaff Ali Kutti, berkata mangsa yang maut dalam Perodua Myvi adalah Irwan Mohd Zali, 33; isterinya, Siti Khadijah Ibrahim, 33 dan dua anak mereka, Muhammad Zahran Arfan empat tahun dan bayi berusia lima bulan, Muhammad Zahrin Ariq.

Mangsa yang maut dalam kereta Proton Saga, Nurul Atikah Abdul Aziz, 19 dan Mohd Zakuan Aiman, enam tahun.

"Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya .

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERITA HARIAN -

Thursday 16 July 2015

ANGGOTA POLIS MENINGGAL DUNIA DI MALAM RAYA



Kluang:Seorang anggota polis bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang mengalami serangan jantung ketika memandu kereta meninggal dunia di persimpangan hadapan Balai Bomba dan Penyelamat Kluang di sini, 11 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, mangsa berpangkat koperal, Salim Sidik, 54, yang berseorangan diri menghentikan kereta di persimpangan berkenaan akibat serangan jantung.

Beliau berkata, orang ramai memaklumkan keadaan mangsa kepada anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di balai berhampiran sebelum mangsa cuba diselamatkan dengan bantuan pernafasan pemulihan kardiopulmonari (CPR).

Menurutnya, bagaimana pun mangsa meninggal dunia di lokasi berkenaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kluang.

"Keluarga mangsa juga dihubungi dan dimaklum berkaitan kejadian menimpanya itu," katanya.

Sumber: www.hmetro.com.my

Bukit Aman Nafi Remaja Melayu Rancang Pergaduhan Besar



KUALA LUMPUR: Bukit Aman menafikan mesej di media sosial bahawa remaja Melayu diminta membawa senjata dan berkumpul di pusat bandar untuk pergaduhan besar.

Polis juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan mesej berbaur kebencian seperti memanggil pergaduhan kaum atas nama agama dan maruah bangsa.

“Semua mesej ini tidak benar dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menghancurkan keamanan dan keharmonian negara,” kata Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad.

Beliau berkongsi dua mesej yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang memperincikan bagaimana penerima mesej mendapat maklumat ‘boleh dipercayai’ dari sumber untuk tidak memprovokasi orang Melayu dan menjauhi kawasan yang dipenuhi kaum Cina.

Ia juga termasuk maklumat anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) akan pulang dari Syria untuk menyembelih kaum Cina berikutan insiden di Plaza Low Yat minggu lalu.

Asmawati berkata polis tidak melihat pergaduhan pada hujung minggu lalu ada kaitan dengan isu perkauman.

Malah, katanya keadaan sudah kembali tenang.

“Tiada rancangan untuk pergaduhan kaum. Ia adalah kerja pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang cuba memanipulasi isu ini bagi mencetuskan ketegangan kaum.

“Kami akan menyiasat mereka yang menyebarkan mesej ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sumber: www.barumalaysia.com

Tuesday 14 July 2015

Low Yat: Empat jurujual telefon bimbit ditahan kerana merusuh

Video rakaman CCTV - Click

KUALA LUMPUR: Empat lagi individu yang merupakan jurujual telefon ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Tangkapan terhadap mereka dibuat sepasukan anggota polis di premis berkenaan petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang ditangkap akibat kesalahan merusuh dalam kejadian itu sebanyak 24 orang.

Jumlah ini termasuk seorang anggota polis bantuan berpangkat konstabel yang ditahan pada tengah hari Selasa di sekitar ibu negara.

Menurut sumber polis, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Anggota berpangkat konstabel itu ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini.

Sementara itu menurut laporan The Star, ketibaan anggota polis untuk membawa kira-kira 30 orang mencetuskan panik di premis berkenaan.

Memetik seorang saksi, polis mula menahan pekerja daripada beberapa kedai sehingga memaksa kedai yang tidak mempunyai pekerja itu ditutup sementara.

Keadaan kemudiannya kembali tenang dan terkawal selepas dimaklumkan pengawal keselamatan plaza berkenaan.

Sebahagian besar mereka yang ditahan kemudiannya dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Terdahulu Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, kira-kira jam 11.30 pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat.

Dia yang lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana membuat ucapan berbaur perkauman di luar plaza itu pada Ahad malam.

Tangkapan pada Selasa menjadikan keseluruhan individu yang ditangkap adalah 25 orang membabitkan kesalahan merusuh dan Akta Hasutan.

Sumber: AWANI

Monday 13 July 2015

Suspek curi telefon di Plaza Low Yat didakwa esok




KUALA LUMPUR: Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat kelmarin akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, pagi esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

"Suspek direman selama tiga hari sejak Sabtu lalu. Siasatan ke atas suspek sudah lengkap dan akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta esok.

"Selain suspek, 18 suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pemantauan ke pusat beli belah itu sebentar tadi.

Beliau berkata, buat masa ini polis sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Zainuddin turut menggesa saksi bebas yang menyaksikan kejadian rusuhan di Plaza Low Yat dan Jalan Davis semalam agar tampil memberi maklumat pada polis.

Ditanya mengenai tahap keselamatan di Plaza Low Yat dan sekitar Bukit Bintang, Zainuddin berkata pihaknya menempatkan anggota polis yang secukupnya bagi tugas kawalan dan pemantauan 24 jam.

- BERITA HARIAN -

Saturday 11 July 2015

VIDEO RAKAMAN CCTV KES GADUH DI LOW YAT




Kes pergaduhan di Lowyat. Menurut laporan awal yang kami terima, pergaduhan ini tercetus kerana seorang pemuda dituduh mencuri handphone. Kami akan kemaskini jika terdapat sebarang maklumat lain tentang berita ini.
Update:
Menurut sumber lain, mangsa dikatakan membeli smartphones yang dikatakan original oleh penjual namun selepas diselidik, ianya bukanlah original seperti yang dikatakan.
Pembeli datang kembali ke tempat tersebut dan menuntut haknya dan berakhir dia dituduh mencuri phone dan ditahan pihak polis. Apabila di balai, mangsa menunjukkan bukti pembelian dan akhirnya dilepaskan oleh pihak berkuasa.
Mangsa yang tidak berpuas hati, datang kembali ke tempat tersebut untuk 'repeat' dan akhirnya tercetus pergaduhan.
- Sumber artikel Oh! Media
Info lain:
kejadian sebenar.. saudara ni beli hp oppo di lowyatt..penjual tu kata barang ni ori dan bkn clone or AP.. jadi saudara ni pun beli.. bila balik saudara ni tunjuk la kt mber dia.. then didapati hp tu clone.. dengan perasaan yang hampa dan marah di kekang dengan mood raya yang hampir menjelang tiba.. saudara ini pun pergi semula ke outlet oppo berkenaan dan berlaku makian tidak puas hati.. lalu saudara ni pun ambil hp yang ori dan dia tinggalkan yang close tadi.. si penjual tidak puashati lalu buat report dan di tangkap oleh pihak management dan diserah di balai polis.. tapi polis telah lepaskan saudara ni kerana dia ada bukti kukuh dan mempunyai resit yang sah semasa beli.. disebabkan perkara ini.. saudara tersebut telah membuat repeat kembali disana.. - Hazrul Bin Zaini Hazrul
Lagi Video Like -- Friends Of PDRM

Friday 10 July 2015

Lelaki ditahan bantu siasatan kes wanita dalam longkang



PENAMPANG: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan seorang wanita terbaring dengan hanya memakai coli dalam longkang dekat sini, semalam.

Lelaki berusia 20-an yang dipercayai kenalan rapat mangsa, ditahan di sebuah perhentian bas di Bundusan di sini, jam 10.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Rosley Hobdin, berkata suspek warga tempatan itu akan direman bagi membantu polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, polis sudah merakamkan keterangan wanita tempatan berusia 20-an itu yang bekerja sebagai pembantu kedai di Jalan Bundusan dan ahli keluarganya juga sudah dihubungi.

"Laporan doktor setakat ini mengatakan memang ada kesan serangan seksual ke atas mangsa, namun belum ada laporan menyatakan mangsa dirogol," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, jam 12 tengah hari semalam, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh seorang lelaki yang melalui jalan terbabit.

Wanita itu ditemui hanya memakai coli dipercayai dihumban ke dalam longkang di situ oleh penyerangnya sebelum dia dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Rosley berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Thursday 9 July 2015

GADIS DIROGOL DAN DI CAMPAK DALAM PARIT DI PENAMPANG



Dalam salah satu perkongsian Viral di laman sosial yang dikongsikan oleh User FB Razz Za Lie berada di Lokasi Parit Restoren Dowish, Simpang lampu isyarat kiri masuk menuju ke Bundusan-Beverly berhadapan dengan Bangunan KDCA, Penampang.
Beliau memberi perkongsian gambar dimana menunjukkan lokasi Gadis dalam keadaan tidak berpakaian ditemui dalam parit tanpa seurat benang.

Badan Mangsa dikatakan terdapat kesan lebam dipercayai dipukul. Mangsa dilaporkan masih hidup dan ditemui dalam keadaan pengsan tidak sedarkan diri.
Kami di Sabahup2date mengharapkan agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan menangkap cepat dalang pelaku tidak berperikemanusian terhadap orang lain.
Perbuatan manusia yang bertopengkan syaitan ni pasti akan mendapat belasannya nanti. Tunggulah

Laporan Kenyataan Akhbar :-

Misteri wanita dalam longkang (Oleh Junaidi Ladjana - Hmetro)

Penampang: Seorang wanita berusia 20-an ditemui terbaring dalam keadaan hanya memakai coli di dalam longkang di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, tengah hari tadi.

Mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran lokasi kejadian pada 12 tengah hari.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lelaki itu dikatakan tiba-tiba ternampak seorang wanita dalam keadaan hanya memakai coli terbaring di dalam longkang.

"Ketika itu, dia menyangka wanita terbabit sudah meninggal dunia namun terkejut apabila melihat wanita itu bergerak sebelum menghubungi polis," katanya di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobdin ketika dihubungi mengesakan menerima laporan mengenai penemuan wanita terbabit.

"Mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut kerana cedera di tubuh.

"Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu sama ada wanita itu mangsa jenayah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Wednesday 8 July 2015

Ops Selamat 10-24 Julai



KUALA LUMPUR: Ops Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 10 Julai ini hingga 24 Julai depan, dengan objektif sama iaitu memberi penekanan kepada keselamatan harta benda serta kediaman dan meminimumkan kemalangan jalan raya.

Mengekalkan tema terdahulu, 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', Ops Selamat kali ini akan memberi penekanan lebih kepada pengguna motosikal berikutan pengguna kenderaan itu sering mendahului statistik terbabit kemalangan maut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata analisis menerusi beberapa Ops Selamat sebelum ini mendapati sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan sikap mementingkan diri sendiri sering menjadi punca kemalangan.

"Untuk Ops Selamat ketujuh ini, pendekatan operasi masih memfokuskan penguatkuasaan undang-undang jalan raya, advokasi, pencegahan jenayah serta omnipresence (kehadiran polis).

"Antara operasi yang akan dijalankan adalah Ops Perangkap Laju di kawasan sering berlaku kemalangan, Ops Motosikal, selain tumpuan kepada pemandu yang memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya selepas melancarkan Ops Selamat tajaan Telekom Malaysia (TM) di KL Sentral, sebentar tadi.

Katanya, seperti Ops Selamat sebelum ini, saman maksimum RM300 akan dikeluarkan untuk setiap kesalahan dan sebarang rayuan pengurangan tidak akan dilayan.