Thursday 29 October 2015

‘Rampas’ Limosin Dinaiki Rajinikanth, Syarikat Kereta Sewa Buat Laporan Polis

MELAKA: Aktor filem Tamil, Rajinikanth sedang berada di negara ini untuk penggambaran filem Kabali dan keadaan menjadi ‘hangat’ sebaik sahaja beliau tiba.

Bahang kepanasan itu turut dirasai seorang pemandu limosin yang berusia 25 tahun.
Pemandu dari syarikat kereta sewa yang berpusat di Petaling Jaya itu telah diminta membawa bintang filem dari India itu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata mereka telah menghantar sebuah limosin dihiasi dengan pelekat ‘Hello Kitty’ untuk digunakan oleh pelakon itu dari pukul 4 hingga 6 petang.

Tetapi, pelakon itu hanya tiba di KLIA pada pukul 6 petang dan pemandu itu memberitahu individu tempatan yang mewakili bintang filem itu bahawa dia terpaksa bergegas untuk mengambil VIP lain untuk pembukaan sebuah restoran di Selangor.

Wakil tersebut bagaimanapun merampas telefon bimbit pemandu itu dan memaksanya supaya memandu ke Melaka, kata jurucakap itu.

Pemandu yang ketakutan itu hanya patuh kepada arahan.

“Kami cuba menghubungi pemandu kami tetapi telefon bimbitnya tidak dijawab. Kami terdesak kerana terdapat satu lagi acara lain pada pukul 6 petang hari yang sama,” kata jurucakap itu.

Jurucakap itu berkata, pemandu itu hanya menghubungi mereka sebaik sahaja tiba di Melaka pada pukul 8.20 malam.

“Syarikat kami berdepan kritikan daripada pelanggan kedua disebabkan isu ini.”

Syarikat itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu.

Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO Datuk MS Mahadevan, yang dilantik oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bagi memudahkan penggambaran, berkata beliau juga mempunyai pengalaman buruk berurusan dengan wakil-wakil tempatan berkenaan.

Mahadevan mendakwa sekumpulan 20 lelaki yang memakai baju-T mendakwa mereka adalah pengawal peribadi pelakon itu telah mengasari petugas media dan pembesar-pembesar negeri semasa ‘superstar’ itu membuat lawatan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Selasa.

Mereka yang berada di pejabat Yang Dipertua Negeri semuanya dijemput tetapi Mahadevan berkata mereka secara agresif ditolak oleh ‘bodyguard tak terlatih’.

Mahadevan kemudiannya memanggil penganjur tempatan, dan diberitahu bahawa Rajinikanth sendiri meminta agar pengawal peribadi untuk tidak mengawalnya.-MS.

LIM GUAN ENG MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.


Seorang lelaki yang kebetulan mempunyai nama sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba. “Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber - http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/29/lim-guan-eng-maut-dalam-nahas/

Monday 26 October 2015

SUSPEK BUNUH PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN LIMA MENGAKU ROGOL SEBELUM BUNUH


 


“Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

“Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas.

Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku telah membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

“Polis menemui dua bilah pisau yang dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu,” katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya kerana marah dan cemburu.

“Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya. Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini.

Pelajar tingkatan lima dirogol sebelum dikelar teman lelaki - Polis

Pelajar tingkatan lima dirogol sebelum dikelar teman lelaki - Polis

GEORGE TOWN: Pelajar perempuan Tingkatan Lima, yang ditemui mati di rumah keluarganya di Teluk Kumbar dekat sini semalam, telah dirogol sebelum dibunuh teman lelakinya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata suspek berusia 20 tahun itu memberitahu polis dia melakukan perbuatan itu akibat cemburu kerana pelajar itu mempunyai teman lelaki lain.

"Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bayan Lepas, mempunyai kunci pendua rumah mangsa dan dipercayai masuk ke dalam rumah itu kira-kira 6 pagi semalam.

"Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan tinggal bersendirian kerana ibu bapanya pulang ke rumah neneknya di Bayan Lepas. Polis sedang siasat bagaimana lelaki itu mendapatkan kunci pendua rumah berkenaan," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya, yang pulang ke rumah pada 7.30 malam.

Zakaria berkata lelaki itu, yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah, ditahan di Teluk Kumbar kira-kira dua jam selepas penemuan mayat pelajar itu dan mengaku telah membunuh mangsa.

Beliau berkata lelaki itu juga menunjukkan kepada polis tempat dia membuang pisau yang didakwa digunakan untuk membunuh mangsa, iaitu dalam sebuah lubang di kawasan pencawang elektrik sekolah tempat dia bekerja.

"Polis menemui dua bilah pisau yang dibungkus dalam anak tudung putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa dan siasatan mendapati senjata itu diambil di rumah mangsa. Polis turut menemui semula telefon bimbit mangsa yang dibuang di kawasan tempat kerja suspek itu," katanya.

Menurutnya siasatan mendapati lelaki itu, yang mengenali mangsa sejak awal tahun ini, masuk ke dalam rumah pelajar itu untuk membunuh teman wanitanya  kerana marah dan cemburu.

"Mangsa dipercayai dibunuh antara tujuh dan lapan jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Zakaria berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan dia kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Jenazah pelajar perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu kira-kira 5 petang ini.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata orang awam menemui mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan badan di Jalan Kongsi 5, Sungai Bakap di Nibong Tebal dekat sini pada 10.40 pagi semalam.
Mayat lelaki itu, yang hanya berseluar panjang, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan itu dan ditutup dengan selimut.

"Lelaki berusia lewat 20-an itu mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dihentak dengan batu. Tiada sebarang dokumen ditemui," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan kenalan atau pekerja dan mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Friday 23 October 2015

Tontonan Berulang Punca ‘Polis Evo’ Kutip RM16 Juta



KUALA LUMPUR: Kejayaan filem Polis Evo yang mampu memperoleh kutipan RM16 juta selepas 34 hari tayangan adalah disebabkan faktor tontonan berluang oleh orang ramai yang menontonnya lebih daripada sekali.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, menerusi maklum balas yang diterima dan kajian yang dilakukan terdapat penonton yang menonton filem tersebut 11 kali di pawagam.

“Alhamdulillah filem itu masih ditayangkan dan hari ini (Khamis) sudah masuk hari ke 34 di pawagam sudah pun melebihi angka RM 16 juta.

“Menerusi survey dan maklum balas yang kami terima kebanyakkan penonton menonton lebih sekali di pawagam, ada seorang penonton yang ulang tonton sebanyak 11 kali,” ujarnya kepada mStar Online.

Najwa ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu terbitan Astro Shaw Ola Bola yang diadakan di Stadium Merdeka, di sini, Khamis.

Tambah Najwa, Polis Evo juga filem pertama yang mendapat respons paling tinggi di laman sosial.
“Daripada semua filem terbitan Astro Shaw, Polis Evo adalah yang paling aktif dan menjadi topik perbualan di laman-laman sosial.

“Pengguna laman sosial internet memberi komen positif sehingga ia mempengaruhi pengguna laman sosial lain untuk menonton filem tersebut,” ujarnya.

Selain itu, Najwa berkata, filem tersebut masih mendapat sambutan hangat di pawagam dan masih ditayangkan sebanyak 83 buah panggung di seluruh negara.

Dia berharap filem tersebut dapat menandingi kutipan filem terbitan syarikat produksi itu sebelum ini iaitu The Journey yang berjaya mengutip sebanyak RM17. 8 juta.

Sementara itu ditanya sama ada pihaknya akan menghasilkan sekuel filem tersebut disebabkan sambutan menggalakkan, Najwa berkata, perkara itu belum difikirkan lagi.

“Kalau nak hasilkan sekual sudah tentu kita perlu berhadapan dengan jangkaan penonton yang tinggi dan kami perlu sesuatu bahan yang lebih hebat.

“Buat masa ini kami tiada memikirkan lagi perkara itu, Insya-Allah kalau ada cerita yang baik, mungkin ia akan dibincangan,” ujarnya.

Terdahulu Polis Evo lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Filem yang mula ditayangkan pada 17 September lalu adalah arahan Ghaz Abu Bakar merupakan gabungan karya Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf.

Polis Evo merupakan filem yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak).

Kedua-dua pemuda itu mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
-mStar

Friday 16 October 2015

KISAH SEDIH WARGA EMAS SEBELUM DI AMBIL POLIS [ 3 GAMBAR ]

Posting di Facebook kami tentang seorang warga emas yang diambil oleh anggota MPV PDRM dari IPD Sentul untuk dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini kisah sebelum warga emas itu sampai pada pihak Polis..





"Nilai seorang bapa..Mane tanggungjawab kamu sbgai seorg anak..dia blh jaga kamu smpai kamu besar dan brjaya tp...
Posted by Friends Of PDRM on Friday, October 16, 2015




Assalamulaikum. sy jumpa pkcik ni dekat tepi longkang besar tepi jalan besar. betul2 depan Duta Vista. sy berhenti cuba tanya tapi lain yg dijawab. sy hulur nasi pkck ni angguk senyum. die ambil dan terus makan. dia bagi sy duit RM20 tp sy tak ambil. sy tny pkck nk kemana. tp tak berjawab.

sy tnya rumah pkcik mana. sy tolong hantar. anak2 pakcik mana. terus pkcik jawab "anak, menantu semua jahat. pukul pakcik halau pakcik. semua habis. rumah duit kena ambil". pakcik ni ulang2 ayat yg sama sepanjang bercakap. sy tak tahu sejauh mana kebenaran ni.



tp pkck ni mungkin trauma sbb asyik ulang ayat sama. pkcik kata pkcik pekak. dan tgk pkcik ni tak berapa ingat apa2 sangat. katanya namanya MUNIR BIN AJIS. dari TANJUNG MALIM PERAK. pkcik ni banyak sangat bercerita tanpa henti. bila ditanya lain yg dijawab.

dalam guni putih tu baju pkck tu. dlm beg tu hny ada duit RM81.40 tanpa sebarang dokumen. pkck ckp pd sy "pkck nak duduk rumah anak. pkck taknak duit. pkck cuma mtk hari2 makan sama je. pkcik taknak balik. pkck pndai cat pandai masak pandai tanam jagung semua pkcik boleh inshaAllah"

Allahu mengalir air mata tak berhenti. mohon pada siapa yg mengenali pkck ni call balai yg berhampiran. sy dan hantar pergi IPD SENTUL utk dihntar je JKM. sayu hati kami nak balik td pkck ni nk ikut sama. sy duduk sebelah sy ckp "pkcik ni abg sy(sambil tunjuk kt abg polis).

nanti abg sy hantar pkcik pergi rumah baru. kat sana seronok ada org jaga ada makan. nanti ada masa sy dtg lawat pakcik ye." mengalir air mata sy pandang pkcik. pkcik tu pandng sy dn senyum. ya Allah peliharalah kesihatan pakcik ini. mohon pada waris ambil lah ayah anda. sesungguhnya tanpa ayah. siapa lah kamu wahai anak di muka bumi ini. mohon viralkan. semoga pkck ni kembali jumpa dgn anak2 tersayang

Dipetik dari Facebook -- Lydia Hanum Achmad Toha

Tuesday 13 October 2015

Tunku Laksamana Johor dipakaikan pangkat inspektor



JOHOR BAHRU: Anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim hari ini dipakaikan pangkat Inspektor dalam majlis ringkas di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Majlis pemakaian pangkat terhadap Tunku Laksamana Johor itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berangkat menyaksikan majlis itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; dan isteri Che' Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda lain.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Tunku Abdul Jalil yang ditemui pemberita selepas majlis itu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pemakaian pangkat itu, sekali gus berterima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya mengikuti latihan kepolisan empat tahun lepas dan hari ini saya ditauliah sebagai seorang Inspektor. "Saya akan menghadiri kursus lain yang sesuai pada masa akan datang sama ada di Johor atau di mana-mana pun dihantar," kata Tunku Abdul Jalil yang sebelum ini mengikuti kursus latihan Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khalid berkata dengan pemakaian pangkat itu, Tunku Abdul Jalil kini menjawat jawatan Ketua Turus Pengelola Diraja Istana Johor mulai hari ini. Beliau berkata, Tunku Abdul Jalil akan memikul tugas bersama pegawai keselamatan istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dalam memastikan keselamatan istana dan harta benda.

Menurutnya, Tunku Abdul Jalil akan dipanggil untuk menghadiri kursus lain kelak bagi meluaskan pengalaman dalam ilmu kepolisan termasuk pentadbiran dan siasatan. - BERNAMA

Thursday 8 October 2015

Pasar lama Chow Kit musnah terbakar



KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.26 tengah malam.

"Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sehingga kini, api masih marak dan kami sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi tadi.

Tuesday 6 October 2015

DIPUKUL DAN DITERLANJANG ADALAH BEKAS POLIS




PASIR MAS: Seorang lelaki yang juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.

Suspek kemudiannya dipukul penduduk kampung sehingga cedera sebelum ditelanjangkan, sebelum diserahkan kepada pihak polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.

Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah.

Monday 5 October 2015

SINDIKET DADAH TUMPAS, 479 GANJA DIRAMPAS



KUALA LUMPUR 5 Sept.- Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah setelah menahan tiga lelaki dan merampas sejumlah 479 kilogram ketulan mampat dipercayai ganja bernilai RM2 juta, semalam.

Kesemua suspek berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Kuala Selangor, Selangor. - UTUSAN ONLINE

PORT DICKSON: POLIS TANGKAP SASPEK TETAK WANITA DALAM 30 MINIT



Video Tetak --
Video rakaman CCTV, mangsa ditetak berkali-bali dengan parang.Pengirim tak sertakan info lanjut. Dari video boleh nampak tarikh kejadian 1 / 10 / 2015. Siapa yang ada info boleh kongsi dalam comment ya.. Lagi Video Like -- Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Sunday, October 4, 2015


Video Tangkapan --


Syabas @PDRMsia ! Bertindak pantas dalam 30 minit selepas insiden. Berjaya tangkap saspek tetak wanita di Port Dickson yang menjadi viral di media sosial.Video tetak -- https://www.facebook.com/fopdrm/videos/870908809631290/Berita Penuh -- http://friendsofpdrm.blogspot.my/2015/10/polis-tangkap-saspek-tetak-wanita-di.htmlLagi Video Like -- Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Monday, October 5, 2015


PORT DICKSON – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai suspek kes tetak seorang wanita kurang dari 30 minit selepas insiden berkenaan berlaku.

Suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis ketika kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas terlibat dalam kes menetak seorang wanita berusia 20-an di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis bertindak atas maklumat ahli keluarga.

Menurutnya, sebaik menerima maklumat, polis segera menjalankan gerakan memburu suspek.

“Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta yang digunakan suspek ketika kejadian jenis Perodua Myvi di kawasan Lukut dan terus mengekori kenderaan tersebut.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka," katanya.

Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari hingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Terdahulu, mangsa seorang wanita berusia awal 20-an bekerja di sebuah hotel di Port Dickson telah diserang tiga lelaki termasuk suaminya.

Sinar Harian difahamkan, ketika kejadian mangsa baru pulang dari tempat kerja dan diserang dengan menggunakan parang ketika dia turun hendak membuka pintu pagar rumahnya.

Suspek dipercayai telah mengekori mangsa beberapa kilometer sebelum tiba di rumah dan terus menyerangnya sebaik sahaja mangsa keluar kereta.

Sementara itu, ibu mangsa yang melihat kejadian berkenaan cuba membantu anaknya selepas diserang menggunakan senjata dipercayai parang ditolak sehingga jatuh.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson.

Thursday 1 October 2015

TEMBAK HARIMAU BELANG BERITA PALSU - ZOO NEGARA



Zoo Negara merasa kecewa dan menafikan bahawa seekor harimau belang jantan telah ditembak sehingga mati.
Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.
"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya.
Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.
Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi ditempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh pihak polis.
- Bernama

Tan Sri Yuan Yuet Leng - Perginya wira menentang Komunis

Tan Sri Yuan Yuet Leng dilahirkan pada 15 September 1927 di Larut Matang. Beliau menjadi pegawai polis dari tahun 1950 hingga 1984. Jawatan terakhir yang disandang adalah
Ketua Polis Sarawak, sebelum beliau bersara pada tahun 1984. Selepas pembunuhan Ketua Polis Perak, Datuk Khoo Chong Kong pada tahun 1975, Yuan Yuet Leng yang menggantikan mendiang pada November 1975 turut menjadi sasaran. Anaknya Susan, terpaksa dibawa ke Britain kerana terdapat ancaman penculikan, dan pengganas komunis pernah memasang bom dirumahnya.


Pada tahun 1946, ketika berusia 19 tahun, beliau telah belayar ke China dengan harapan hendak memohon biasiswa untuk menyertai kursus tentera laut di United Kingdom dibawah program Tentera Laut China. Beliau belayar dengan kapal SS Atreus dari Singapura terus ke Canton, China. Setibanya disana,beliau agak terkejut melihat suasana, yang mana para veteran perang dari Koumintang (KMT) yang telah cedera atau hilang upaya meminta sedekah dan hidup tanpa pembelaan. Ramai yang mati ketika musim sejuk, dan mayat-mayat mereka dibuang ke sungai menjadi habuan ikan-ikan. Beliau mendapati kerajaan KMT mengamalkan rasuah dan juga kronisma. Melalui pengembaraannya ke daerah Kwangtung, Kwangsi dan Kweichow, beliau banyak menimba pengalaman tenteang kehidupan rakyat China. Malangnya, kerana perjalanan yg sukar, beliau terlepas untuk menghadiri tarikh temuduga di Universiti Lignan, oleh Tentera Laut China itu. Kerana kekurangan wang belanja untuk kembali ke Malaya, beliau dinasihatkan untuk meminta bantuan CNRRA, sebuah agensi yang menguruskan pulang rakyat Malaya yang telah berkhidmat sebagai tentera di China semasa Perang Dunia ke-2. Sebahagian mereka adalah para pelajar dari Malaya yang telah terkandas akibat perang. Beliau kembali ke Malaya dengan kapal Van Heutz pada bulan Feb 1946.

Kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan KMT kepada rakyat China, beliau pergi ke Kor Pemuda KMT di Taiping dan menceritakan apa yang dilihatnya di China. Beliau terus enggan melibatkan diri dengan perjuangan KMT lagi dan merasakan bahawa negara China tidak akan mengalami kekurangan tenaga manusia dan golongan terpelajar, sebaliknya mereka perlukan bantuan ekonomi. Menurutnya lagi, kekalahan KMT kepada pihak komunis bukanlah kerana Mao Tse Tung kuat, tetapi adalah kerana kerajaan KMT pimpinan Chiang Kai Shek sangat-sangat lemah kerana mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada tahun 1947, Yuen Yuet Leng menyambung persekolahan yang tergendala akibat pendudukan Jepun dan lulus peperiksaan Senior Cambridge di Penang Free School. Beliau kemudian mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Technical College, Kuala Lumpur tetapi terpaksa berhenti kerana beliau tidak dapat membantu keluarga di Taiping dengan sumber kewangan yang terhad. Yuen Yuet Leng kemudian mengabil keputusan untuk menyertai pasukan Polis pada 1 Disember 1950 dengan mengikuti program latihan Inspektor Percubaan Asia (Probationary Asian Inspectors - PAI) yang terdiri dari 22 Melayu, 19 Cina dan 13 India. Selepas menamatkan latihan selama 6 bulan, Yuen Yuet Leng ditugaskan ke Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Investigation Department) Seremban sebelum dihantar menghadiri kursus selama 6 minggu dalam peperangan hutan di Sik Jungle Warfare Training School, Kedah. Seterusnya pada 11 Julai 1951, beliau ditugaskan bersama No. 20 Federal Jungle Company (FJC) di Chemor.

Buku tulisannya yang menceritakan pengalaman menentang komunis dari tahun 1950an sehingga perletakan senjata oleh Parti Komunis Malaya pada 1989.

Semasa bertugas tidak sampai 3 bulan di Grik beliau telah tercedera dalam pertempuran semasa mengetuai pasukannya menyerang sebuah kem pengganas komunis di Bukit Tagor, kira-kira 6 batu ke selatan Titi Gantong. Setelah mengikuti jejak pengganas komunis selama 2 hari, pada 14 Disember 1951, mereka menemui sebuah kem yang lengkap dengan padang bola keranjang dan juga merupakan sebuah padang kawad. Mereka sebenarnya telah menemui Markas Platun, Kompeni Pertama, Rejimen ke-12 MRLA. Beliau bersama-sama Police Constable (PC) Lope, telah ditembak bertalu-talu oleh musuh dari kedudukan yang lebih tinggi. Lans Kopral Badri dan Koperal Razali datang membantu sambil melontar grened ke arah musuh. Selepas pertempuran selama 20 minit, pengganas komunis melarikan diri. Mereka dianggarkan berkekuatan 20 hingga 30 anggota. Hanya Yuen Yuet Leng dan PC Lope sahaja yang tercedera dalam pertempuran tersebut.

Pada suatu ketika, beliau telah diminta membantu orang kampung untuk membunuh seekor harimau yang telah termasuk ke dalam perangkap khinzir. Walaupun harimau tersebut terlepas buat seketika dan menimbulkan situasi panik, mereka berjaya membunuhnya. Gambar mereka bersama-sama harimau yang mati telah dicetak dan diletakkan di sebuah kedai gambar di pekan Grik. Satu salinan gambar ini pula telah diperolehi oleh skuad khas pembunuh (Special Mobile Squad) dan pengganas komunis telah mula memburu Yuen Yuet Leng. Habuannya ialah jam tangan, pen dan wang tunai RM 50 iika beliau dapt dibunuh. Bagaimanapun beberapa cubaan serangan dapat dipatahkan.

Penulis semasa bertandang ke kediaman Tan Sri Yuen Yuet Leng pada 2014

Pada bulan Januari 1952, ketika meronda di dalam kawasan pembalakan di Batu 5, jalan Grik/Klian Intan, beliau ternampak sepucuk rifel menghala kearahnya dari sebatang balak yg telah tumbang. Beliau lantas meniarap, dan tembakan yang dilepaskan musuh mencederakan dahi seorang pekerja balak. Pengganas komunis tersebut melarikan diri. Apa yang melucukan, 5 bulan kemudian, si penembak yang dikenali sebagai Chung Kim Seong telah menyerah diri kepada pasukan keselamatan kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan hinaan dari rakan sepasukannya atas kegagalannya menembak Yuen Yuet Leng dengan tepat.

Pasukan Federal Jungle Company (FJC) pimpinannya banyak kali bertempur dan melakukan operasi bersama tentera British antaranya bersama SAS dan 40 Commando Royal Marines, Pada 27 April 1952, beliau telah tercedera dilengan kerana telah ditembak (friendly fire) oleh askar Gurkha dalam satu operasi. Pasukan FJC telah termasuk ke dalam kawasan membunuh pasukan Gurkha yang telah sedia melakukan serang hendap. Pada 19 May 1952, platun pimpinanya berjaya membunuh 2 pengganas komunis dalam satu pertempuran berhampiran Kampung Baru Titi Gantong.

Semasa melancarkan Operasi Stanley di Sungai Dala pada 29 Ogos 1952, Dalam pertempuran disitu, anggota tinjau hadapan, PC Zabri, mati dipangkuannya sejurus selepas Allahyarham meminta Yuen Yuet Leng menyampaikan mohon maaf kepada ibunya dan berkata beliau tidak akan dapat kembali lagi menemui ibunya. Yuen Yuet Leng masih ingat, ketika itu platunnya yang terdiri dari 95% anggota Melayu telah memasang benet dan menggempur kedudukan komunis yang menyerang hendap dari atas bukit. Melihatkan keberanian mereka ini, pasukan musuh kemudiannya berundur. Yuen Yuet Leng kemudiannya meminta bantuan serangan udara dan menanda sasaran dengan "marker baloon". Selepas pengeboman dilakukan, keesokkannya sepasukan pengganas komunis menyerah diri kepada No. 2 Platoon, 16th Federal Jungle Company. Setelah melakukan pengelidahan, rupa-rupanya mereka telah menyerang Markas Rejimen ke-12. Kem seluas 5 ekar ini dilengkapi dengan kubu dari kayu balak, mampu menampung 150 hingga 200 orang, juga dilengkapi dengan stor senjata, dewan kuliah dan klinik untuk 20 pesakit.

Pada 1 Januari 1953, Yuen Yuet Leng telah dihantar mengikuti Kursus Jurulatih Platun di Far East Land Forces (FARELF) Center, Kota Tinggi, Johor selama 6 minggu. Tidak lama selepas kembali ke pasukannya, pada tahun itu juga beliau ditukarkan ke Cawangan Khas (Special Branch) untuk tugas-tugas risikan.

Penulis -- SEJARAH KONFLIK & MILITER