Tuesday 19 December 2017

Polis Pergiat Operasi Perangi Kongsi Gelap



PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata polis akan mempergiat operasi dan tindakan memerangi kegiatan kongsi gelap di negara ini.

Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman akan bertindak mempergiat operasi mencegah dan membanteras kegiatan ini, katanya.

"Pihak polis akan terus mengambil tindakan terhadap semua kumpulan kongsi gelap...polis sedang melakukannya (perang terhadap kongsi gelap). Tiada hari tanpa operasi," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas perhimpunan bulanan warga kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana pertubuhan haram sama ada yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 atau akta-akta lain.

Timbalan perdana menteri berkata demikian semasa mengesahkan kejadian pembunuhan seorang lelaki di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor, Ahad lalu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan empat lelaki dikenal pasti sebagai ketua kumpulan kongsi gelap.

"Pihak polis sedang giat menjejaki dan memburu keempat-empat lelaki berkenaan. Mereka tidak akan terlepas daripada tindakan polis.

"Kita yakin terdapat perselisihan antara dua kumpulan kongsi gelap tersebut. Siasatan terperinci akan dilakukan," kata Ahmad Zahid.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Timbalan perdana menteri berkata dalam pada itu polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam kumpulan-kumpulan kongsi gelap itu.

"Polis sentiasa bersiap siaga melakukan operasi dan mengambil tindakan jika ada pembalasan antara kumpulan kongsi gelap berbeza. Itu adalah budaya mereka," katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis telah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh berkenaan dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.

-- BERNAMA

Thursday 16 November 2017

Durian rangsang syahwat lelaki?

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan memberi kebaikan untuk kesihatan lelaki.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia tambahan beberapa kajian dari seluruh negara terhadap sudut positif memakan durian.

Jelasnya, ia termasuk kajian di luar negara mengenai komposisi durian yang mempunyai antioksida lebih tinggi selain berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

"Durian juga seperti makanan lain ianya boleh dimakan, baik untuk  dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

"Jangan berlebih-lebihan terutamanya kepada pesakit kencing manis. Ada kajian durian ini ada unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan untuk buat kajian lebih mengenai hal ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Azmi Ghazali (Barisan Nasional-Bagan Serai) mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

Dalam pada itu, jelasnya, teknologi simpanan durian menggunakan kaedah sejuk beku membolehkan buah itu dapat dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya waktu musimnya sahaja.

Selain itu katanya, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

Bagaimanapun katanya, jika diberi pilihan, orang ramai lebih menggemari durian Malaysia berbanding dari Thailand.

Sebelum ini, Shabery menjelaskan, kerajaan memohon kelulusan segera daripada Kerajaan China untuk membolehkan durian Musang King segar dibawa ke pasaran republik itu dalam masa terdekat.

Tegasnya, ia secara tidak langsung membolehkan pasaran raja buah itu mampu bersaing dengan buah-buahan tempatan yang sudah berjaya dieks­port ke negara itu sebelum ini.

Jelasnya, setakat ini negara tersebut hanya menerima pasaran eksport musang king sejuk beku sahaja.
- AWANI -

Monday 13 November 2017

Tiada Kompromi Terhadap Pekerja Asing Cabar Anggota PDRM


KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian anggotanya yang diserang kira-kira 30 pekerja kontrak warga China pada malam Sabtu lalu.

"Kita (PDRM) pandang serius perkara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba halang tugas kita banteras jenayah.

Setakat ini, lapan suspek telah direman untuk siasatan termasuk dua wanita, semua warga China," katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya polis akan mengambil langkah proaktif untuk terus memantau pekerja asing di Kuala Lumpur untuk mengekang pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah seperti judi dan jenayah kekerasan.

Dalam kejadian 10.30 malam Sabtu lalu, sepasukan anggota unit kereta peronda yang sedang melakukan pemeriksaan berhubung kegiatan perjudian di hadapan kediaman pekerja kontrak di Jalan Imbi telah diserang kira-kira 20 hingga 30 pekerja warga China.

Menyedari ancaman itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan antara lapan perkara utama yang ditekankan kepada anggota IPK KL.

"Kita telah nempersiapkan anggota kita untuk menghadapi PRU14 dan ketika ini semua anggota diarah untuk tidak mengambil cuti kecuali melibatkan kes kecemasan seperti kematian anggota keluarga terdekat,\" katanya.

Selain itu, katanya, polis juga akan menekankan perkara berkaitan membanteras kes ragut, gengsterisme, ancaman pengganas, dadah, judi haram, Macau-Scam dan samseng jalanan.

"PDRM juga akan bekerjasama lebih rapat dengan beberapa agensi penguat kuasa lain dalam beberapa operasi mencegah jenayah,\" katanya.

-- BERNAMA

Monday 6 November 2017

Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Kereta Hilang Di Kompleks Parking Tapi Sebenarnya...






Ini kisah menyayat hati yang benar² berlaku di dalam masyarakat kita di sebuah bandar yang diberi nama Kuala Lumpur. Hal ini terjadi kepada seorang wanita bernama Ka Kemm (bukan nama sebenar). Beliau telah kehilangan kenderaannya dan beranggapan ianya telah dicuri.

Menurut posting di twitter milik mangsa, beliau telah meletakkan atau parking kenderaannya dalam keadaan baik di Kompleks Letak Kenderaan Bertingkat MRT Sg. Buloh untuk destinasi lain atau bekerja di kawasan berhampiran

Ketika hendak pulang, beliau mendapati kenderaannya tiada di tempat parking yang diletakkan pada awal pagi ini. Maka beliau terus berteriak melalui akaun twitter miliknya dan mengharapkan netizen dapat membantu beliau mencari kenderaan miliknya yang telah 'hilang' 'dicuri' orang.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau mengambil keputusan untuk membuat laporan Polis terhadap hal yang menimpa dirinya namun tidak menamakan kealpaan mana² pihak yang disyaki gagal menjaga dengan baik kenderaan miliknya seperti yang diposting di dalam akaun twitter sebelum itu.


Rentetan hal tersebut, beliau telah membuat aduan kepada pihak MRT untuk tindakan selanjutnya. Beliau masih berharap kereta yang telah 'dicuri' orang tersebut dapat dijumpai semula

Namun masih ada sinar harapan buat beliau apabila kenderaan tersebut telah ditemui dengan selamat di dalam bangunan kompleks yang sama tetapi berbeza kotak parking dan tidak seperti yang digambarkan oleh beliau pada awalnya.

Beliau parking di tingkat 2A tapi pergi cari kereta di tingkat 3A. Bukankah kelakar perbuatan tersebut? Hahaha


Carian di twitter miliknya juga mendapati posting mengenai kehilangan kenderaan ini masih belum dipadam dan tidak dinyatakan kenderaan tersebut telah ditemui ataupun belum. Juga adakah laporan Polis telah ditarik balik atau beliau masih membiarkan pihak Polis melakukan siasatan lanjut hihi.

Pengajarannya amat mudah untuk difahami ;

1. Jangan mudah membuat kesimpulan dengan menuduh kesilapan orang lain walhal kesilapan itu sendiri datang daripada diri sendiri.

2. Tiang tempat parking tu ada nombor untuk rujukan dan bukan saja² ditulis nombor. Lain kali ambil gambar tiang dan simpan kalau tak leh nak ingat dalam benak kepala tu.

Inilah masalahnya orang zaman sekarang, masalah sendiri dihalakan punca kononnya datang daripada orang lain. Pastu tuduh semua orang salah pula. Ehhh~
Sumber: BLOG REZQEEN HILL

Jangan lupa warga emas - POLIS

PENGARAH Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah menunjukkan paparan skrin keadaan banjir di Pusat Kawalan Malaysia, Bukit Aman. - Foto Sairien Nafis


KUALA LUMPUR: Masyarakat diminta prihatin dengan warga emas, sama ada ahli keluarga sendiri atau jiran ketika operasi pemindahan akibat banjir.

Mereka diminta menyalurkan maklumat segera kepada pihak berkuasa ketika air naik supaya mangsa dapat diselamatkan segera.

Ini kerana mangsa banjir yang terkorban adalah terdiri daripada mereka yang berumur 60 hingga 90-an.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai mangsa warga emas untuk diberi keutamaan dalam proses perpindahan dan menyelamat.

"Dalam keadaan dan situasi seperti ini, masyarakat perlu mengambil tahu perihal saudara-mara, sahabat atau jiran mereka yang tinggal bersendirian untuk membantu mereka dari mengalami sebarang musibah.

"Justeru apabila maklumat dapat disalurkan, pihak polis dan agensi keselamatan yang terbabit akan melaksanakan tugas menyelamatkan mereka," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, tengah hari tadi.

Beliau berkata, pada masa ini seramai 187 pegawai dan anggota polis dari luar Pulau Pinang, sudah dikerahkan ke negeri berkenaan dalam operasi membantu dan menyelamat.

"Pada masa sama, kita juga sudah mempersiapkan bantuan tambahan seramai 3,500 pegawai dan anggota dari negeri-negeri lain sekiranya keadaan bertambah buruk termasuk penyediaan logistik seperti bot dan bekalan kecemasan.

"Penduduk yang kediaman mereka dinaiki air turut dinasihatkan untuk segera berpindah kerana fenomena banjir ini air naik dengan terlalu cepat dan boleh membahayakan keselamatan," katanya.

Zulkifli berkata, sebahagian mangsa menjangkakan air banjir yang naik di kediaman mereka akan surut dalam masa yang singkat namun sekiranya keadaan berlaku sebaliknya tindakan menyelamat mungkin menghadapi kesukaran," katanya.
- Berita Harian -

Thursday 2 November 2017

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN UCAPAN HINA BUGIS


Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius,murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayang Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur,Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci,menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Kenyataan dikeluarkan oleh Istana Alam Shah Klang pada 2 November 2017 melalui Hanafisah binti Jais,S.M.S,A.I.S, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor. Kenyataan penuh seperti surat di bawah.



Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab seeloknya kita elak daripada mengeluarkan perkataan atau apa-apa ucapan yang boleh menyinggung dan membangkitkan kemarahan orang lain. Ini untuk memastikan negara kita terus aman makmur. Pesanan untuk semua dan diri sendiri.

Wednesday 25 October 2017

PPIM Vs AGR, PDRM JADI MANGSA KECAMAN


1.Terkini sdg hangat isu kes penahanan yusof azmi oleh pihak berkuasa kerana menceroboh kwsn ,
Penyokong yusof azmi gambarkan ,ianya adalah 1 tindakan yg tdk adil kerana yusof azmi memperjuangkan hak pemilik kereta ,mereka juga telah menyerang kerajaan dgn pelbagai tuduhan ,

2. Org ramai harus tahu , kes agr ini adalah kes akta kontrak dimana dikatakan terdapat pencabulan perjanjian diantara pemilik kereta dan agr ,Kes ini adalah kes sivil ,ia bukan kes jenayah sebab kes ini kes pencabulan perjanjian diantara agr dan pemilik kereta ,atas faktor ini , polis tdk boleh campur tangan kerana polis tdk diberikan kuasa utk bertindak keatas kes kes sivil . kes ini bukan kes curi kereta atau pun kes penipuan , ia bukan kes jenayah , ia kes sivil .

3.Pemilik kereta tdk berhak mutlak keatas aset mereka kerana mereka memasuki 1 perjanjian dgn agr , agr juga tdk ada kuasa mutlak keatas kereta itu kerana ia telah diperjanjikan dlm perjanjian tersebut berkenaan tanggubgjwbnya keatas kereta kereta itu ,Jika mana mana pihak mencabul apa jua yg termaktub didlm perjanjian tersebut ,maka , hanya kuasa mahkamah shj yg berhak membuat apa jua keputusan dan tindakan selanjutnya ,agr atau pemilik kereta ataupun mana mana pihak tdk berkuasa atasi undg undg yg berikan hak penghakiman kpd mahkamah ,

4.Agak jelas , polis bertindak tepat menjalankan tugas apabila agr melaporkan ada pihak menceroboh kwsn mereka dan mengambil kereta itu tanpa perintah mahkamah ,agr tdk laporkan kereta itu telah dicuri , agr hnya laporkan kwsn mereka diceroboh ,walaupun agr ada isu penyewaaan dgn pemilik premis , ia adalah kes akta kontrak antara pemilik premis ,pemilik premis tdk ada hak keatas aset penyewa selagi tiada perintah mahkamah , dan pemilik premis tdk boleh halau penyewa yg cabul perjanjian sewa premis selagi tdk mendapat perintah mahkamah ,

5.Amat dikesalkan apabila pihak pihak terlibat mengecam polis dlm kes ini dan menyerang kerajaan didlm kes ini sdgkan polis dan kerajaan menjalankan tugas diatas landasan undg undg.
Diharapkan , semua pihak lebih rasional dan tdk mengelirukan org ramai dgn mengambil tindakan undg undg dgn cara sendiri.

Penulis - Tun Maharezza

Tuesday 24 October 2017

Lagak warak tapi samun, cabul


SHAH ALAM: Seorang penganggur ditahan selepas dipercayai terbabit dalam empat kes samun dan mencabul wanita, sejak pertengahan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata suspek berusia 39 tahun itu berselindung di sebalik perwatakan warak dengan memakai jubah untuk ke surau, sebelum menyasarkan wanita yang sedang solat berseorangan pada waktu Zohor.

Kes pertama, katanya, berlaku pada jam 1.41 tengah hari, 23 Jun lalu di Surau U8 Bukit Jelutong manakala kes kedua ialah di Kelas Agama dan Fardu Ain Integrasi di Kelana Jaya pada jam 2 petang, 28 Julai lalu.

Kemudian, beliau berkata, pada jam 3 petang 18 Ogos lalu, suspek menyasarkan pula seorang wanita di Surau Seksyen 4, Shah Alam dan di Surau Al-Ikhlas, Bukit Jelutong pada jam 1.30 tengah hari, 6 Oktober lalu.


"Berikutan itu, polis menggerakkan operasi menjejaki suspek dan akhirnya berjaya ditangkap di rumah di Kelana Jaya pada jam 4.45 petang, 13 Oktober lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Penyiasat kes berkenaan Inspektor Ahmad Afiq.

Shafien berkata, turut ditemui dalam serbuan di rumah suspek itu ialah senjata yang digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah dan barang mangsa.

"Suspek ditahan reman bermula 14 Oktober lalu sehingga esok.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menyebabkan kecederaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.
 - Berita Harian -

PDRM...CABARAN MENANGANI PERSEPSI


Bukan mudah cabaran,dugaan yang mesti dihadapi oleh setiap warga Polis Diraja Malaysia [PDRM] apabila panasnya satu-satu isu atau kes yang melibatkan mereka. Sedangkan mereka hanyalah jalankan tugas dan amanah demi negara.

Sebagai contoh isu PPIM dan Gangster 9 Dragon yang 'trending' sekarang ini. Saya juga salah seorang daripada masyarakat akui isu-isu ini memang dekat dengan kita semua. Tak dinafikan tindakan yang dibuat oleh PPIM mendapat pujian ramai terutamanya apabila mereka membela golongan yang teraniaya,ditipu dan ditindas.

Dan isu Gangster 9 Dragon pula jadi bahan bualan netizen yang prihatin dan mahukan kumpulan kongsi gelap seperti ini tidak lagi bermaharajalela merosakkan anak-anak muda. dengan harapan kumpulan perosak negara ini dapat dihapuskan. Dan tindakan tegas diambil terhadap siapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka termasuk lah anggota atau pegawai PDRM sendiri. TIADA KOMPROMI !

Namun sudah menjadi lumrah PDRM sebagai institusi yang menguatkuasakan undang-undang dengan buat tangkapan,tahanan reman, siasat, saman sebagainya menjadi mangsa kebencian,kecaman dan yang paling teruk apabila mereka turut tidak terlepas di FITNAH dengan macam-macam tuduhan.

Kita ambil contoh mudah ketika zaman sekolah. Berapa ramai yang suka pada 'Pegawas dan Cikgu Disiplin Sekolah' ? Saya percaya ramai yang tak suka kewujudan mereka kerana dianggap kerjanya hanya cari salah dan heret kita hingga dihukum.

Begitu juga lah dengan situasi PDRM mutakhir ini yang menjadi mangsa cemuhan oleh masyarakat Malaysia sendiri. Seolah-olah mereka langsung tiada jasa baik kepada kita dan negara.

Berbalik kepada analogi 'pengawas dan cikgu disiplin sekolah' tadi. Walaupun mereka tak disukai, tapi mereka tetap diperlukan dalam memastikan sistem pendidikan di sekolah dapat berjalan dengan baik dan dapat mendidik pelajar menjadi 'orang'

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Jika 'viral' atau kecoh isu tertentu yang mungkin agak lambat tindakan dibuat pasti ada sebabnya. PDRM punya strategi tersendiri yang tak perlu kita tahu. Bukan bermakna mereka tidak akan ambil tindakan.

Contoh mudah berkenaan isu 'Daesh'. Dalam kita tidur lena mereka buat kerja. Bangun tidur tahu-tahu ada je berita kejayaan tangkapan saspek-saspek terlibat militan. Ini bukan kerja mudah yang boleh buat sehari dua.





Sebagai masyarakat Malaysia kita seharusnya bertenang,beri kepercayaan penuh kepada kepimpinan baru, beri peluang kepada PDRM jalankan siasatan dan tugas mereka dalam memastikan keselamatan, keharmonian, dan ketenteraman awam terus terpelihara. Biar proses undang-undang berjalan. Hanya mahkamah menentukan satu-satu pendakwaan itu jatuh hukum atau pun tidak. BUKAN POLIS YANG DAKWA.
Image result for anggota polis kemalangan

Jangan pula kita yang menjadi 'kaki kecam', menjatuhkan imej, menjatuhkan semangat pasukan Polis dalam menjalankan tugas. Kenanglah pengorbanan mereka mempertaruhkan masa,nyawa dan keselamatan keluarga semata-mata untuk keselesaan kita semua. Hari ini kita kecam dan hina, esok-esok kita perlukan mereka.

Penulis - Aku Bukan Penulis, Aku Menulis Bukan Kerna Nama
Untuk - Friends Of PDRM

Sunday 22 October 2017

Bekas pensyarah muat naik gambar jelik, Ditangkap



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah kolej swasta di ibu negara ditahan kerana memuat naik gambar Perdana Menteri dan isteri yang diubah suai menjadi jelik, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 58 tahun itu dibuat di sebuah rumah di Persiaran Capsquare di sini, pada jam 9.45 malam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Mahkamah membenarkan reman tiga hari terhadap suspek sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut.

"Saya ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan memuat naik gambar yang boleh mengaibkan mana-mana individu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, suspek dikatakan memuat naik gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang diubah suai dengan berpakaian menyerupai penganut agama Hindu.

Perbuatan itu mendatangkan kemarahan netizen yang mahu tindakan diambil pihak berkuasa terhadap lelaki itu kerana melakukan penghinaan.

- BERITA HARIAN -

Tukang cuci serah dompet berisi RM12,000 dihargai polis



KUALA LUMPUR: Tindakan jujur wanita pekerja pembersihan warga Indonesia menyerahkan dompet ditemuinya berisi mata wang asing bernilai lebih RM12,000, dihargai polis yang memberikannya sijil penghargaan, hari ini.

Samona Marhama, 33, menemui dompet dipercayai milik pelancong asing itu pada kira-kira jam 5.30 petang pada 9 Oktober lalu ketika sedang membersihkan bilik persalinan bayi di tingkat tiga pusat beli-belah Berjaya Times Square, di sini.

Wanita dari Madura, Jawa Timur itu, berkata tidak terlintas dalam fikirannya untuk membuka dompet berkenaan kerana bukan miliknya, lalu segera diserahkan kepada penyelia.

"Saya tidak tahu langsung apa isi dalam dompet itu. Penyelia kemudian serahkan dompet kepada ketua keselamatan pusat beli-belah sebelum diserahkan pula kepada polis," katanya.

Samona ditemui pemberita selepas menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman di lobi Berjaya Times Square.

Yang turut menerima sijil sama adalah penyelia Samona, Mualimah Seniran dan Ketua Keselamatan Berjaya Times Square, Mohd Hanafiah Mohd Shah.

Sementara itu, Mohd Sukri berkata, polis yang memeriksa dompet berkenaan menemui wang tunai AS$3,000 (RM12,666) dan Pound Syria 3,560 (RM74.77) selain sekeping gambar dipercayai milik pemilik dompet.

"Apa yang hendak ditekankan di sini adalah sifat jujur pekerja pembersihan yang tidak mengambil walau sesen pun wang dalam dompet berkenaan, tetapi menyerahkannya kepada polis.

"Setakat ini, belum ada individu yang menuntut dompet berkenaan," katanya.
Ketua Operasi Berjaya Times Square Management Corporation, Foo Kok Keong, turut memuji sikap pekerjanya yang amanah menjalankan tugas sambil berharap ia menjadi contoh dan ikutan pekerja lain.

Tuesday 17 October 2017

FAKTA: BUGIS BUKAN LANUN !



KEHADIRAN
orang Bugis ke Tanah Melayu dipercayai sudah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka malah sudah terdapat permukiman orang Bugis di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-17.

Kedatangan mereka dalam jumlah yang besar berlaku pada kolonial Inggeris khususnya suku akhir abad ke-19 dan ia berterus sehingga kini.

Majoritinya, kehadiran orang Bugis dapat dilihat di dua negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Johor dan Selangor.

Di Johor sendiri, peranan orang Bugis adalah peneroka hutan dan pembina penempaan luar bandar sekali gus antara aspek penting yang membentuk persejarahan Johor.

Oleh itu, sejarah kedatangan masyarakat Bugis ke Semenanjung Tanah Melayu khususnya ke Johor bukanlah satu perkara baru dalam sejarah.

Dalam masyarakat Bugis, belayar, mengembara, berdagang dan merantau merupakan tradisi utuh dalam kehidupan mereka.

Sebagai suku bangsa yang terkenal dalam aktiviti pelayaran, pelaut Bugis telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad yang lalu.

Berdasarkan nukilan Christian Pelras dalam buku The Bugis, berlakunya penghijrahan besar-besaran pada abad ke-17 dan awal abad ke-18 di kalangan masyarakat Bugis Sulawesi Selatan kerana rasa tertekan.

Mereka berhijrah ke Sumbawa, Lombok, Bali, Jawa, Sumatera, Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Kebanyakan masyarakat Bugis memilih Johor sebagai destinasi penghijrahan.

Sebagai masyarakat yang mempunyai kehandalan dalam ilmu pelayaran, masyarakat Bugis dapat bergerak ke seluruh pelusuk rantau Asia.

Kedatangan masyarakat Bugis ke Johor kemudiannya menjadikan sebagai kawasan tumpuan perantauan disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan tanah, sumber makanan, politik tidak stabil, persengketaan di kalangan bangsawan Bugis.

Bagaimanapun, tiada tarikh yang jelas dicatatkan berhubung kedatangan orang Bugis ke Johor, sebaliknya dinyatakan secara jelas kedatangan awal masyarakat Bugis ke Johor dirakam pada awal abad ke-18 melalui kehadiran keturunan bangsawan Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Perani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemase.

Di Johor, antara kawasan yang menjadi tumpuan kemasukan perantau Bugis adalah Batu Pahat, Muar, Kukup, Kampung Permas Kelapa, Parit Semair, Serkat, Benut dan Pengerang.

Kehebatan ilmu pelayaran

Orang Bugis terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan bidang ekonomi. Ini kerana rata-rata etnik Bugis yang merantau terdiri daripada nakhoda dan pedagang.

Sebagai pedagang hasil hutan dan tanaman pasaran, orang Bugis lebih mengetahui hasil-hasil yang memberi laba yang banyak menguntungkan.

Secara jelasnya, mereka lebih mengetahui tempat-tempat yang paling sesuai untuk aktiviti ekonomi pertanian malah mengusahakan aktiviti pertanian di Tanah Melayu.

Sehubungan itu, mereka memaklumkan peluang-peluang itu (aktiviti ekonomi) kepada sanak saudara sehingga menjadi titik tolak penghijrahan orang Bugis ke Johor dalam satu jaringan yang besar dan kukuh seterusnya berlaku penerokaan kawasan.

Hasilnya, kedatangan perantau-perantau Bugis ke Johor telah banyak menjayakan pembangunan negeri Johor.

Selain itu, mereka juga cukup terkenal sebagai pahlawan yang berani sehinggakan digelar sebagai ‘Lanun’ yang digeruni oleh Belanda dan Inggeris.

Bagaimanapun, persepsi segelintir masyarakat yang melabelkan orang Bugis sebagai lanun tercetus hasil daripada teknik propaganda Belanda dan Inggeris sedangkan ia tidak benar.

Tahun 1721 memperlihatkan penglibatan dan peranan Bugis Lima Bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Cella’ dan Daeng Kemase membantu Raja Sulaiman iaitu putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV mendapatkan takhta kerajaan Johor daripada Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kechil).

Ini kerana Raja Kechil telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718.

Maka Raja Sulaiman menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.

Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang.

Kerajaan Johor-Riau kalah di dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upah, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis menjadi Yamtuan Muda di Riau iaitu Daeng Merewah bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam.

Keturunan Bugis Lima Bersaudara ini terus memainkan peranan dalam kerajaan Johor sehinggalah kerajaan Johor dipecahkan oleh kuasa barat, Belanda dan British melalui Perjanjian London pada tahun 1824.

Mulai tahun 1824, kawasan dari Pulau Singapura ke bawah termasuk Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda, manakala kawasan mulai Pulau Singapura ke atas di bawah pengaruh British.


Sinar Harian

Monday 9 October 2017

10 FAKTA TENTANG PDRM




*1.* _Agensi paling tua di Malaysia yang di tubuhkan sejak 1807_
*2.* _Memiliki aset-aset yang paling uzur tetapi mampu menjalankan operasi dengan sempurna_
*3.* _Mempunyai pasukan separa tentera sendiri iaitu Pasukan Gerakan Am dan 69 Komando_
*4.* _Kesemua warga PDRM adalah bertaraf pegawai walaupun berpangkat konstabel (akta polis 1967) dan hanya ada 2 kategori sahaja iaitu Pegawai Kanan Polis ( Inspektor - IGP) dan Pegawai Rendah Polis (Konstabel - Sub Inspektor) dan sebenarnya tiada istilah 'anggota' di dalam PDRM itu hanyalah bahasa pasar sejak dahulu lagi._

*5.* _Mempunyai sistem gaji yang paling tinggi berbanding dengan agensi kerajaan yang lain (pangkat konstabel boleh mencapai pendapatan kasar sekitar RM3000 sebulan megikut cawangan bertugas)_

*6.* _69 Komando PDRM pernah melakar kejayaan dengan menawan 82 pengganas komunis hidup-hidup di satu kem komunis pada 1975 tanpa ada kecederaan dari pihak mereka._

*7.* _Pada 2005, 5 pegawai kanan polis dan 32 pegawai rendah polis dari Pasukan 69 Komando telah diterbangkan ke Kukup Johor bagi melaksanakan operasi merampas semula sebuah kapal MV Natris yg telah ditukar nama kepada MV Paulijing dipercayai dilarikan di perairan Bertam,Indonesia. Kapal tersebut telah dikesan oleh Pasukan Gerakan Marin di perairan Selat Melaka setelah dilaporkan hilang pada tahun 2003. Operasi ini telah dinamakan sebagai Ops MV Paulijing. Akhirnya mereka berjaya menawan semula kapal ini dan dibawa pulang ke Malaysia._

*8.* _Pada tahun 2000 semasa peristiwa Al Maunah, IGP ketika itu telah menyerahkan operasi kepada pihak ATM tetapi pasukan 69 komando di ketuai oleh C/Insp Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama 20 orang pegawai rendahnya terlebih dahulu menaiki bukit ke arah Kumpulan Al-Ma'unah berkhemah serta menyelinap masuk dan menawan pengganas tanpa sebarang kecederaan pada kedua-dua belah pihak sebelum ketibaan pihak Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said, komander Tentera Darat 2 jam kemudian._

*9.* _Pasukan Polis Marin pada tahun 1985 pernah bertempur dengan lanun yang baru lepas menyerang bandar Lahad Datu. Keesokannya 2 buah kapal TLDM terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke kapal PX 29 dan PX,_ _Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Pertempuran yang amat hebat itu telah di puji oleh pegawai yang berpangkat Leftenan sambil berkata “ Sepanjang sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun tersebut._

*10.* _Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa pekerjaan polis adalah yang paling stress di Malaysia dan di dalam cawangan polis pula Pasukan Gerakan Am merupakan cawangan yang paling stress berbanding dengan cawangan polis yang lain._
Salute PDRM....👍🏼✋🏼👮🏼

Sunday 8 October 2017

Anggota, Pegawai Polis Berhibur Di Pusat Hiburan Ditukar serta Merta



JOHOR BAHRU, 9 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai dan enam anggota polis yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar telah ditukarkan ke jabatan lain. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata keputusan itu diambil sementara menunggu tindakan susulan dilakukan..

Dalam satu kenyataan, beliau berkata siasatan tatatertib juga telah dijalankan sebaik sahaja maklumat berkenaan diterima.

Beliau mengulas mengenai sebuah video dalam Facebook yang tular semalam yang menunjukkan sekumpulan tujuh individu yang didakwa sebagai pegawai dan anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Muar sedang berhibur bersama tauke judi haram di sebuah pusat hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Bakri.

"Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan yang tegas kepada semua yang terlibat.

"Semua pegawai dan anggota PDRM mesti akur kepada kehendak integriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara,\" katanya.

-- BERNAMA

Wednesday 27 September 2017

14 pegawai kanan polis bertukar



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan pertukaran 14 pegawai kanan pelbagai jabatan berkuat kuasa bulan depan.

Pertukaran yang berkuat kuasa pada 30 Oktober itu diumumkan oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Azizi Mat Aris bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Tadbir Urus/ Kepolisian Am) Bukit Aman.

Penolong Pengarah (D7B) Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Baharudin Mustapha dan Penolong Pengarah Unit Rondaan Bermotosikal/e-Sektor, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Soaihami Rahim, pula bertukar jawatan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi/ Bantuan Teknik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman Asisten Komisioner Koh Ah Tiam dan Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia, Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Mazlan Yahya, turut bertukar jawatan.

Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Dalila Mohd Yasin, bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah Kepolisian Kemasyarakatan, Bahagian Kepolisian Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

Siti Dalila menggantikan Asisten Komisioner Wong Ing Fung yang ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya bertukar ke jawatan Timbalan Pengarah (Kepolisian Am/ Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman .
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Shukri Kaman mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zulkefly.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) IPK Kedah, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah pula menggantikan Mohd Shukri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Penolong Pengarah Perjawatan (Pegawai Diwartakan), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi ditukarkan ke jawatan Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan), Cawangan Perjawatan, Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik, IPK Johor, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar pula ditukarkan ke jawatan Ketua Polis Daerah Kulai, Johor.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Semenyih, bertukar ke jawatan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kelantan.

Pegawai kanan terakhir dalam senarai pertukaran adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sandakan, Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat yang bertukar ke jawatan Ketua Polis Daerah Sipitang, Sabah.

Tuesday 26 September 2017

Viral lelaki, penguat kuasa DBKL bertengkar: Polis tahan pemandu



KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu kereta selepas videonya bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dibuat jam 6.30 petang tadi ketika dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan.

Katanya, anggota penguat kuasa DBKL itu juga sudah tampil membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Sentul semalam.

Berdasarkan laporan itu, anggota berkenaan mendakwa kejadian berlaku ketika dia bersama rakan setugas dan dua pekerja syarikat kunci tayar menjalankan operasi di Taman Segar, Cheras pada jam 12.46 tengah hari.

"Dalam operasi itu, pengadu (anggota DBKL) dan rakannya mengunci tayar sebuah kereta PERODUA Myvi kerana melakukan kesalahan meletak kenderaan di luar petak.

"Tidak lama kemudian selepas menerima arahan daripada pusat kawalan DBKL, pengadu pergi semula ke lokasi berkenaan untuk membuka kunci tayar kereta itu kerana pemiliknya (suspek) hendak membayar denda.

"Bagaimanapun, kedua-dua mereka dipercayai berselisih faham hingga tercetus pertengkaran dan insiden tolak-menolak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kok Sin berkata, pegawai penyiasat sudah menghubungi anggota DBKL itu untuk diambil keterangan, namun setakat ini dia belum tampil berbuat demikian.

Katanya, pihaknya juga akan merakam keterangan saksi lain yang mempunyai kaitan dalam kes itu.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bertengkar dengan anggota penguat kuasa viral di media sosial sejak awal hari ini.

Dalam rakaman berdurasi empat minit enam saat itu, lelaki berkenaan dilihat seolah-olah tidak berpuas hati dengan petugas DBKL sambil cuba ditenangkan beberapa wanita yang turut berada di situ.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dilihat mengambil objek seperti kayu dari dalam keretanya dan meluru ke arah seorang lelaki lain yang turut berada di situ, tetapi berjaya dihalang daripada bertindak di luar kawalan.

Dia kemudian beredar dari lokasi tidak lama selepas itu.

Monday 25 September 2017

Dicekup pulang rumah ambil pakaian



POLIS tahan lelaki disyaki terbabit kes pukul sampai mati di rumah di Kampung Pinang, Air Itam, Georgetown, 10.10 malam tadi.

Sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) memberkas suspek berusia 23 tahun itu di rumah sewanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan penangkapan suspek selepas diburu polis sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, suspek pulang ke rumah mengambil pakaian untuk melarikan diri selepas mengetahui dia diburu polis selepas kejadian Jumaat lalu itu.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke IPDTL sebelum ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian malam Jumaat itu, suspek dan seorang lagi rakannya yang masih bebas memukul mangsa, Lim Kok Boon, 33, di kawasan tempat pembuangan sampah di Blok B, Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Mangsa dipukul dengan topi keledar sehingga pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum disahkan meninggal dunia pada 10 pagi semalam.

Susulan itu, polis masih memburu rakan suspek, Mohd Yusri Mohamed, 38, dari Flat Kampung Melayu, Air Itam.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2017 @ 10:24 AM

Monday 18 September 2017

Pencuri berselipar, seluar pendek larikan RM600,000 dari bilik kebal bank

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/09/bank_perompak_6001.jpg

PETALING JAYA: Seorang lelaki hanya berselipar dan berseluar pendek berjaya melarikan sejumlah RM600,000 daripada bilik kebal sebuah bank di Damansara Heights.

Akhbar The Sun melaporkan lelaki yang menyamar sebagai penyelenggara alat pemadam kebakaran hanya menyandang beg, memakai kemeja-T, berseluar pendek Bermuda dan berselipar berjaya melarikan wang tersebut dalam masa 20 minit.

Tetapi jenayah tersebut hanya dikesan 2 jam kemudian oleh kakitangan bank.
Sumber menggambarkan pencuri itu kelihatan tenang dan yakin. Dia memasuki bank kira-kira jam 12.30 tengahari pada 8 September dan memperkenalkan dirinya sebagai juruteknik syarikat alat pemadam api.

Bagaimanapun pengurus bank tidak membenarkan lelaki itu meneruskan tugas setelah gagal mengesahkan identitinya, sebelum pengurus itu keluar makan tengahari.

Lelaki dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun tidak beredar sebaliknya kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia berlegar-legar di tempat itu sebelum menyelinap melalui pintu di belakang kaunter bank.

Dia berpura-pura memeriksa alat pemadam berkenaan sewaktu kakitangan sibuk dan kemudiannya menghampiri bilik kebal.

Sumber - http://www.freemalaysiatoday.com

Sunday 17 September 2017

TRAGEDI TAHFIZ: Sebar maklumat sulit: 13 Anggota dan Pegawai polis diambil keterangan



KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam keterangan 13 anggota dan pegawainya berhubung 'kebocoran' fakta sulit tangkapan dan gambar enam daripada tujuh suspek yang mendalangi kebakaran sebuah pusat tahfiz di Keramat Hujung, Kampung Dato Keramat di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan berhubung perkara itu sudah dimulakan sejak semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Seramai 13 saksi terdiri daripada pegawai dan anggota polis sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya dalam satu kenyataan, tadi.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh terpaksa mempercepatkan sidang media berhubung tangkapan tujuh suspek yang mendalangi kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa.

Sidang media berkenaan yang pada mulanya dijadualkan pada jam 11 pagi hari ini terpaksa dipercepatkan kepada jam 8 malam tadi susulan penyebaran meluas mesej berhubung fakta kes dan gambar suspek yang diklasifikasikan sebagai sulit di aplikasi bual seperti WhatsApp serta di laman media sosial, sejak petang semalam.

Susulan itu, pihak polis menjalankan siasatan terperinci bagi mencari dalang sebenar kepada pembocoran maklumat-maklumat sulit berkenaan.

Amar Singh pada sidang medianya semalam, turut meminta orang ramai supaya berhenti daripada menyebar fakta kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan proses perundangan di mahkamah.

"Mereka yang didapati menyebar maklumat itu boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan," katanya.

Thursday 14 September 2017

TRAGEDI TAHFIZ: PELIK DUA TONG GAS KUNING ADA DI SITU - SAKSI



Kuala Lumpur - Terdapat elemen mencurigakan dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung disini apabila ada mangsa yang terselamat mengatakan bahawa mereka ternampak tong gas kuning diluar bilik asrama.

Seorang warden di tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardi berkata, sebelum tidur pada jam 11 malam, tiada tong gas di luar pintu asrama itu ketika dia melakukan pemeriksaan.

"Ketika kebakaran berlaku saya tidur di tingkat 2, bersama tiga lagi kakitangan dan terdengar bunyi kuat seakan ribut dipercayai kesan dari tong gas yang terbakar.

"Bagaimanapun saya pelik apabila naik untuk cuba menyelamatkan pelajar dan guru saya dapati ada dua tong gas warna kuning di tangga berhampiran pintu bilik asrama," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Tambah Mohd Arif, dia juga pelik bagaimana dua tong gas bewarna kuning itu boleh berada di situ sedangkan empat tong gas pusat tahfiz berkenaan yang berwarna hijau diletakkan di dapur di tingkat bawah.

"Bukan nak kaitkan dengan punca kebakaran yang berlaku tapi berkemungkinan tidak seteruk ini sekiranya tong gas berkenaan tiada di situ," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata hasil siasatan mendapati kebakaran itu bukan berpunca dari litar pintas.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan 'tendang' dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

"Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak," katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap," katanya.

Dalam masa yang sama, beberapa pelajar yang terselamat turut melaporkan ada bau gas ketika kejadian itu berlaku.
Sumber : BH Online

Tiga Lelaki Ditahan Disyaki Terlibat Daesh - KPN


KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia menahan tiga suspek lelaki tempatan disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh di Perak, Melaka dan Selangor pada Jumaat dan Ahad lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tangkapan pertama pada Jumaat (8 Sept) lepas di Bagan Serai, Perak melibatkan seorang suspek berusia 21 tahun yang tidak bekerja dan telah berbaiah serta menyertai kumpulan pengganas itu sejak awal tahun ini.

Beliau berkata suspek juga mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan pengganas Al-Qaeda dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG)

"Suspek juga mengaku pernah mendapatkan tunjuk ajar daripada Dr Mahmud Ahmad (rakyat Malaysia yang telah menyertai kumpulan Daesh di Selatan Filipina) dan seorang pakar bom kumpulan pengganas Daesh dari Arab Saudi untuk menghasilkan 'Improvised Explosive Deivce' (IED) berskala besar.

"Susulan itu suspek juga telah membuat tiga percubaan untuk menghasilkan IED," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Fuzi berkata selain itu suspek juga telah menerima arahan daripada seorang rakyat Malaysia yang merupakan anggota kanan kumpulan Daesh di Syria untuk membeli pistol, Rifle M-16, Rifle AK-47 dan bom tangan dari sebuah negara jiran.

"Ia digunakan untuk tujuan melancarkan serangan ke atas orang-orang bukan Islam dan tempat-tempat ibadat mereka di Malaysia.

"Turut dirampas dalam serbuan di rumah suspek adalah bahan-bahan kimia untuk menghasilkan IED," katanya.

Manakala tangkapan kedua pada Ahad lepas (10 Sept) di Melaka, polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penjual cendol.

"Suspek berkenaan aktif mencetak dan mengedarkan bendera kumpulan pengganas Daesh bagi mempromosikan perjuangan kumpulan pengganas berkenaan," katanya.

Mohamad Fuzi berkata suspek juga merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Selatan Filipina dan kumpulan militan di Rakhine, Myanmar.

Bagi tangkapan ketiga, pada hari yang sama (10 Sept) , polis menahan seorang lelaki berumur 41 tahun dari Petaling Jaya yang bekerja sebagai pemandu bas.

"Suspek merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria pada akhir tahun ini," katanya.

Mohamad Fuzi berkata kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah BAB VIA 'kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

-- BERNAMA

Wednesday 13 September 2017

MYANMAR MESTI HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP ROHINGYA - NAJIB RAZAK


WASHINGTON DC: Malaysia dan Amerika Syarikat mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap kaum Rohingya dan membenarkan bantuan sampai kepada mangsa.

Presiden Donald Trump dan Datuk Seri Najib Razak mahu krisis kemanusiaan yang menyayat hati yang menjadikan kaum Rohingya sebagai sasaran kekejaman dihentikan segera.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan Perdana Menteri dengan Trump semalam, mereka sependapat perlu ada kerjasama kukuh membabitkan masyarakat antarabangsa bagi menangani keganasan terhadap ribuan mangsa, termasuk yang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Sementara itu, seperti yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia, Najib berkata beliau telah membawa isu itu dalam pertemuan dengan Trump semalam.

Perdana Menteri berkata, Trump berkongsi kesedihan beliau dalam isu itu dan masing-masing mahu ia dihentikan.

Katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak AS, tetapi kemungkinan besar akan ada bantuan kemanusiaan dihulurkan bagi membantu kesengsaraan Rohingya yang dunia tidak boleh abaikan begitu sahaja.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Forum Banyan Tree Leadership di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CISS), di sini tengah hari waktu tempatan hari ini.

Acara dianjurkan bersama oleh CSIS dan Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).Ia dihadiri oleh sarjana, ahli akademik, pemikir, penggubal dasar dan pegawai kanan kerajaan.

- BERITA HARIAN -

Wednesday 6 September 2017

KENA SAMAN 'TINTED' GELAP, TAPI POST GAMBAR LAIN UNTUK FITNAH PDRM ???



Beberapa 'Printcreen' menjadi tular sejak pagi.. Apabila seorang pemandu post gambar kertas saman yang diterima dengan caption kononnya itu perbualan dia dengan anggota Polis Trafik terbabit. (Seperti gambar di bawah)

https://scontent-kut2-1.xx.fbcdn.net/v/t34.0-0/p280x280/21442018_1761535070541405_1168730444_n.png?oh=8c59aa1f42a4d48f9ab6967a594a1f48&oe=59B2B2DD

Dalam posting yang dibuat pemandu berkenaan kepilkan juga gambar 'sun shade' atau penghadang cahaya mudah alih sekali dengan gambar kertas saman yang tertera kesalahan 'Menampal sesuatu pada cermin. (Seperti gambar di bawah)





Sebagai orang awam sudah tentunya akan percaya dengan apa yang dikongsi oleh pemandu berkenaan. Maka ramai lah yang akan marah dan pertikai "Lorh.. letak sun shade pun nak saman ke" ??

Tapi gambar seterusnya membuktikan perkara sebenar. Bak kata orang. "Tak payah nak menipu lah, kebenaran akan muncul juga akhirnya". Jelas gambar itu menunjukkan cermin kereta yang disaman menggunakan 'tinted' gelap. Kantoi..!!


Apa pun Tahniah diucapkan kepada Anggota Trafik yang bertindak tegas mengeluarkan saman terhadap pemandu terbabit. Kalau rasa tak puas hati lawan lah di Mahkamah, tak perlu lah malukan PDRM macam tu sekali..  Akhir kata dari Admin.. Jangan ingat Polis Bodoh...

** FAKTA

Kesalahan 'tampal sesuatu pada cermin' ada dinyatakan dalam *Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 PU(A) 39/91 - 004(B)* yang menyatakan suatu tirai, bidai atau bahan-bahan lain diletakkan pada cermin kenderaan yang boleh melindungi bahagian dalam kederaan adalah satu kesalahan.

Tuesday 5 September 2017

Khalid Abu Bakar dilantik pengerusi Prasarana, Duta Khas


http://media.themalaymailonline.com/uploads/articles/2017/2017-08/170816IGPKhalid01.jpg

KUALA LUMPUR
: Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.

Menurut laporan Bernama, pelantikan itu diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.

Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Khalid ekoran persaraan wajib beliau.

Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Wednesday 16 August 2017

Penganjur Nothing To Hide 2.0 Akan Dikenakan Tindakan – Khalid Abu Bakar



Penganjur program Nothing To Hide 2.0 akan dikena tindakan undang-undang kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur program tersebut tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain memandangkan program itu adalah di bawah tanggungjawab mereka.

“Mereka mahu salahkan parti politik lain itu kita tidak mahu masuk campur, namun apabila mereka menyalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu tidak masuk akal.

“Peguam mereka yang bijak pandai ramai, bacalah semula semua 10 syarat di bawah Seksyen 25 APA 2012, sekarang sudah jadi masalah seperti ini, mereka jangan mereka boleh terlepas,” katanya dalam sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sini.

Dalam perkembangan yang sama, Khalid turut mengesahkan tangkapan berhubung kekecohan yang berlaku ketika program itu pada Ahad lalu setakat ini adalah 13 orang.

Monday 14 August 2017

21 ahli kongsi gelap Geng 04 didakwa. Syabas PDRM !


21 ahli kongsi gelap Geng 04 India didakwa

GEORGE TOWN
: Seramai 21 ahli kongsi gelap  Geng 04 India termasuk seorang remaja berusia 17 tahun  didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 57 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Sementara seorang lagi didakwa di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana sedang menerima rawatan.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 India antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai 2017.

Mereka didakwa mengikut Sub Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala hanya 12 tertuduh diwakili peguam.

Norsalha kemudiannya menetapkan  tarikh 14 September depan sebagai sebutan semula kes.
Kesemua  tertuduh juga tidak dibenarkan diikat jamin. 

Wednesday 9 August 2017

BAPA TAK GUNA ROGOL,LIWAT ANAK KANDUNG DIDAKWA



PUTRAJAYA 9 Ogos – Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini atas 182 tuduhan melibatkan kesalahan rogol, liwat, amang seksual fizikal dan penganiayaan seks terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang tidak dibenarkan bebas de­ngan jaminan bakal didakwa di mahkamah yang sama terhadap baki lebih 400 pertuduhan meliwat anak sulungnya itu, esok.

Pada prosiding hari ini, tertuduh (namanya dirahsiakan oleh mahkamah) meminta dibicarakan atas satu tuduhan merogol, satu tuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan amang seksual fizikal (sentuhan seksual secara fizikal) dan 150 tuduhan meliwat mangsa.

Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh-tarikh berlainan pada sebelah pagi, petang dan malam.
Advertisement

Kesalahan liwat didakwa dilakukan setiap hari, tiga kali sehari sepanjang bulan Mac dan pada 1 Januari lalu dan 19 Januari lalu, waktu yang sama sementara tuduhan amang seksual fizikal didakwa dilakukan di antara 11 Julai dan 20 Julai lalu di rumah berkenaan juga pada waktu pagi, petang dan malam.

Tuduhan penganiayaan seks didakwa dilakukan di antara 1 Ja­nuari lalu dan 21 Julai lalu di tempat yang sama manakala kesalahan rogol pula didakwa dilakukan pada pukul 2 petang, 21 Julai lalu.

Setiap satu tuduhan dibaca secara berturut-turut oleh jurubahasa, Nur Azera Zulkefli pada prosiding yang bermula pukul 2.50 petang dan berakhir kira-kira pukul 6 petang.

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan permohonan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin untuk menangguhkan prosiding hingga esok kerana terdapat sejumlah pertuduhan yang belum didaftarkan serta permohonan pendakwaan agar tertuduh dilarang diikat jamin.

Sebelum itu, Nordalina berhujah agar mahkamah tidak membebaskan tertuduh dengan jaminan kerana dikhuatiri lelaki itu akan melarikan diri dan tidak hadir pada prosiding perbicaraan.

Hujah beliau, pertuduhan yang dihadapi tertuduh adalah serius melibatkan anak kandungnya yang masih di bawah umur dan lelaki itu ditangkap di rumah yang sama didiami mangsa.

“Jika jaminan dibenarkan, dikhuatiri tertuduh akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan terutama mangsa dan ibu mangsa kerana laporan polis dibuat oleh wanita tersebut,’’ hujahnya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menyara ibu bapa di kampung manakala bapanya menjalani rawatan dialisis selain mempunyai hutang kenderaan untuk dibayar dengan pendapatan yang tidak menentu.

Akhbar melaporkan dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersamanya ekoran perceraian dengan isteri. Dua adik perempuan dipelihara oleh ibu mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/182-tuduhan-bapa-liwat-rogol-anak-1.513306#ixzz4pK89mEyD
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday 4 August 2017

AKSI VAT69 DAN UTK PDRM


LATIHAMAL EX-RIMAU: DATARAN KAWAD MAKTAB PDRM ‘BERGEGAR’
Cheras, 3 Ogos 2017 – Selepas lima siri latihan yang diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara, Latihamal Ex-Rimau Sukan SEA 2017 mengakhiri ‘ledakannya’ di Dataran Kawad Maktab Polis Diraja Malaysia (MPDRM) dekat sini, petang tadi. Lebih lanjut SINI