Friday 31 March 2017

NETIZEN TEGUR PERUT NAJIB BOROI, PM JAWAB APA ?



"Perot tu cover sikit" ini adalah petikan tweet dari seorang Netizen bernama Shameer Shaari dalam reply kepada tweet bergambar oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak semalam.

Sebelum itu Perdana Menteri membuat tweet tanda syukur apabila 9 rakyat Malaysia selamat kembali ke tanah air selepas ditahan oleh Korea Utara dari meninggalkan negara mereka. "Berbual dengan Mohd Azrin,pegawai kedutaan malaysia di Korea Utara yang selamat tiba di Malaysia pagi tadi bersama 8 yang lain. Alhamdulillah semua sihat & selamat" kata Perdana Menteri dalam tweet beliau.


Tweet yang mendapat 1279 kali 'retweets' itu secara spontan dibalas seorang pengguna twitter bernama Shameer Shaari berbunyi "Perot tu cover sikit" merujuk kepada gambar Perdana Menteri yang sedang dalam perbualan telefon.


Tweet Shameer pula mendapat sebanyak 1854 kali 'retweets. Jadi lebih menarik apabila Perdana Menteri membalas tweet Shameer tadi dengan berkata "Kurang masa nak buat workout" dan tweet itu mula 'Viral' di media sosial apabila mendapat sebanyak 5582 kali 'retweets'.


"Sporting habis lah PM kita reply tweet followers di twitter" kata sedara Yuseri Yusoff dalam ruang comment posting printscreen oleh rakannya di Facebook.

"Untonglah PM balas tweet kau, famos lah kau lepas ni" Kata Mr. Praba di laman sosial.

"Saya pun mau PM reply tweet juga, lepas ni saya tweet PM banyak-banyak" kata sedara Richie Huan dalam WhatsApp group bersama Admin.
--------------------------


Thursday 30 March 2017

9 RAKYAT MALAYSIA DI KOREA UTARA KEMBALI DENGAN SELAMAT. APA RAHSIANYA ???





RESPECT MY NATION

Sunyi sepi 'newsfeed' selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa kesemua tahanan Malaysia di Korea Utara telah selamat pulang ke tanah air semalam. Mungkin sebab semua pakar-pakar geopolitik/ diplomasi/ perisikan/ ketenteraan sudah menukar kerjaya menjadi pakar RUU, pakar nasi lemak dan pakar buku haram.

USA guna masa 444 hari utk menyelesaikan krisis tebusan Kedutaan USA di Iran. Malaysia hanya guna masa 24 hari. Tak nak puji, tak apa lah.

Apa? Korea Utara tidak seganas Iran? Habis itu, apa yang anda risau sangat sampai meroyan dan melatah di media sosial?

Untuk mengelakkan kejahilan yang sama dari berulang pada masa hadapan, suka cita saya ingin memperingatkan balik anda tentang poin-poin utama isu ini:

Pakar ketenteraan kata, Malaysia tidak wajar mencabar Korea Utara sebab mereka mempunyai peluru berpandu/misil. Kalau tidak mahu diserang nuklear, baik kita diam dan ikut sahaja kehendak mereka.

Saya kata, baik kita memahami motif Korea Utara membangunkan senjata nuklear terlebih dahulu. Itu adalah aset yang paling strategik bagi Korea Utara. Korea Utara tidak membangunkan misil dan nuklear untuk menyerang orang lain, tetapi sebagai 'deterrent' untuk mencegah serangan orang lain. Ia akan hilang nilai strategiknya saat ia mencetuskan perang. Menyerang Malaysia guna peluru berpandu adalah perkara yang paling bodoh boleh Korea Utara lakukan, dan Korea Utara tidak bodoh.

Pakar geopolitik kata, ini adalah rancangan jahat untuk melaga-lagakan Korea Utara dan Malaysia, supaya Malaysia memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan menyertai pakatan USA-Korea Selatan untuk memerangi Korea Utara-China-Rusia. 'World War 3' akan bermula. Silap besar Malaysia memperbesarkan hal ini. Malaysia termasuk jerat USA-Korea Selatan.

Saya kata, geopolitik dunia sekarang tidak sama dengan era Perang Dingin yang mempunyai pakatan yang 'rigid'. China tidak sanggup berperang dengan USA demi Korea Utara. USA tidak ingin menghapuskan Korea Utara dan lebih selesa dengan status quo (dua Korea). Rusia tidak mahu bercampur tangan. Kedinamikan sebegini memberi kelebihan kepada Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa di antara Malaysia dan Korea Utara, Malaysia akan disokong oleh semua aktor utama yakni USA, China, Rusia dan Korea Selatan. Korea Utara akan dipulaukan. Usaha Malaysia untuk berbaik-baik dengan semua negara akhirnya 'paid off'.

Pakar diplomasi kata, Malaysia tidak patut berkeras dengan Korea Utara. Simpan 'persona non grata' itu, 'slow talk'. Bagi sahaja apa yang Korea Utara minta.

Saya kata, kalau menyerahkan mayat Kim Jong-Nam macam itu sahaja, jangan mengadu nanti orang menjadikan Malaysia sebagai hab membunuh musuh politik. Kan senang, bunuh dan bawa balik, 'hassle-free'.

Ketegasan ('assertiveness') juga sebahagian daripada diplomasi. Diplomasi bukan hanya berlemah lembut atau 'slow talk' saja. Diplomasi umpama tarik tali atau gusti lengan, ia merupakan pertarungan untuk melihat siapa yang lebih cepat menyerah kalah ('back down'). Lagi cepat kita mengalah, lagi kurang 'leverage' kita dan hasil tidak akan memihak kepada kita. Pihak lawan kita akan lebih menghormati kita kalau kita bertegas.

Negara seperti Korea Utara lebih suka rundingan di belakang tabir, sebab mereka sangat sensitif pasal imej. Rundingan di belakang tabir mesti melibatkan 'give and take'. Usah menimbulkan soal 'jual negara'. Diplomasi tidak jauh berbeza dengan 'buat deal'. Jangan berfikir secara 'zero-sum' (you win, I lose; I win, you lose). Kompromi adalah cara untuk mencapai 'win-win'. Korea Utara boleh buat 'deal' dengan USA, takkan tak boleh dengan Malaysia?

Pakar perisikan kata, ini sebenarnya rancangan Kerajaan untuk memenangi PRU sahaja.

Saya kata, anda belok ke kanan, kemudian jalan terus, lepas itu belok ke kanan lagi. Ada nampak longkang tak. Mohon terjun ke dalam.

Ini bukan 'blind patriotism'. Anda boleh benci PM semahunya, tetapi Korea Utara tidak kisah anda Barisan atau Pakatan, mereka cuma ingat Malaysia senang dibuli dan senang digertak. Mata seluruh dunia tertumpu ke apakah 'next move' Malaysia. Silap langkah, maka kedudukan antarabangsa Malaysia akan berubah buat selama-lamanya. Tak bolehkah anda simpan sinisme dan buruk sangka, dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang berada di barisan terdepan?

Rakyat Malaysia sudah berjaya diselamatkan, dengan penuh hormat. Cabaran yang seterusnya adalah untuk memulihkan kepercayaan antara Korea Utara dan Malaysia kembali ke tahap sebelum krisis.

30 Mac 2017, dunia akan ingat, 'Malaysia is a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it’.

Dipetik dari Facebook -
Ayman Rashdan Wong
Sumber Gambar: Reuters
----------------------------

PDRM antara badan keselamatan terbaik dunia - Tengku Adnan



KUALA LUMPUR
: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memuji keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap sebagai antara badan keselamatan terbaik di dunia.

Beliau berkata kecemerlangan PDRM boleh dilihat melalui peranannya memastikan keamanan dan keselamatan negara hingga boleh dinikmati rakyat melalui kehidupan seharian.



"Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memperkecilkan PDRM sangat tidak wajar, banyak jasa polis kepada rakyat untuk memastikan keamanan khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ini terkawal.

"Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada polis atas bakti mereka dalam memelihara keamanan sejagat," katanya ketika berucap dalam program Jalinan Mesra sempena Peringatan Hari Polis ke-210 Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Penasihat Pembangunan dan Iktisas di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Tengku Adnan berkata bagi menghargai PDRM, kementeriannya sedia menawarkan pelbagai kemudahan antaranya memberi keutamaan kepada anggota polis dalam projek perumahan kos rendah dan mampu milik seperti Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

"Projek-projek ini mendapat sambutan hangat apabila banyak unit terjual tetapi difahamkan kurang permohonan daripada badan-badan beruniform seperti polis.

"Saya menyeru agar semua anggota polis untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut," katanya.

Beliau berkata kementeriannya menerusi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan memperkasakan kerjasama dengan PDRM khususnya bagi membanteras jenayah di 'kawasan panas' sekitar ibu negara.

-- BERNAMA

Gambar sekitar majlis di IPK Kuala Lumpur








-------------------------------------

Tuesday 28 March 2017

Anak Polis Yang Ditangkap SPRM Buat Laporan, SPRM Aibkan Ayahnya


Masih lagi cerita anggota polis yang ditangkap SPRM tempoh hari dan kali ini anak kepada salah seorang daripada anggota polis tersebut telah membuat laporan polis kerana tidak puas hati terhadap tindakan pegawai SPRM tersebut.

Baca :  Anggota SPRM Yang Menangkap Anggota PDRM Membalas Dendam Lama Terhadap PDRM?

Seorang perempuan yang merupakan anak kepada anggota polis iaitu Sarjan Mohamad Esri Ahmad terkejut membaca berita mengenai ayahnya di internet dan melihat gambar dua anggota polis sedang dicekup kolar dan bergari.


Dia mendakwa salah seorang daripada anggota polis dalam gambar tersebut adalah ayahnya dan dia tidak berpuas hati kerana gambar tersebut telah diambil daripada kereta jenis Hilux bewarna hitam dan mengesyaki milik pegawai SPRM.

Tujuan pengadu membuat laporan polis untuk merujuk kepada pihak berkuasa mengenalpasti orang yang bertanggungjawab mengambil serta menyebar gambar tersebut kerana telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan keluarga pengadu serta ingin menjaga imej Polis Diraja Malaysia.

Gadis berusia 20 tahun itu membuat laporan polis atas tujuan supaya pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab mengambil gambar dan menyebarkannya kerana telah mengaibkan keluarganya serta mencemarkan imej PDRM.

Sumber: http://www.tehpanas.com



Anggota SPRM Yang Menangkap Anggota PDRM Membalas Dendam Lama Terhadap PDRM?



Di sebalik penangkapan anggota PDRM oleh anggota SPRM semalam banyak menimbulkan spekulasi apabila gambar dua anggota polis digari oleh individu yang hanya berpakaian awam, tidak berpakaian lengkap seperti anggota SPRM.

Menurut sumber yang kami perolehi, salah seorang daripada anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu ada mempunyai ‘kenangan silam’ dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Anggota SPRM iaitu Mohd Edzwan Bin Mohd Jadi salah seorang daripada anggota SPRM yang bertanggungjawab menangkap dua anggota PDRM didakwa seolah-olah membalas dendam lama terhadap PDRM yang pernah menangkapnya 7 tahun yang lepas. (lihat gambar laporan polis di bawah)
Mohd Ezwan telah ditangkap oleh pasukan polis bahagian Narkotik Bukit Aman di salah sebuah pusat hiburan di Klang Lama, Kuala Lumpur bersama 72 orang yang didapati positif mengandungi dadah apabila saringan awal air kencing dijalankan ke atas mereka.

Masa tu Mohd Edzwan seorang pelatih kursus dalam SPRM dan belum lagi menjadi seorang anggota SPRM. Hebat juga, dalam menjalani kursus pun boleh keluar pergi pub dan hisap dadah ye…



Bukan itu sahaja, Mohd Edzwan juga mempunyai 4 kesalahan lampau bekenaan dengan lalulintas sekitar Putrajaya dan ibu negara. Catcha!

Sumber - http://www.tehpanas.com
Artikel berkaitan - Anak Polis Yang Ditangkap SPRM Buat Laporan, SPRM Aibkan Ayahnya

Sunday 26 March 2017

DAH KENA CEKUP BALIK



Seremban: Tahanan lelaki yang lolos dari lokap Kompleks Mahkamah Seremban, pada 10 Mac lalu, sudah ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata lelaki 29 tahun terbabit ditahan di Taman Bukit Kelisa, di sini, pada 9.15 malam.

"Siasatan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengesan suspek bersembunyi di rumah, melakukan serbuan dan menahannya.

“Suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini. 


Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, suspek melarikan diri dari lokap berkenaan dan disedari hilang oleh anggota pengiring ketika mahu membawa suspek ke penjara, pada kira-kira 10 pagi, 10 Mac lalu.

Suspek dibawa ke mahkamah itu untuk tahanan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun.


Sumber Facebook - Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Monday 20 March 2017

UNSUNG HERO: Kaki koperal patah tiga dirempuh kereta suspek



Johor Bahru: Seorang koperal polis berusia 33 tahun, patah kaki, manakala tulang pinggulnya teralih akibat dirempuh kereta dipandu seorang suspek yang cuba melarikan diri di Jalan Pasir Gudang, Johor Bahru, petang semalam.

Kaki kiri Johar Bagini dari Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) patah di tiga tempat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang ketika dua anggota polis dari IPD Seri Alam menjalankan tugas rondaan di kawasan Pasir Gudang dan apabila tiba di Jalan Perak, terserempak dengan sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek memecut kereta dan memandu laju secara melulu yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain selepas polis mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.

"Ketika dikejar, suspek menyembur minyak diesel ke arah kereta MPV polis menggunakan hos yang disambung kepada dua tong dram besar berisi minyak diesel yang berada dalam kereta diubah suai bahagian dalamnya," katanya.

Menurutnya, ketika suspek memandu melalui Jalan Pasir Gudang menghala Taman Johor Jaya, empat orang anggota polis dalam dua kereta peronda MPV membuat sekatan lalu lintas untuk membantu menahannya namun suspek terus memecut memotong kenderaan lain dan dengan laju, merempuh seorang anggota polis peronda MPV yang berada di tepi jalan.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke bahagian hadapan kereta suspek apabila mendapati dirinya terancam.

“Tembakan itu tidak mengenai suspek dan dia memandu laju ke arah Johor Jaya dengan dikejar MPV Polis Seri Alam," katanya.

Jokhiri berkata, apabila tiba di satu persimpangan di Jalan Rosmerah 2/11, Taman Johor Jaya, berhampiran sebuah bank, berlaku kemalangan antara kereta suspek dengan kereta peronda MPV yang mengejarnya.

Katanya, kedua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan dan terhenti.
"Dalam situasi cemas, suspek yang agresif dan tidak terkawal, meluru ke arah anggota polis sambil memegang batang besi menyebabkan kita terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek yang mengenai pinggangnya,” katanya.

Menurut Jokhiri, suspek yang terkena tembakan masih boleh bergerak dan mampu berlari untuk meloloskan diri, namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.
Katanya, suspek yang berusia 30 tahun itu didapati menggunakan kereta curi dengan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan hilang di Tampoi, Skudai.

"Suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk tiga kes dadah.
"Dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Sunday 19 March 2017

POLIS BUAT APA DEPAN RUMAH ORANG ???


Kalau tiba-tiba kereta peronda Polis berheti depan rumah.. Pertama sekali apa yang kita fikir?
"Apa hal orang sebelah tu? Dia buat apa sampai Polis datang rumah?"
"Ermm.. Buat hal lah tu, sampai Polis datang nak cekup dia dekat rumah?"

Itu antara persepsi masyarakat kita.. Memang susah nak ubah, sebab orang kita ni lebih suka pada persepsi dari reality.. Suka pada yang separuh benar dari FAKTA Sebenar..

Rupa-rupanya ada kisah disebalik gambar viral' Anggota Polis berada di depan rumah orang pada waktu malam..

Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini  -> http://tshirtfopdrm2.wasap.my/  -(011-32339588)

...............

"Assalamualaikum.. cik.. cik.. gate tak tutup ni.. jaga jaga ya.. orang nak buat jahat tak kira siang malam sekarang.."

Pesan abang Polis tu..

Saya dengar orang bagi salam berkali kali dan ketuk gate.. ingatkan orang sebelah.. bila selak langsir nampak lampu kereta peronda.. saya terus ambil phone dan snap gambar ni..

Kalau sebelum ni saya selalu baca orang kata, polis meronda di kawasan perumahan orang kaya je.. sekarang terbukti dakwaan tu silap..

Mereka jalankan amanah dan beri khidmat tanpa pilih kasih.. Sempat saya sembang2 dengan abang Polis tu.. Beliau pun ada tanya saya beberapa soalan.. Biasalah Polis kan.. hehe..

Sempat juga beliau beri saya beberapa nasihat dan tips keselamatan.. peramah betul orangnya.. memang betul betul "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"

Terima kasih encik Farid dan Ridhuan peronda dari Balai Polis Putra Perdana buat rondaan di kawasan taman kami. SALUTE 😉😉
**Berapa ramai yang berani SHARE kebaikan PDRM ni? 😊

Dipetik dari Facebook - Zaparudin Abdul Rahim
Dikongsi oleh Facebook - Friends Of PDRM

Wednesday 8 March 2017

5 DIDAKWA AKIBAT LAPORAN POLIS PALSU

KULAI: Lima termasuk dua wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu mendakwa disamun dan diragut.

Tertuduh, Lam Jun Hua, 23; C Rajeswary, 27; Anchai Panting, 28; Mohd Iman Zikri Abdullah, 20 dan C Thilagam, 32, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 masing-masing kepada Jun Hua, Anchai dan Mohd Iman Zikri, manakala Rajeswary dan Thilagam dihukum denda RM1,500 setiap seorang.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kelima-lima tertuduh membuat laporan polis secara berasingan di Balai Polis Senai dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini antara 19 Februari hingga 2 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farhana Adham, manakala tertuduh diwakili peguam Harryzan Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

- BERITA HARIAN -

Tuesday 7 March 2017

BR1M: Pemohon Gagal Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei

PEMOHON Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya pada 31 Mei ini.

Permohonan rayuan berkenaan akan dibuka bermula 3 April ini dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.

Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my. sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:
i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. – MYNEWSHUB.CC

Wednesday 1 March 2017

1 Mac Kekal Jadi Sejarah Hitam Sabah



Insiden pencerobohan Tanduo Lahad Datu


Tanggal 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya. 
 
Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.
 
Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.
 
Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara. Dua hari selepas kira-kira 120 pengganas itu mendarat di Kampung Tanduo, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu berkenaan. 
 
Toleransi Malaysia jelas terbukti kerana tetap berunding dan “berlembut” dengan kumpulan itu yang enggan berganjak sekalipun tempoh mereka diminta meninggalkan Malaysia berakhir pada 26 Feb.
 
Tiga hari kemudian pada hari Jumaat, bumi Kampung Tanduo dibasahi darah apabila tercetus pertempuran antara pasukan polis dan pengganas yang mengorbankan dua anggota komando polis VAT 69, Insp Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud. 
 
Pertempuran itu juga meragut nyawa 12 pengganas. Keesokannya, enam lagi anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna. 
 
Kejadian jam 8 malam itu turut membunuh enam anggota pengganas. Tersentak dengan keganasan yang dipamer oleh kumpulan militan itu, Perdana Menteri mahu gerakan ofensif besar-besaran dilancar, dan pada 5 Mac pasukan keselamatan negara menggempur kubu mereka dengan serangan udara dan darat menerusi Ops Daulat. 
 
Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia sedar ramai penduduk Sabah ialah etnik Suluk dan pada 7 Mac Najib tiba di negeri itu dan bertemu dengan pemimpin komuniti berkenaan bagi menyatakan kerajaan tidak sangsi akan kesetiaan mereka kepada negara. 
 
Dalam sidang media sempena lawatannya itu Najib juga mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
 
Ini disusuli dengan penubuhan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai landasan perundangan kepada ESSCOM. 
 
Ops Daulat turut menyaksikan penangkapan beberapa individu yang didapati bersekongkol dengan kumpulan pengganas terbabit selain anggota militan itu sendiri yang keluar daripada persembunyian selepas digempur. 
 
Pada 21 Mac, lapan rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. 
 
Sehingga tarikh itu juga 443 orang dilapor ditahan kerana memasuki zon merah kawasan Ops Daulat dan pelbagai kesalahan manakala 173 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 
 
Sebagai menghargai pengorbanan wira-wira yang gugur, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat kepada mereka. Insp Zulkifli dinaikkan pangkat kepada ASP dan Sabaruddin kepada Sarjan. 
 
Enam lagi ialah Supt Ibrahim Lebar (ACP), ASP Michael Anak Padel (DSP), Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan Mejar), Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal), Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar) dan Koperal Salam Tugiran (Sarjan). 
 
Dua anggota ATM yang terkorban iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur semasa pertempuran dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, masing-masing dinaikkan pangkat Koperal. 
 
Perdana Menteri menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar. 
SEDEKAH AL-FATIHAH kepada perajurit yang terkorban

Sumber: https://www.sayangsabah.com/1-mac-kekal-jadi-sejarah-hitam-sabah/