Sunday 29 November 2015

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016


JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

“Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

“Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

“Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

“Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

“Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

“Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

“Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

“Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya,” titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Friday 27 November 2015

Calon SPM ragut wanita dicekup




Shah Alam: Remaja lelaki yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis selepas terjatuh dilanggar wanita yang diragutnya, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal terkejut apabila beg yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berang dengan tindakan suspek, mangsa kemudian melanggar motosikal suspek selepas mengejarnya kira-kira 100 meter.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terjatuh dan seorang daripada mereka yang berusia 17 tahun ditahan orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian manakala seorang lagi melarikan diri.

"Suspek kemudiannya diserahkan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang dimaklumkan kejadian dan semakan mendapati motosikal Yamaha Legenda yang digunakan mereka dilaporkan hilang di Seri Muda, Seksyen 25, Isnin lalu.


ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf
ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis
ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf

Wednesday 25 November 2015

Remaja dirogol, dilarikan diselamatkan pelanggan restoran



KUALA LUMPUR: Detik hitam dialami seorang gadis berusia belasan tahun, dirogol dan disamun tiga lelaki yang melarikannya di Cheras, Sabtu lalu, berakhir apabila diselamatkan sekumpulan pelanggan sebuah restoran.

Mangsa dari negara jiran yang juga pekerja sebuah salun rambut di Cheras, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas meminta bantuan pelanggan sebuah restoran di Balakong, Kajang, selepas kereta Proton Gen 2 dipandu suspek berhenti kerana kehabisan minyak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rotzarn Rashid, berkata dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras, di sini, menuju ke tempat kerja.

"Ketika sedang berjalan kaki, wanita terbabit didatangi seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak yang secara tiba-tiba memegang tangan dan memaut leher serta mengugut mangsa mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dinaiki dua lagi rakannya sebelum membawa mangsa mengelilingi kawasan perumahan di sekitar Cheras dan Balakong," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang suspek yang tempat duduk belakang, membuka baju dan seluar mangsa sebelum merogolnya.
Rotzarn berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 24 itu juga sudah ditahan, selepas mereka turut dipukul orang awam sejurus mangsa meminta bantuan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 395 kanun atas kesalahan melakukan samun.

Sementara itu, video rakaman suspek ditahan orang awam serta gambar mangsa, dikesan mula tersebar dalam laman media sosial Facebook, sejak kelmarin.

Sunday 22 November 2015

Anak perempuan tikam bapa kerana tak restui hubungan sejenis



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris maut selepas ditikam oleh anak perempuannya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang di sini kira-kira 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika hubungi memberitahu kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, sejurus selepas kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Wednesday 18 November 2015

ANGGOTA POLIS PARAH TERGELINCIR DARI TINGKAT 3

ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. - Foto Ihsan Pembaca

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98036
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. - Foto Ihsan Pembaca

GEORGETOWN: Seorang polis berpangkat Lans Koperal parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di Jalan Lone Pine, Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azrell Zainal Abidin, terjatuh akibat tergelincir ketika cuba memasuki rumahnya.

Sumber berkata, mangsa cuba memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam kediamannya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal mengimbangkan badannya dan tergelincir ketika berbuat demikian.
"Mangsa memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal kunci di dalam rumahnya, selain isterinya sedang berkursus di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mengesahkan kejadian terbabit.

Friday 13 November 2015

TEMUDUGA TERBUKA, KONSTABEL LELAKI - ZON SABAH (2015)



Calon-calon yang TELAH MENDAFTAR melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh menghadirkan diri ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan bagi menjalani UJIAN FIZIKAL dengan - Berpakaian Sukan (Seluar Panjang Sukan, TShirt Berkolar dan kasut sukan)

Kesemua calon juga dikehendaki membawa DOKUMEN ASAL dan peralatan berikut semasa menjalani ujian -

1. Kad Pengenalan Asal dan 1 Salinan
2. Sijil Kelahiran Asal dan 1 Salinan
3. Sijil SPM asal dan 1 salinan (Slip tidak diterima)
4. Sijil berhenti sekolah dan 1 salinan
5. Surat atau lain-lain sijil penghargaan dan 1 salinan
6. 1 Salinan Kad pengenalan Bapa, 1 Salinan Sijil Kelahiran Bapa atau Sijil Kematian Bapa
7. 1 Salinan Kad pengenalan Ibu, 1 Salinan sijil kelahiran ibu atau Sijil kematian ibu
8. 1 Keping gambar terkini berukuran pasport
9. Pen ball-point (Dakwat hitam), Liquid paper serta gam
10. Seluar Pendek bagi pemeriksaan Fizikal


- Calon yang hadir WAJIB membawa segala DOKUMEN ASAL dan keperluan di atas dan berada di lokasi Ujian Fizikal pada jam 7:15 pagi

TARIKH DAN LOKASI UJIAN FIZIKAL PENGAMBILAN JAWATAN KONSTABEL

ZON 1 - SABAH (A)
TARIKH: 5 HINGGA 18 NOVEMBER 2015

(TERMASUK SABTU DAN AHAD, KECUALI JUMAAT DAN CUTI UMUM)TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN (IPK) SABAH

ZON 2 - SABAH (B)
TARIKH: 5 HINGGA 18 NOVEMBER 2015
(TERMASUK SABTU DAN AHAD, KECUALI JUMAAT DAN CUTI UMUM)
TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) TAWAU


NOTA:

SILA CETAK SALINAN SLIP PENDAFTARAN SPA

- Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

- Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

- Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah memohon secara online melalui PORTAL SPA di www.spa.gov.my

Tanah Runtuh: Pemandu Lori Naik Angin, Rempuh Palang Plaza Tol

lori

>> Anggota polis membuat kawalan di plaza tol Bentong selepas sekumpulan pemandu lori bertindak berhimpun dan meminta polis membuka laluan kepada mereka setelah Lebuhraya Karak ditutup akibat tanah runtuh, Rabu. -fotoTHESTAR/Low Boon Tat

KARAK: Seorang pemandu lori ditahan kerana merempuh palang di plaza tol Bentong di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohd Nor berkata, kira-kira 25 pemandu lori bertemu dengan polis kira-kira pukul 1 tengahari Jumaat, meminta izin supaya mereka dapat melepasi palang tersebut.

Polis, bagaimanapun memberitahu mereka keadaan lebuhraya masih tidak selamat.

Pemandu-pemandu itu marah dan mengugut untuk melanggar palang tol.

Mengabaikan arahan polis, salah seorang daripada pemandu memutuskan untuk merempuh palang plaza tol pada pukul 2.15 petang Jumaat.

Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian ditahan polis pada pukul 2.25 petang.

Dia ditahan di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Pada Rabu, banjir lumpur berlaku pada pukul 6.30 petang berhampiran Lentang-Bukit Tinggi mengakibatkan sebahagian daripada lebuhraya tidak boleh ditutup untuk laluan awam.

Tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori terkandas di tempat kejadian.-MS.

Monday 9 November 2015

BUAYA DI PORT DICKSON, BERITA PALSU !



PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menafikan dakwaan kehadiran buaya sepanjang kira-kira tiga meter di kawasan pantai di Batu 5, Jalan Pantai di sini, yang menjadi viral di laman sosial, sejak semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat, berkata maklumat serta gambar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu dan boleh menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat setempat dan pengunjung.

"Kita dapati gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di luar negara. Siasatan kita dapati tiada mana-mana pihak dapat mengesahkan kehadiran buaya di pantai Port Dickson.

"Kita dimaklumkan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan pihak yang terbabit memulakan dan menyebarkan dakwaan ini," katanya di sini, hari ini. Katanya, pengunjung tak perlu risau dan boleh terus mengunjungi dan beriadah di pantai seperti biasa.