Thursday 29 December 2016

Datuk Seri Jamal langgar undang-undang - Ketua Polis Selangor






AMPANG JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, seharusnya menggunakan saluran betul seperti menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa tempatan sesebuah daerah berhubung aktiviti premis perjudian yang wujud di sekitar Selangor.

Ini kerana tindakan melakukan pemeriksaan dan serbuan tanpa kebenaran adalah melanggar undang-undang jika pemilik premis tampil membuat laporan, selain turut mengancam keselamatan Jamal dan pengikutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata tindakan Jamal itu melanggar undang-undang ditetapkan iaitu melakukan pencerobohan ke atas sesuatu tempat. "Jika pemilik sesebuah premis membuat laporan, Datuk Seri Jamal boleh dikenakan tindakan atas kesalahan berkenaan.

"Dia mungkin mempunyai niat yang baik untuk mendedahkan kegiatan judi dan maksiat serta pusat hiburan haram sekitar Selangor, namun gunakanlah saluran yang betul," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, Jamal boleh membuat laporan polis berhubung aktiviti seperti ini jika berpendapat tindakannya untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, tidak dilayan.

"Saya bimbang juga kerana aktiviti mesin judi mempunyai rangkaian dengan elemen kongsi gelap dan ini boleh membahayakan dirinya sendiri," katanya. Abdul Samah bagaimanapun ingin melihat secara terperinci mengenai dakwaan Jamal bahawa terdapat sekurang-kurangnya lebih 400 premis perjudian di sekitar daerah Ampang Jaya sahaja.

- Berita Harian -

Sunday 13 November 2016

MAUT KEMALANGAN SELEPAS MERAGUT



Johor Bahru: Peragut yang cuba melarikan diri maut apabila motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan kereta di persimpangan jalan berhampiran Eco World di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, 5.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, suspek lelaki berusia 20 tahun dan penunggang motosikal terbabit berusia 19 tahun sebelum itu menghampiri dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jalan Bacang 12, Taman Kota Masai.

Suspek bertanya di mana arah Jalan Bacang 10, Taman Kota Masai dan seorang daripada kanak-kanak itu memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di dalam tangannya.
"Tanpa diduga pembonceng merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan ada orang yang nampak kejadian terbabit terus mengejar kedua dua suspek berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar kereta yang keluar dari Eco World.
Katanya, suspek maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala penunggang motosikal terbabit patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan IsmaiI (HSI).

Friday 14 October 2016

TIADA KENAIKAN TOL, JANGAN MUDAH SANGAT KENA TIPU !



Kenyataan kadar tol di sepanjang beberapa lebuh raya utama akan naik antara RM1 dan RM5.70 dari Isnin bermula 16  November adalah tidak benar.

Artikel dari portal berita ‘The Star’ bertarikh 12 October 2015 telah diubahsuai dan dimuatnaik kembali bertujuan mengelirukan rakyat.

Berikutan itu, rakyat tidak perlu berasa ‘panik’ kerana tiada pengumuman kenaikan atau perubahan tarif tol yang diumumkan kerajaan.


TIADA KENAIKAN TOL, JANGAN MUDAH SANGAT KENA TIPU !



Kenyataan kadar tol di sepanjang beberapa lebuh raya utama akan naik antara RM1 dan RM5.70 dari Isnin bermula 16  November adalah tidak benar.

Artikel dari portal berita ‘The Star’ bertarikh 12 October 2015 telah diubahsuai dan dimuatnaik kembali bertujuan mengelirukan rakyat.

Berikutan itu, rakyat tidak perlu berasa ‘panik’ kerana tiada pengumuman kenaikan atau perubahan tarif tol yang diumumkan kerajaan.


Wednesday 12 October 2016

TIADA KOMPROMI! LAPAN POLIS MAIN JUDI 21 DICEKUP


PETALING JAYA - Lapan anggota polis yang leka berjudi di sebuah gerai dicekup dalam serbuan di kawasan letak kereta di Jalan PJS 8/15, Bandar Sunway di sini petang tadi.

Operasi pada pukul 2 petang oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu turut menahan dua orang awam.

Menurut sumber, ketika serbuan, kesemua individu itu sedang bermain judi 21 di sebuah warung.

“Kesemua yang ditahan itu terdiri daripada anggota pelbagai pangkat daripada konstabel hingga Lans Koperal.

“Kebanyakan daripada mereka merupakan anggota unit kereta peronda,” katanya hari ini. - K! ONLINE

Monday 20 June 2016

90 Peratus Polis Tidak Bercuti Raya 2016




KUALA LUMPUR: Bukit Aman hanya membenarkan 10 peratus anggota dan pegawainya bercuti sempena Aidilfitri tahun ini, manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata semua anggota polis trafik di seluruh negara pula tidak dibenarkan bercuti raya sehinggalah Ops Selamat Aidilfitri 2016 tamat.

"Ops Selamat sempena Aidilfitri akan bermula dari 28 Jun hingga 13 Julai dan sepanjang tempoh itu, tidak ada sesiapa pun daripada pasukan trafik dibenarkan bercuti sehingga ia selesai.

"Bagi warga PDRM yang lain, hanya 10 peratus dibenarkan bercuti kerana kita perlu ramai anggota di lapangan bagi menjaga keselamatan dan kepentingan harta benda awam kerana pada musim cuti perayaan, ramai yang meninggalkan rumah masing-masing untuk pulang ke kampung," katanya kepada media, sebentar tadi.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2016 di Mess Pegawai Kanan, di sini. Sementara itu, ketika diminta mengulas berita mengenai penculikan empat lagi rakyat Malaysia di perairan Sulu Khamis lalu, Khalid berkata, pihaknya tidak menerima sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina berhubung perkara itu.

"Ini semua berita angin...sehingga kini pihak berkuasa Filipina tidak dapat beri apa-apa pengesahan. Kita anggap penculikan itu tidak berlaku," katanya.

Khamis lalu, Portal ABS-CBN News yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Jeselito Salido, berkata penculik yang belum dikenal pasti membawa tebusan ke perairan Sitankai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu. Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/166433

Monday 4 April 2016

Temuduga / Pengambilan Jawatan Konstabel (Lelaki) PDRM – April 2016

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan temuduga eksesais pengambilan jawatan Konstabel Lelaki di seluruh Malaysia mulai 1 Mac 2016 hingga 16 April 2016 bagi calon-calon yang telah menduduki dan berjaya melepasi ujian Malaysian Integrity Test (MIT) pada bulan November/Disember 2015. Status permohonan boleh disemak melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://ss0.rmp.gov.my bermula 24 Februari (Rabu).


1. Konstabel (Lelaki)

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenaieksesais pengambilan jawatan Konstabel Lelaki PDRM ini, sila klik di sini.
Tarikh tutup permohonan : 01 Mac – 16 April 2016
Penempatan : Seluruh Malaysia

Kredit - http://www.jawatan.biz

Friday 15 January 2016

BAHAGIAN E8 BUKIT AMAN...WIRA DALAM DIAM!



Pegawai dan anggota polis yang siap bersenjata api dan memakai topeng muka dalam gambar ini adalah dari Bahagian Counter Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman. Unit elit ini adalah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab memerangi jenayah keganasan yang bersifat subversif, ekstremis dan sabotaj di negara kita.


Ramai yang tidak menyedari kewujudan unit ini kerana sifat mereka yang 'low profile' dan tidak pernah menonjolkan diri . Ini kerana tugas mereka sangat berisiko dan mencabar kerana perlu menangani 'manusia gila' yang berselindung di balik nama bangsa dan agama. Dalam konteks sekarang, lebih tepat, mereka perlu memerangi gerakan IS yang semakin hari semakin mengganas di seluruh dunia.
Operasi mereka sangat sulit. Sebab itu mereka sering dilihat memakai sarung muka (balaclava) kerana perlu menjalankan tugas-tugas risikan, penyiasatan dan pelbagai lagi tugasan lagi yang memerlukan identiti mereka dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat umum.


Yang pasti, setakat ini E8 boleh dikatakan berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan di bahu mereka dengan sangat cemerlang. Berpuluh atau mungkin beratus anggota IS di negara ini berjaya mereka tangkap 'senyap-senyap' . Mereka dah berjaya menangkap beberapa ketua pengganas dari dalam dan luar negeri yang berada negara ini. Mereka berjaya menggagalkan beberapa percubaan untuk mengebom dan mencetuskan huru-hara di beberapa tempat utama di ibu negara. Mereka berjaya merampas senjata dan bahan letupan. Malah mereka berjaya setakat ini menggagalkan begitu banyak perancangan dan agenda IS yang mahu mencetuskan kekacauan dan penumpahan darah di bumi Malaysia.


Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi begitulah hakikatnya. Di saat kita tidur lena, pegawai dan anggota E8 bermati-matian di luar sana untuk membendung kegiatan ini daripada terus menimbulkan ketakutan serta kerisauan di bumi bertuah ini. Dan atas dedikasi E8 khususnya dan seluruh anggota PDRM amnya, sehingga kini belum terjadi lagi kegiatan pengeboman dan keganasan di negara kita berbanding nasib yang menimpa rakyat negara-negara jiran kita, Alhamdulilah.
Namun E8 memerlukan lebih banyak maklumat dan informasi daripada kita semua bagi membantu mereka bergerak memerangi pengganas dan keganasan ini. Justeru marilah kita membantu E8, PDRM dan agensi-agensi perisikan negara dengan memberi maklumat sekiranya mengetahui atau mengesyaki sesuatu yang 'pelik' di sekeliling kita.
SALUTE E8!

Penulis - Syahril A. Kadir


Friday 1 January 2016

Kes Nur Amirah: TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL

SHAH ALAM – Remaja hilang yang kononnya diculik, Nur Amirah Athirah Abdul Majid perlu dikenakan tindakan tegas kerana melakukan dakwaan palsu berhubung kehilangannya.

Pengerusi  kumpulan pemerhati jenayah MyWatch, Datuk Seri Sanjeevan R berkata, tindakan yang dilakukan remaja terbabit bukan sahaja menyusahkan ibu bapa tetapi turut menyusahkan pihak polis dan orang awam yang ramai bersimpati mengenai keselamatan dirinya.

“MyWatch mengutuk sekerasnya tindakan remaja 14 tahun, Nur Amirah yang mereka cerita dengan mendakwa dirinya diculik supaya beliau dapat keluar bersama teman lelakinya.

“Mywatch menggesa tindakan tegas dikenakan kepada remaja ini di bawah  Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. Teman lelaki remaja ini juga harus didakwa kerana bersubahat dalam kes penipuan ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nur Amirah yang hilang sejak Ahad lepas ditemui selamat bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta di Banting, Selangor oleh pasukan polis jam 8 malam tadi.
Menurut Sanjeevam, pihaknya percaya sekiranya tiada tindakan tegas diambil, kes seperti ini akan berulang pada masa akan datang.

“Ini bukan kes yang pertama kalinya berlaku. Sebelum ini pada hujung tahun 2014, seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang turut bertindak mereka cerita kononnya diculik oleh tiga lelaki di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang hanya kerana mahu melepaskan diri setelah gagal menghantar tugasan yang  diberi pensyarah.

“Bagaimanapun, MyWatch memuji risikan berkesan pihak polis yang berjaya menjejaki remaja ini dan teman lelakinya. MyWatch turut menghargai rasa simpati dan ambil berat masyarakat dalam kes jenayah ini,” katanya lagi.