Friday 2 November 2018

Pencen sedia ada tak dapat dikekalkan?


Related image


KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam berikutan jangkaan peningkatan beban kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, skim pencen sedia ada mungkin tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menambah beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

"Pada masa ini skim pencen perkhidmatan awam melaksanakan kaedah tanpa caruman iaitu peruntukan dana dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, untuk memastikan kedudukan fiskal yang mampan dalam jangka masa panjang, skim pencen perkhidmatan awam perlu ditambah baik dan diperbaharui dengan memperkenalkan skim caruman ditentukan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam," menurut laporan itu.

Pada 2017, bilangan penduduk berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah lebih kurang dua juta atau 6.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Jumlah ini dijangka meningkat kepada 2.4 juta iaitu tujuh peratus daripada jumlah penduduk pada 2020 seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara menua.

Menggariskan beberapa langkah untuk mengurangkan kesan negatif penuaan penduduk terhadap pertumbuhan ekonomi, laporan itu mencadangkan bahawa peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dijangka dapat mengurangkan kesan tekanan ke atas buruh berikutan penuaan penduduk.

Pada 2017, kadar penyertaan tenaga buruh wanita dan lelaki di Malaysia adalah 54.5 peratus dan 80.1 peratus.

"Justeru pengukuhan pelaksanaan pelbagai dasar sedia ada seperti amalan kerja anjal, penyediaan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, program latihan kemahiran dan keusahawanan untuk wanita akan terus menggalakkan golongan itu dalam tenaga buruh," jelas laporan itu.


Laporan turut mencadangkan pewujudan peluang persaraan secara berfasa dan pengambilan semula tenaga kerja selepas umur persaraan.

"Langkah itu memberikan kebaikan kepada pekerja, majikan dan negara melalui sumbangan berterusan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP) dan hasil kutipan cukai," jelasnya.

Peningkatan produktiviti adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi, justeru usaha meningkatkan produktiviti perlu terus diperkukuh melalui inovasi teknologi dan peningkatan penggunaan robotik.

Persekitaran mesra umur turut ditekankan dalam laporan itu bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk warga tua dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup termasuk meningkatkan kemahiran agar mereka terus produktif. - Bernama
-------
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcE_DZAUjiH7mrHqUvzRM7XRBrtLk26ylv1DvlW4h9ZPlzrrUVZSsWFJnDqe4ey0yiysROUYEUpwfh3m898dfTfEX2TBB-9imdf4BKjSD_oi3C2y53Cti1P68HHntw-stDaFNKQM7LfZw/s400/FO+PDRM+-+CAR+STICKER+copy.png
>>LEBIH LANJUT CLICK SINI <<

12 comments:

  1. Sepatut yg kaji kenderaan rasmi kabinet dan ketua ketua jabatan dan kad minyak dan touch n go sbb gaji sudah banyak kerajaan mau tanggung jugak ke

    ReplyDelete
  2. Kaji dahulu pencen wakil rakyat. Pelbagai elaun yang diberikan kpd wakil rakyat yang begitu lumayan. Jika bantuan rakyat kena potong sepatutnya elaun wakil rakyat dipotong dahulu...kepimpinan melalui tauladan!!!!

    ReplyDelete
  3. takat tunjuk gambar aje sapa2 boleh bg pengumuman. cer buat live video tu. ada brann..

    ReplyDelete
  4. citer banyak x de ... cuma nk ckp padan muka dulu ikut sangat saran anak2 undi ph ... nh sekrg rasakan ...

    ReplyDelete
  5. pencen untuk menteri menteri satu penggal patut dikaji semula... ini lebih membebankan negara..berkhidmat untuk raayat bukan ambil duit raayat.

    ReplyDelete
  6. Adoi...kerajaan skrg ni..semuanye di anggap sebagai beban..dah tu beban tu nk di tanggung oleh rakyat plk..gaji menteri2 semua berpuluh2 ribu..

    ReplyDelete
  7. Duit xde ke.? Yg bg peruntukan tuk buat skolah cina duit ambik mna.? Timbalan mnteri pendidikan siap pi rasmi bagai.

    ReplyDelete
  8. Now we already know...bn ka ph ka apa ka...smua sama sja..tq..

    ReplyDelete