Wednesday 31 May 2017

PEGAWAI POLIS DITEMUI MATI



SEORANG pegawai polis ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

Mangsa berusia 29 tahun dan berpangkat Inspektor ditemui pada 9 pagi di atas kerusi di pejabatnya oleh anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi dan membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

"Mangsa sepatutnya hadir mesyuarat peringkat daerah 9 pagi tadi namun tidak hadir sebelum seorang anggota mencari dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi.

"Antara jam 4 hingga 5 pagi, jiran mangsa (rakan setugas) ada mendengar bunyi tembakan, namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Pada 9 pagi, kita menemui jasad mangsa sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, jenazah mangsa berasal dari Selangor dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya.


- MY METRO - Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 12:47 PM

POLIS DIMAKI DAN DISIKU



Kuala Lumpur: Seorang lelaki bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis, malah bertindak biadab dengan menyiku muka anggota polis sejurus ditahan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit ditahan ketika pemeriksaan dilakukan anggota polis di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, anggota polis menahan lelaki itu ketika mereka menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di lokasi kejadian.
“Lelaki itu dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat.

“Dia berterusan memaki hamun anggota polis sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata, suspek turut melakukan provokasi dengan merakam video menggunakan telefon pintarnya ketika seorang anggota polis menulis saman berikutan suspek tidak memiliki lesen memandu.

“Anggota polis cuba menghalang suspek daripada merakam video namun lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyerang dan menyiku muka anggota polis sebelum melarikan diri ke arah Wangsa Walk Mall, di sini.

“Pasukan bantuan polis segera dihubungi untuk mengesan suspek sebelum dia ditahan di hadapan sebuah premis di pusat beli-belah itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menghina polis,” katanya.


- MY METRO - Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2017 @ 4:39 AM

Tuesday 30 May 2017

POLIS PERAK TIDAK AKAN KOMPROMI DENGAN ISU INTEGRITI

https://assets.bharian.com.my/images/articles/fulisviral.jpg.transformed_0.jpg

IPOH: Polis Perak akan menyiasat anggota trafik dipercayai menerima rasuah berdasarkan rakaman video, yang viral di media sosial sejak semalam.

Dalam video berdurasi enam saat itu, seorang anggota polis trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

"Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti (anggota polis) dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

- BERITA HARIAN -

Thursday 25 May 2017

Sunday 7 May 2017

SINDIKET SIJIL SAKIT TUMPAS !

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil yang dikeluarkan oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas menahan empat lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Bandaraya Johor Bahru, di sini, baru-baru ini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor ACP Mohd Salleh Abdullah, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 28 dan 37 tahun itu dipercayai dalang kepada sindiket berkenaan. Beliau berkata serbuan yang bermula 3 Mei hingga 5 Mei lalu diadakan di beberapa tempat iaitu Tampoi, Kampung Melayu Majidee, Taman Bukit Kempas dan Taman Desa Johor Bahru.

 "Hasil siasatan polis mendapati sindiket ini telah aktif selama setahun dan menjual sijil palsu berkenaan pada harga RM25. Kegiatan sindiket ini terbongkar apabila seorang majikan telah tampil ke HSA untuk membuat pengesahan sijil berkenaan dan hasil penelitian pihak HSA mendapati sijil berkenaan adalah palsu berdasarkan nombor siri dan rekod hospital," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, pada Ahad. Menurut Mohd Salleh, kesemua suspek kini direman di mana dua suspek ditahan sehingga 7 Mei ini dan dua lagi ditahan sehingga 8 Mei dan tempoh reman berkenaan akan dipohon untuk dilanjutkan bagi membolehkan polis menjalankan soal siasat untuk mengesan saki baki ahli sindiket tersebut.

"Dua daripada suspek yang ditahan bekerja sebagai pembantu restoran, seorang sebagai penyelenggara pendingin hawa dan seorang lagi bekerja di sebuah syarikat percetakan. Kita percaya mereka adalah ''kepala'' sindiket ini dan polis masih sedang menyiasat sama ada masih ada ahli-ahli lain yang terlibat dalam kumpulan ini," jelasnya.

Dalam pada itu, polis juga merampas peralatan dan barangan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan sijil-sijil palsu berkenaan antaranya 69 helai sijil cuti sakit palsu bernombor, lima helai sijil palsu bercop pegawai perubatan, tujuh helai sijil tidak bernombor, sehelai kertas pendua, enam cop nama doktor, sebuah cop bertulis ''Pegawai Perubatan HSA'' palsu, sebuah cop bertulis:

'Pegawai Perubatan Klinik Pesakit Luar Jalan Mahmoodiah' palsu dan 59 helai kulit buku sijil cuti sakit warna kuning. Selain itu, pihaknya juga merampas beberapa barangan lain seperti satu peket plastik lutsinar berisi dadah jenis ganja, sebuah senjata buku lima, empat telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Persona.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis mendapati sindiket ini menjual sijil cuti sakit kepada warganegara Malaysia yang bekerja di jabatan kerajaan dan swasta di sekitar Johor Bahru dan Singapura.

"Modus operandi mereka adalah menjual sijil cuti sakit palsu yang mempunyai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi sendiri tarikh cuti. Daripada enam cop nama doktor yang dirampas, hanya satu cop nama yang mempunyai nama yang hampir sama dengan seorang doktor di HSA dan cop tersebut juga tidak sama dengan cop yang asli," kata Mohd Salleh.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tiada kakitangan hospital yang terlibat dengan kegiatan itu dan tangkapan itu merupakan yang terbesar melibatkan kes pemalsuan sijil cuti sakit yang dilaporkan oleh HSA.

Kes disiasat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan Rekod Mahkamah atau Daftar Beranak Awam yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Ia juga disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan. -- BERNAMA

Saturday 6 May 2017

DJ RAKAM VIDEO & HINA, SAH MABUK, SYABAS ABANG POLIS TRAFIK PENYABAR


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki yang cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menyebarkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai untuk ujian alkohol, didapati positif dengan bahan itu.

Lelaki mendakwa DJ sebuah kelab malam berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3 pagi semalam. 

Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, dia bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya berulang kali memberitahu tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya. Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya.

 Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah. 

"Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. "Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi. 

"Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Susulan penyebaran video itu, Mohd Nadzri berkata, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. 

Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut. "Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini," katanya.
-------------
Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini  -> http://tshirtfopdrm.wasap.my/  -(012-2357862)  😊😊


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki yang cuba memburukkan imej polis trafik dengan merakam dan menyebarkan video tentang dirinya ditahan dan dibawa ke balai untuk ujian alkohol, didapati positif dengan bahan itu. Lelaki mendakwa DJ sebuah kelab malam berusia 31 tahun itu pada mulanya ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Peguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi-Jalan Tun Razak, kira-kira jam 3 pagi semalam. Ketika di lokasi operasi, anggota yang menjalankan ujian pernafasan ke atasnya selepas mengesyaki memandu di bawah pengaruh alkohol mendapati positif mengambil bahan itu dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun H S Lee untuk melakukan ujian kedua. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menaiki kereta polis, dia bertindak merakam satu video dan mendakwa kononnya berulang kali memberitahu tidak mabuk, sebaliknya dipaksa mengaku oleh anggota yang menahannya. Selain itu, dia turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota dan mendakwa penahanannya itu hanya membazirkan masanya. Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata hasil ujian pernafasan kali kedua yang dijalankan mengesahkan lelaki itu di bawah pengaruh alkohol apabila bacaan yang ditunjukkan melebihi had dibenarkan iaitu 84 miligram (mg) alkohol per 100 mililiter (ml) darah. "Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. "Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi. "Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. Susulan penyebaran video itu, Mohd Nadzri berkata, satu laporan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998. Katanya, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan menyerahkan lelaki itu kepada polis Dang Wangi untuk mengambil tindakan lanjut. "Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/279685

Thursday 4 May 2017

PDRM PERLU ASET BAHARU,USANG DAN UZUR PERLU DIGANTI



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan aset-aset baharu sesuai dengan keperluan kepolisan moden  khasnya  yang melibatkan aset seperti penggunaan dron dan Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT) yang terkini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan namun aset-aset yang telah cukup jangka hayat perlu ditukar dengan yang baharu sesuai dengan teknologi semasa.

"Aset-aset ini akan sampai  jangka hayat dia, kita kena ganti, lupuskannya dapat aset-aset  baharu ikut keperluan masa kinilah... seperti dron yang kita perlukan sekarang dalam pengawasan moden , kita perlukan CCTV (kamera litar tertutup) yang baik...juga sistem yang baik... sistem imbasan muka, pengimbas nombor kenderaan, " katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan persidangan pegawai-pegawai aset PDRM di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya anggota PDRM disarankan untuk memastikan segala aset yang sedia ada dijaga dengan lebih baik dan kekal berfungsi untuk membolehkan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Terdahulu, dalam ucapannya Khalid berkata kerajaan telah meluluskan  peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada PDRM untuk perolehan aset baharu dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Daripada jumlah itu sebanyak RM766 juta diperuntuk bagi perolehan  Aset Alih dan Aset Ketara seperti perolehan empat  helikopter, peralatan komunikasi dan pembangunan beberapa sistem Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT), bot marin, senjata generasi baharu dan lain-lain lagi.

Beliau berkata untuk perolehan Aset Fizikal sebanyak tujuh projek bernilai RM832 telah diluluskan seperti pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Lawas Sarawak, IPD Jeli Kelantan, Kompleks Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di Sibu, Balai Polis Matang Jaya dan Balai Polis Sepauh di Sarawak. 

"Selain daripada peruntukan kerajaan, PDRM turut memperoleh aset-aset hasil sumbangan daripada syarikat korporat, NGO (badan bukan kerajaan) dan pihak-pihak tertentu. Antara aset yang disumbangkan adalah kenderaan, perabot dan senjata api, " katanya. - Bernama
-------------
Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini  -> http://tshirtfopdrm.wasap.my/  -(012-2357862)  😊😊