Kita biasa mendengar, selepas seseorang menjalani pembedahan, akan 
adanya pantang larang tertentu khususnya dalam bab pemakanan. 
 
Makanan2 tertentu seperti telor, udang, sotong dan ikan2 akan dilarang 
atas sebab kononnya ia akan menyebabkan gatal, penyembuhan luka yang 
lambat serta luka yang bernanah. Tidak kurang juga yang mengatakan 
bahawa pemakanan makanan2 seperti ini akan menyebabkan kesan2 sampingan 
lain seperti nanah pula pada anak (kes selepas bersalin) kerana kononnya
 kotoran itu boleh ditransmisi melalui susu kepada anak. 
 Kesemua
 kepercayaan ini adalah mitos sebenarnya. Jika adapun pandangan ini, ia 
lebih merupakan kepercayaan dan budaya masyarakat tertentu dan tidak ada
 bukti dari aspek saintifik. 
 Oleh itu, apakah makanan2 yang elok
 dimakan selepas sesuatu pembedahan dijalankan yang akan membantu dalam 
penyembuhan pesakit? 
 (Ada pembedahan tertentu yang mungkin 
memerlukan diet khas. Jadi sila bincang dengan doktor anda. Maklumat 
yang saya berikan adalah maklumat umum). 
 Umum mengetahui bahawa 
selepas pembedahan, tubuh memerlukan pelbagai zat untuk pulih. Memakan 
makanan yang berzat sudah tentu akan membuatkan proses penyembuhan 
menjadi lebih cepat, menguatkan tubuh badan dan juga mengurangkan risiko
 jangkitan kuman. Makanan terbaik pasca pembedahan adalah makanan yang 
kaya dengan vitamin dan mineral serta zat2 yang akan saya jelaskan.
 1. Protein: 
 Asid amino di dalam protein adalah amat membantu di dalam proses 
penyembuhan luka dan juga penjanaan semula tisu. Ia juga memberi tenaga 
dan membantu menguatkan tubuh selepas pembedahan. Ikan2, daging dan ayam
 serta makanan laut yang lain adalah kaya dengan protein. 
 Tidak 
semestinya hanya ikan haruan dan linang saja, pesakit bebas memakan apa 
jua jenis ikan selepas pembedahan. Protein juga boleh diperolehi dari 
telor, kekacang, soya dan juga taufu. 
 Justeru itu, pantang makan telor, udang dan sotong adalah merupakan satu mitos sebenarnya. 
 
2. Karbohidrat: 
 Keletihan selepas pembedahan adalah merupakan satu kebiasaan. Tubuh 
badan memerlukan tenaga dan sudah semestinya sumber tenaga paling mudah 
adalah karbohidrat. 
 Makanlah makanan2 yg mempunyai karbohidrat 
seperti nasi (pada kuantiti yang berpada) dan roti2 whole meal. Juga 
makanlah sayur2an dan buah2an yang tinggi dengan kandungan fiber/serat. 
3. Lemak: 
 Lemak2 sihat dari sumber tumbuh2an seperti minyak zaitun, minyak kelapa
 dan kekacang akan membantu memperbaiki sistem imuniti tubuh dan 
membantu penyerapan vitamin dalam badan. Adalah tidak benar bahawa lemak
 harus dielakkan sama sekali selepas pembedahan melainkan dinasihatkan 
oleh pakar nutrisi dan pembedahan bagi kes tertentu. 
4. Mineral dan Vitamin: 
 Ini adalah merupakan antara zat yang paling penting yang perlu diambil selepas pembedahan. 
 Sesetengah mitos masyarakat kita mengatakan pantang pemakanan buah2an 
dan sayur2an tertentu kerana kononnya ia terlalu 'sejuk' mahupun 'panas'
 bagi pesakit. Sebagai doktor, hingga kini saya tidak tahu apakah maksud
 sejuk dan panas yang digunapakai oleh pengamal perubatan alternatif 
ini. 
 Secara umumnya, buah2an dan sayur2an adalah kaya dengan 
vitamin dan mineral dan amat rugi jika tidak mengambilnya pasca 
pembedahan. 
 Vitamin A yang boleh didapati di dalam bayam, 
sayur2an hijau, lobak, kentang dan sebagainya serta Vitamin C yang kaya 
di dalam makanan seperti buah oren, anggur, jambu dan tomato adalah 
merupakan komponen2 zat pemakanan yang amat mustahak di dalam proses 
penyembuhan luka. 
 Vitamin D yang boleh didapati di dalam produk 
tenusu, ikan dan telor juga amat membantu di dalam penjagaan tulang yang
 amat penting terutamanya bagi kes pembedahan ortopedik. 
 Vitamin K pula kaya di dalam sayur2an hijau, hati dan ikan amat membantu di dalam proses pembekuan darah di dalam luka.
 Selain itu zat besi dan zink yang terdapat di dalam daging, makanan 
laut, susu dan kacang juga membantu di dalam penyembuhan luka dan tidak 
harus diabaikan. 
 Selain dari memakan makanan2 yang berzat di 
atas, adalah penting juga untuk mengambil kuantiti air yang secukupnya 
bagi memastikan badan dapat hidrasi yang sepatutnya. Air yang diminum 
mestilah mencukupi supaya dapat kita membuang air kecil setiap 4-6 jam. 
 Walaubagaimanapun, bagi sesetengah pesakit seperti pesakit jantung, 
hati dan buah pinggang, kuantiti air yang harus anda minum mestilah 
ditentukan oleh doktor yang merawat anda.
 
#Kesimpulan: 
 1. Tidak ada pantang khusus pemakanan selepas pembedahan melainkan atas nasihat doktor dan pakar nutrisi. 
 2. Terdapat pelbagai mitos dalam masyarakat kita terutamanya yang melibatkan pemakanan selepas pembedahan. 
 3. Makanlah makanan yang sihat dan berzat seperti di atas dan ikut nasihat doktor yang merawat anda. 
 4. Saya rasa asal usul mitos larangan memakan udang, sotong dan telor 
adalah mungkin disebabkan ada anggota keluarga lain yang nak pow 
makanan2 lazat tersebut. Hangpa pantang, tapi depa makan udang celop 
tepung, sotong butter dan telor bifstik.  
😝😝😝😝
 5. Jangan naya orang sakit beb. 😋
Tulisan - Dr 
Abdul Rahman Abdul Kadir