Tuesday, 24 January 2017

Sel baharu kumpulan Daesh lumpuh, 4 ditahan

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

“Kita berjaya menahan suspek pertama yang juga anggota sel kumpulan pengganas Daesh di Kota Kinabalu, Sabah pada 13 Januari lalu bersama seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang telah direkrut pada awal Januari lalu menerusi media sosial. Kedua-dua mereka dipercayai cuba menyusup ma­suk ke Selatan Filipina.

“Suspek yang berbaiah de­ngan Mahmud, telah diarah untuk merekrut dan mengatur penyusupan masuk anggota-anggota baharu dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya ke Selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu di Marawi City, Mindanao,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khalid, susulan tang­kapan pasangan berkenaan, pihaknya menahan dua lagi suspek warga Bangladesh yang berusia 27 dan 28 tahun.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di sekitar ibu negara pada 19 Januari lalu selepas direkrut suspek pertama selain dipercayai mempunyai hubu­ngan dengan kumpulan pengganas Daesh di negara asal.

Beliau memberitahu, hasil soal siasat mendedahkan bahawa sel yang diketuai oleh Mahmud telah bergabung dengan kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) pimpinan Isnilon yang te­lah berbaiah dengan Pemimpin Daesh, Abu Bakar Al Baghdadi.

Difahamkan, selain Mahmud, dua lagi rakyat Malaysia iaitu anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Joraimee Awang turut menyertai sel itu yang kini beroperasi di Marawi City.

Tambahnya, kesemua suspek ditangkap kerana disyaki me­lakukan kesalahan di bawah Bab VIA - kesalahan berkaitan de­ngan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

- UTUSAN -
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf
KUALA LUMPUR 23 Jan. – Sel baharu kumpulan pengganas Daesh yang dipimpin Dr. Mahmud Ahmad lumpuh selepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan tiga lelaki warga asing termasuk seorang wanita tempatan di sekitar Sabah dan ibu negara bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan suspek berkenaan dipercayai merancang untuk menjadikan Sabah sebagai transit bagi anggota kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan ke Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas Daesh pimpinan Mahmud serta Isnilon Hapilon.
Katanya, Mahmud merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya yang menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina dan telah merekrut suspek pertama iaitu seorang lelaki warga Filipina berusia 31 tahun yang bekerja sebagai penjual jam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sel-baharu-kumpulan-daesh-lumpuh-4-ditahan-1.435615#sthash.VLqUxSfK.dpuf

Monday, 23 January 2017

KES PEMANDU LORI DIBELASAH - JANGAN BUAT SPEKULASI DAN FITNAH PDRM

KUALA LUMPUR. – Siasatan berhubung kes pemandu lori, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, dibelasah oleh sekumpulan lelaki di perkarangan kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini pada 14 Januari lalu hampir selesai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, sebaik sahaja lengkap kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut dalam tempoh terdekat ini.

Menurut beliau, lima individu termasuk seorang wanita yang dipercayai mempunyai kaitan de­ngan kes itu masih direman bagi membantu siasatan.

“Kita akan serah (kertas siasatan) itu kepada DPP dalam masa terdekat ini untuk menentukan sama ada mereka didakwa atau tidak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setakat ini, seramai enam suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian itu telah ditahan selepas rakaman video berdurasi dua minit 49 saat yang menyaksikan seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki mulai tular dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Video itu menunjukkan mangsa memakai baju merah dipukul dan ditendang oleh beberapa lelaki tanpa belas kasihan.

Tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun pada Sabtu lalu sebelum polis menahan empat suspek berusia antara 20 hingga 42 tahun terma­suk seorang wanita di sekitar Lembah Klang iaitu di Cheras, Kepong dan Kajang, semalam.

Seorang lagi suspek pula ditahan di Negeri Sembilan dan menjadikan jumlah semua suspek yang ditahan enam orang.

- UTUSAN -

Wednesday, 18 January 2017

Kaji Semula Cadangan Larang Motosikal Kapcai Di KL - Polis

PUCHONG, 17 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk melarang motosikal berkuasa kecil atau 'kapcai' daripada memasuki ibu kota dalam usaha mengurangkan kadar pelepasan karbon dan jenayah ragut.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Rusli Ahmad berkata pihak berkuasa perlu mengambil kira faktor lain, terutamanya keperluan pengguna motosikal daripada golongan berpendapatan rendah.

"Dari segi keselamatan, kita tidak menafikan larangan itu dapat mengurangkan jenayah ragut kerana kajian terdahulu mendapati ia kebanyakannya dilakukan pengguna motosikal kapcai," katanya.....

Monday, 16 January 2017

HALANG MOTOSIKAL MASUK KUALA LUMPUR HANYA CADANGAN

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan salah satu cadangan dan boleh dipertimbangkan kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja. 

"Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(motosikal) kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah (untuk membeli kenderaan lain).

"Apabila ada tambang kenderaan awam yang lebih murah, kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya.

Turut mengulas isu sama adalah Saudara Razlan Rafii ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Kata beliau

"Perkara yang diutarakan oleh YBM Menteri Wilayah hanyalah sekadar cadangan dan tiada dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat"

"Dan sekiranya mengambil kira semua faktor ini, ianya mungkin hanya akan terlaksana 10 atau 15 tahun dari sekarang"