Sunday 2 December 2018

3 polis ditahan disyaki jual rokok seludup, penyalahgunaan dadah

Image result for rokok seludup kastam


KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis ditahan, kelmarin, disyaki terbabit aktiviti menjual rokok seludup dan penyalahgunaan dadah dengan seorang daripada mereka positif ujian awal saringan air kencing.

Kegiatan dipercayai berselindung di sebalik perniagaan gerai burger di Sea Park, Petaling Jaya, sejak beberapa bulan lalu itu terbongkar apabila diserbu sepasukan polis kira-kira jam 10 malam.


Sumber berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam mengenai aktiviti menjual rokok seludup dan penyalahgunaan dadah, malah beberapa anggota polis berpakaian seragam sering dilihat melepak di lokasi berkenaan untuk tempoh lama tanpa menjalankan tugas.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu adalah anggota bertugas di sebuah balai polis di Petaling Jaya dan menjalankan perniagaan menjual burger.

“Pemeriksaan lanjut terhadap gerai burger milik suspek, menemui sebanyak lapan kotak rokok disyaki seludup di dalam plastik berwarna biru di dalam laci meja gerai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, semakan juga mendapati dua daripada suspek terbabit memiliki beberapa rekod dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak hadir tugas dan gagal mengisytiharkan pemilikan harta.

“Hasil ujian awal saringan air kencing terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. Semua suspek dibawa ke Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

- BERITA HARIAN - 

2 comments:

  1. Jangan lah sebar fitnah..kalau tidak tahu cerita sebenar...diaorg bukan.jual rokok..urin pon belum tentu.lg diaorg terlibat dadah..dapatkan.laporan.pakar.dulu baru boleh cakap diaorg isap.dadah..

    ReplyDelete
  2. Bodo punya blogger..puih..gmbar pun tipu. Pandai buat fitnah utk naikkan trafic.publisiti murahan. X tau cita pandai2 copy paste ayat dgr2 org ckp.tak tau cita x yah nk fitnah org la bodo.ini namanya blogger sampah di neraka..babai

    ReplyDelete