Wednesday, 8 March 2017

5 DIDAKWA AKIBAT LAPORAN POLIS PALSU

KULAI: Lima termasuk dua wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membuat laporan polis palsu mendakwa disamun dan diragut.

Tertuduh, Lam Jun Hua, 23; C Rajeswary, 27; Anchai Panting, 28; Mohd Iman Zikri Abdullah, 20 dan C Thilagam, 32, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 masing-masing kepada Jun Hua, Anchai dan Mohd Iman Zikri, manakala Rajeswary dan Thilagam dihukum denda RM1,500 setiap seorang.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kelima-lima tertuduh membuat laporan polis secara berasingan di Balai Polis Senai dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini antara 19 Februari hingga 2 Mac lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Farhana Adham, manakala tertuduh diwakili peguam Harryzan Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

- BERITA HARIAN -

Tuesday, 7 March 2017

BR1M: Pemohon Gagal Boleh Buat Rayuan Sehingga 31 Mei

PEMOHON Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan boleh mengemukakan rayuan selewat-lewatnya pada 31 Mei ini.

Permohonan rayuan berkenaan akan dibuka bermula 3 April ini dan ianya perlu dilakukan secara manual iaitu dengan mengisi borang.

Borang rayuan berkenaan boleh dimuat turun melalui ebrim.hasil.gov.my. sebelum mengemukakannya di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan anda.

Pemohon perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini.

Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:
i. Sijil / Surat Pengesahan Cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);ATAU

ii. Sijil / Surat Pengesahan Mati oleh JPN / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum / Ketua Komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan Ibu / Bapa tunggal) atau bagi Ibu / bapa tanggungan (jika status perkahwinan Bujang);DAN

iii. Sijil lahir tanggungan / daftar anak angkat / Sijil lahir pemohon atau dokumen pembuktian pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;ATAU

iv. Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Mahkamah / Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).

Maklumat rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa dan pemohon boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai rayuan BR1M. – MYNEWSHUB.CC

Wednesday, 1 March 2017

1 Mac Kekal Jadi Sejarah Hitam Sabah



Insiden pencerobohan Tanduo Lahad Datu


Tanggal 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya. 
 
Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.
 
Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.
 
Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara. Dua hari selepas kira-kira 120 pengganas itu mendarat di Kampung Tanduo, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu berkenaan. 
 
Toleransi Malaysia jelas terbukti kerana tetap berunding dan “berlembut” dengan kumpulan itu yang enggan berganjak sekalipun tempoh mereka diminta meninggalkan Malaysia berakhir pada 26 Feb.
 
Tiga hari kemudian pada hari Jumaat, bumi Kampung Tanduo dibasahi darah apabila tercetus pertempuran antara pasukan polis dan pengganas yang mengorbankan dua anggota komando polis VAT 69, Insp Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud. 
 
Pertempuran itu juga meragut nyawa 12 pengganas. Keesokannya, enam lagi anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna. 
 
Kejadian jam 8 malam itu turut membunuh enam anggota pengganas. Tersentak dengan keganasan yang dipamer oleh kumpulan militan itu, Perdana Menteri mahu gerakan ofensif besar-besaran dilancar, dan pada 5 Mac pasukan keselamatan negara menggempur kubu mereka dengan serangan udara dan darat menerusi Ops Daulat. 
 
Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia sedar ramai penduduk Sabah ialah etnik Suluk dan pada 7 Mac Najib tiba di negeri itu dan bertemu dengan pemimpin komuniti berkenaan bagi menyatakan kerajaan tidak sangsi akan kesetiaan mereka kepada negara. 
 
Dalam sidang media sempena lawatannya itu Najib juga mengumumkan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
 
Ini disusuli dengan penubuhan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sebagai landasan perundangan kepada ESSCOM. 
 
Ops Daulat turut menyaksikan penangkapan beberapa individu yang didapati bersekongkol dengan kumpulan pengganas terbabit selain anggota militan itu sendiri yang keluar daripada persembunyian selepas digempur. 
 
Pada 21 Mac, lapan rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. 
 
Sehingga tarikh itu juga 443 orang dilapor ditahan kerana memasuki zon merah kawasan Ops Daulat dan pelbagai kesalahan manakala 173 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 
 
Sebagai menghargai pengorbanan wira-wira yang gugur, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan pangkat kepada mereka. Insp Zulkifli dinaikkan pangkat kepada ASP dan Sabaruddin kepada Sarjan. 
 
Enam lagi ialah Supt Ibrahim Lebar (ACP), ASP Michael Anak Padel (DSP), Sarjan Abdul Aziz Sarikon (Sarjan Mejar), Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal), Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar) dan Koperal Salam Tugiran (Sarjan). 
 
Dua anggota ATM yang terkorban iaitu Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, yang gugur semasa pertempuran dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, masing-masing dinaikkan pangkat Koperal. 
 
Perdana Menteri menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar. 
SEDEKAH AL-FATIHAH kepada perajurit yang terkorban

Sumber: https://www.sayangsabah.com/1-mac-kekal-jadi-sejarah-hitam-sabah/

Tuesday, 28 February 2017

2 Wanita Didakwa Bunuh Warga Korea Utara

SEPANG – Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Kim Chol, seorang warga Korea Utara, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, kira-kira 9 pagi, pada hari berkenaan.

Pihak berkuasa telah mengesahkan pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan.

Siti Aisyah merupakan tertuduh pertama manakala Thi Huong adalah tertuduh kedua.
Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Siti Aisyah dan Thi Huong kelihatan tenang ketika dibawa masuk secara berasingan ke dalam mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi.

Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai Majistret, menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad manakala Siti Aisyah diwakili barisan lima peguam diketuai Gooi Soon Seng dan Thi Huong diwakili peguam S. Selvam.

Kedua-dua tertuduh selepas itu dihantar ke Penjara Kajang. – BERNAMA

Monday, 27 February 2017

Ikat Perut Sejak Muda, Gadis Berjaya Kumpul Aset Lebih RM1 Juta



SHAH ALAM
: Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.


Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya, lapor Sinar Harian.
“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.
“Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gila’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata ‘diet’ kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini,” katanya dilapor portal itu.
Maka tidak hairan kegigihan Syafieqah menular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis ‘superlink’ dan kereta mewah Subaru XY.
Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.
“Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.
“Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.
“Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa,” katanya.