Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit)
atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah
pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak
secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan
haram yang berlaku di Malaysia.
Sejarah
Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5
Disember, 1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah
menempa kejayaan mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan,
tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada
akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan yang penting dalam
menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.
Peranan
Peranan pasukan ini khusus untuk
menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan dan menjalankan
tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini
adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi
Unit Simpanan Ketenteraman Awam.
Apabila unit ini tidak terlibat dalam
tugas-tugas Ketenteraman Awam, mereka boleh digunakan oleh Pegawai
Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis Daerah, Jabatan Siasatan
Jenayah dan
VIDEO LATIHAN FRU MAKAN ASAP
Cawangan Khas yang merangkumi:- Tugas mencegah jenayah seperti rondaan khas sebagai tambahan kepada rondaan Bit/Patrol di kawasan yang sering berlaku jenayah;
-Bantuan keanggotaan semasa bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh,
nahas udara dan lain-lain ) untuk menyelamatkan nyawa, memindahkan
penduduk, mengepong kawasan dan mencegah rompakan;
- Operasi polis secara besar-besaran seperti kepongan dan pemeriksaan, penapisan, rondaan intensif dan lain-lain
- Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan, perhimpunan dan lain-lain.
Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah
diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai
2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. Di samping itu FRU juga
mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi latihan di Sungai
Senam, Ipoh, Perak.
Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan
undang-undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas
wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak,
Kuala Lumpur.
Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas
apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi
menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste.
Pasukan ini ditugaskan untuk
mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru
mencapai kemerdekaan.
Pasukan Simpanan Persekutuan FRU
Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasuk…Read More
APA FUNGSI FRU NI ??? [VIDEO]
Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit)
atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah
pa…Read More
0 comments:
Post a Comment