Sunday 22 November 2015

Anak perempuan tikam bapa kerana tak restui hubungan sejenis



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris maut selepas ditikam oleh anak perempuannya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang di sini kira-kira 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika hubungi memberitahu kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, sejurus selepas kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

0 comments:

Post a Comment