Monday, 9 November 2015

BUAYA DI PORT DICKSON, BERITA PALSU !



PORT DICKSON: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menafikan dakwaan kehadiran buaya sepanjang kira-kira tiga meter di kawasan pantai di Batu 5, Jalan Pantai di sini, yang menjadi viral di laman sosial, sejak semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat, berkata maklumat serta gambar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu dan boleh menyebabkan panik dalam kalangan masyarakat setempat dan pengunjung.

"Kita dapati gambar yang disebarkan itu adalah kejadian di luar negara. Siasatan kita dapati tiada mana-mana pihak dapat mengesahkan kehadiran buaya di pantai Port Dickson.

"Kita dimaklumkan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan pihak yang terbabit memulakan dan menyebarkan dakwaan ini," katanya di sini, hari ini. Katanya, pengunjung tak perlu risau dan boleh terus mengunjungi dan beriadah di pantai seperti biasa.

0 comments:

Post a Comment