Sunday, 29 November 2015

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016


JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

“Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

“Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

“Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape,” titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

“Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

“Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

“Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

“Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

“Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya,” titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

Friday, 27 November 2015

Calon SPM ragut wanita dicekup




Shah Alam: Remaja lelaki yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan polis selepas terjatuh dilanggar wanita yang diragutnya, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun yang menunggang motosikal terkejut apabila beg yang diletakkan di dalam raga motosikal diragut dua lelaki yang menaiki motosikal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berang dengan tindakan suspek, mangsa kemudian melanggar motosikal suspek selepas mengejarnya kira-kira 100 meter.

Beliau berkata, kedua-dua suspek terjatuh dan seorang daripada mereka yang berusia 17 tahun ditahan orang ramai yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian manakala seorang lagi melarikan diri.

"Suspek kemudiannya diserahkan kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang dimaklumkan kejadian dan semakan mendapati motosikal Yamaha Legenda yang digunakan mereka dilaporkan hilang di Seri Muda, Seksyen 25, Isnin lalu.


ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf
ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis
ANGGOTA polis memeriksa motosikal diguna suspek. FOTO ihsan polis - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96261#sthash.613CNtzE.dpuf

Wednesday, 25 November 2015

Remaja dirogol, dilarikan diselamatkan pelanggan restoran



KUALA LUMPUR: Detik hitam dialami seorang gadis berusia belasan tahun, dirogol dan disamun tiga lelaki yang melarikannya di Cheras, Sabtu lalu, berakhir apabila diselamatkan sekumpulan pelanggan sebuah restoran.

Mangsa dari negara jiran yang juga pekerja sebuah salun rambut di Cheras, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas meminta bantuan pelanggan sebuah restoran di Balakong, Kajang, selepas kereta Proton Gen 2 dipandu suspek berhenti kerana kehabisan minyak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rotzarn Rashid, berkata dalam kejadian jam 8.50 pagi itu mangsa baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras, di sini, menuju ke tempat kerja.

"Ketika sedang berjalan kaki, wanita terbabit didatangi seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan kapak yang secara tiba-tiba memegang tangan dan memaut leher serta mengugut mangsa mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dinaiki dua lagi rakannya sebelum membawa mangsa mengelilingi kawasan perumahan di sekitar Cheras dan Balakong," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketika dalam perjalanan itu, salah seorang suspek yang tempat duduk belakang, membuka baju dan seluar mangsa sebelum merogolnya.
Rotzarn berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 24 itu juga sudah ditahan, selepas mereka turut dipukul orang awam sejurus mangsa meminta bantuan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dan Seksyen 395 kanun atas kesalahan melakukan samun.

Sementara itu, video rakaman suspek ditahan orang awam serta gambar mangsa, dikesan mula tersebar dalam laman media sosial Facebook, sejak kelmarin.

Sunday, 22 November 2015

Anak perempuan tikam bapa kerana tak restui hubungan sejenis



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris maut selepas ditikam oleh anak perempuannya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Desa Bakti, Jinjang di sini kira-kira 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R.Munusamy ketika hubungi memberitahu kejadian berlaku selepas suspek tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, sejurus selepas kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun kemudiannya dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

Wednesday, 18 November 2015

ANGGOTA POLIS PARAH TERGELINCIR DARI TINGKAT 3

ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. - Foto Ihsan Pembaca

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98036
ANGGOTA bomba mengusung mangsa yang parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di sini. - Foto Ihsan Pembaca

GEORGETOWN: Seorang polis berpangkat Lans Koperal parah selepas tergelincir dari tingkat tiga Kompleks Kediaman Polis di Jalan Lone Pine, Paya Terubong, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azrell Zainal Abidin, terjatuh akibat tergelincir ketika cuba memasuki rumahnya.

Sumber berkata, mangsa cuba memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam kediamannya.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal mengimbangkan badannya dan tergelincir ketika berbuat demikian.
"Mangsa memanjat bahagian koridor rumahnya untuk mengambil kunci yang tertinggal kunci di dalam rumahnya, selain isterinya sedang berkursus di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, mengesahkan kejadian terbabit.