TANGKAK 1 Jun - Tiga penjenayah bersenjata dipercayai terlibat dalam 10 kes samun melibatkan mangsa yang baharu mengeluarkan wang di bank ditembak mati di Jalan Parit Bunga, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi
itu, ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu
diekori anggota polis dari arah Melaka selepas mendapati kenderaan
dipandu mereka berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketua
Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, polis masih
mengenal pasti identiti kesemua suspek ekoran tiada sebarang pengenalan
diri ditemukan di tempat kejadian.
“Polis
mengekori kereta jenis BMW berwarna silver sebelum tiba-tiba salah
seorang suspek melepaskan tembakan sebelum kita menembak mati kesemua
mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi. -
UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment