Friday 2 June 2017

Ketua Polis Perak Tengah Kerap Sampaikan Khutbah Jumaat



Ketua Polis Daerah Perak Tengah iaitu YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah berani sahut cabaran dalam transformasi penyampaian khutbah Jumaat yang pernah diwar-warkan di negara kita sejak 2011 yang lalu. Beliau seringkali menyampaikan khutbah untuk solat Jumaat di kawasan Perak Tengah sejak mula bertugas di Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah yang terletak di Seri Iskandar, Perak. Inilah contoh terbaik yang harus dihormati kerana seorang penguatkuasa dan pemimpin mampu untuk menyampaikan khutbah Jumaat.

Untuk makluman anda pembaca orangperak.com, YDH. Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah adalah bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut dan telah dilantik menjadi sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah yang telah berkuatkuasa pada 22 Febuari 2017 yang lalu yang mana beliau telah menggantikan YDH. Supt. Aziz Bin Hassan yang telah bersara wajib. Kehadiran YDH. Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah sangat menarik perhatian penduduk tempatan kerana beliau boleh menyampaikan khutbah Jumaat.

ketua polis daerah perak tengah

Menyampaikan khutbah Jumaat adalah satu kelebihan yang tidak ada pada semua orang dan rata-rata ketua jabatan lain juga tidak mampu untuk buat seperti Ketua Polis Daerah Perak Tengah ini. Sejarah merekodkan bahawa khutbah Jumaat pertama disampaikan oleh Rasulullah SAW di Madinah. Keberkesanan baginda dalam menyampaikan khutbah tidak dapat disangkal lagi dan hasil khutbah baginda telah melahirkan para sahabat yang amat berkualiti dan sangat hebat.

ADS: Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ? Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini -> http://tshirtfopdrm.wasap.my/

Secara tidak lansung, tindakan YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah dalam menyampaikan khutbah Jumaat boleh menjadikan inspirasi pada anak-anak muda untuk berusaha ke arah yang lebih baik dan menjadikannya idola buat mereka. Melihat kepada pemimpin dan penguatkuasa boleh berdiri dihadapan orang ramai dan memberi hujah untuk khutbah Jumaat, ianya adalah satu perkara yang hebat disamping menggalas tugas yang berat sebagai menjawat jawatan Ketua Polis Daerah.

ketua polis daerah perak tengah
YB. Dato’ Drs. Mohd. Nizar bin Zakaria & YDH Supt. Mohamad Zainal Bin Abdullah
Kelainan ini wajar untuk diteruskan dan dijadikan ikutan yang lain. Pergi sahaja ke kawasan Perak Tengah, ramai sahaja yang memuji semua anggota Polis daerah Perak Tengah yang selalu dekat dan mesra dengan masyarakat. Perkara sebegini wajar dipuji dan ianya dapat memberi impak yang positif antara masyarakat penduduk setempat dengan pihak Polis. Biarlah ada satu kelainan yang mana tidak imam yang sama sahaja membaca khutbah dan sedikit sebanyak, perkara ini boleh menarik minat pendengar untuk lebih fokus akan intisarinya.

Kredit - http://www.orangperak.com

0 comments:

Post a Comment