KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, mengumumkan 20
pertukaran dan pelantikan pegawai kanannya berkuat kuasa pada 14 Mei
depan.
Mendahului senarai adalah Timbalan Pengarah
(Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)
Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis (DCP) Hashim Ali yang akan bertukar
jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Kekosongan jawatan beliau diisi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk M.M.S Dev Kumar yang akan memangku pangkat DCP.
Ketua
Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit
Aman, Datuk Asmawati Ahmad, berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman pula bertukar ke jawatan Urus Setia
KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Jawatan
Salehhudin akan diisi Asisten Komisioner Polis (ACP) Jauteh Dikun yang
kini Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Siasatan/Perundangan
Sabah dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).
Timbalan
Ketua JSJ, Siasatan/Perundangan Sarawak, ACP Denis Leong Soon Kuai pula
dilantik sebagai Ketua JSJ Sarawak dengan memangku pangkat SAC.
"Timbalan
Ketua Cawangan Khas II Pahang, ACP Ibrahim Saad pula dilantik sebagai
Ketua Cawangan Agensi Penguatkuasaan (Bahagian Perisikan) Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dengan memangku pangkat
SAC," katanya dalam kenyataan.
Pertukaran lain ialah ACP
Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah, ACP Zabidi Md Zain bertukar ke
jawatan Timbalan Ketua JSJ, Siasatan Perundangan Sabah dan jawatan
lamanya akan diambil alih ACP Abd Radzak Abd Ghani yang kini memegang
jawatan Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Sabah.
Pengarah
Keselamatan (Gred KP52) Universiti Putra Malaysia, ACP Md Zamri Mat
Zanu pula bertukar ke Perlis sebagai Timbalan Ketua Polis negeri.
Superintendan
Perkhidmatan (Rekod Personel) Cawangan Perkhidmatan, Jabatan Pengurusan
Bukit Aman, Superintendan Low Kim Piew dilantik sebagai ACP Task Force
Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia di jabatan sama dengan
memangku pangkat ACP.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang
Wangi, Superintendan Habibi Majinji dilantik sebagai Penolong Pengarah
JIPS (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
Pegawai
Turus Pematuhan (Zon A) JIPS Bukit Aman, Superintendan Thaipul Bahri
Mokhtar dilantik sebagai Penolong Pengarah JIPS (Tadbir Urus/Kepolisan
Am) Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
Superintendan
Inspektorat Helikopter, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Jabatan Keselamatan
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superintendan
Mohd Shukor Abdul Razak dilantik sebagai Ketua Inspektorat PGU di
jabatan sama dengan memangku pangkat ACP.
Superintendan
Keselamatan Penerbangan, PGU Jabatan KDNKA Bukit Aman, Superintendan
Alias Wahab dilantik sebagai Komander PGU Jabatan KDNKA Pangkalan
Sarawak, dengan memangku pangkat ACP.
Ketua Polis Daerah
Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw dilantik sebagai Timbalan Ketua
JPJKK (Perancangan Strategik) Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.
Ketua
Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Muda, Deputi Superintendan Wan
Azharuddin Wan Ismail dilantik menggantikan Som Sak dengan memangku
pangkat Superintendan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras,
Superintendan Ismadi Borhan dilantik Ketua Polis Daerah Serdang, dengan
memangku pangkat ACP.
Superintendan Polis Bantuan/Agensi
Pengawal Keselamatan, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan, JPJKK Bukit
Aman, Superintendan Mohd Shukri Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua
JPJKK (Perancangan Strategik) Johor dengan memangku pangkat ACP.
Timbalan
Komander (Kepolisan Am), Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas Jabatan
KDNKA Bukit Aman, Superintendan M.N M.V Srikumar dilantik sebagai
Timbalan Komander (Operasi) Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan
KDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP.
Timbalan
Ketua Polis Daerah (Operasi) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Superintendan Mohamed Mokhsein Mohamed Zon pula bertukar Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebagai Ketua Jabatan KDNKA.
- Berita Harian -