KUALA LUMPUR 21 Feb.- Sebanyak 11 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Sabah dan Singapura pada 24 Januari hingga 6 Februari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 50 tahun itu
terdiri daripada tujuh lelaki warga Filipina, tiga warga tempatan
termasuk seorang wanita.
“Kesemua suspek disyaki terlibat dalam aktiviti menguruskan kemasukan anggota pengganas dari Sabah ke selatan Filipina.
“Pihak
berkuasa Singapura juga menahan seorang lagi suspek berasal dari Pulau
Pinang yang disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh
di Syria,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah
Mohamad Fuzi, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan
di bawah Bab VIa - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun keseksaan (Akta
574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment