KUALA LUMPUR – Beliau adalah salah seorang anggota polis yang cukup digeruni penjenayah tegar suatu ketika dahulu.
Kehebatannya dalam mengendalikan pelbagai jenis senjata api dan kemampuannya menembak tepat ke arah suspek membuatkan ramai penjenayah gerun bila mendengar nama pemegang pingat keberanian kedua tertinggi negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) ini.
Nazaruddin Mohd. Zain kini telah berusia 72 tahun namun dari segi fizikal, beliau masih lagi tegap sekaligus membuatkan kita terbayang zaman ‘kegemilangannya’ dulu sewaktu tuan punya badan masih bertugas di Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Sabu berkata, minatnya dalam menjadi detektif bermula sewaktu bertugas sebagai anggota trafik di Balai Polis Jalan Bandar pada tahun 1976.
Sabu yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1965 berkata, sebelum menjadi anggota trafik, beliau terlebih dahulu bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
” Bukan tak puas jadi anggota FRU atau trafik, tetapi saya tahu jiwa
saya lebih kepada menangani jenayah, jadi untuk permulaan saya menyertai
pasukan Unit Tindak Khas (UTK). Dalam UTK tugas saya lebih kepada
mengawal pergerakan serta keselamatan Perdana Menteri dan timbalannya.
” Hampir 10 tahun dalam UTK saya kemudian dipindahkan sebagai penolong pegawai penyiasat trafik, malangnya saya tak dapat menyesuaikan diri dengan dengan tugasan tersebut.
” Saya ni cepat marah, malah suatu hari tu saya hampir bertumbuk dengan pengadu, ini membuatkan pegawai atasan saya mengarahkan saya ke D9 sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Sarjan pada tahun 1996,” ujarnya.
Sabu berkata demikian kepada theRakyat.com di kediamannya di Cheras, di sini hari ini.
Ternyata pengalaman 10 tahun dalam D9 benar-benar memberikan kepuasan kepada beliau sewaktu bertugas dalam PDRM.
Dalam cawangan tersebut, beliau diberi tanggungjawab untuk membantu pegawainya mengendalikan kes-kes jenayah berat seperti pembunuhan, rompakan bersenjata dan penculikan.
Dalam tempoh tersebut, beliau terlibat dalam pelbagai operasi
melibatkan insiden berbalas tembak dengan penjenayah sehingga satu
ketika pernah mendapat jolokan ‘Malaikat Maut’.
Ketika diminta untuk menceritakan pengalaman beliau, Sabu berkata, beliau tidak berniat untuk riak atau meninggi diri tetapi satu yang pasti, ramai penjenayah mati di hujung senjatanya.
” Setiap kali terlibat dalam operasi, saya membawa sekurang-kurangnya
tiga senjata api bersama saya. Ada yang diselit di pinggang, ada yang
saya ikat di kaki dan ada yang saya pegang. Jangan ingat saya ni tak ada
perasaan takut, bohong kalau anggota polis tiada perasaan takut
terutama bila kita mendapat maklumat musuh yang kita cari itu turut
membawa senjata api.
” Namun sebaik saja kenderaan yang saya naiki bergerak, perasaan takut itu tiba-tiba bertukar menjadi semangat yang membara. Apatah lagi bila rakan-rakan sepasukan kita juga sudah bersemangat dengan senjata di tangan masing-masing.
” Bila saja sampai ke lokasi, perasaan semangat itu menjadi perasaan benci yang meluap-luap pula terutama bila kita tahu suspek memang ganas dan suka membunuh mangsanya…pada saat ini dalam fikiran saya hanya satu, kalau dia (suspek) enggan menyerah dan sanggup menyerang kami (polis), saya akan tembak dia sampai mati!,” tegas Sabu.
Menurut Sabu, selalunya apabila pasukannya sampai ke lokasi sasaran,
penjenayah tidak punya banyak masa untuk melarikan diri kerana mereka
terlebih dahulu telah menyiasat, membuat risikan dan membuat perancangan
teliti agar tiada siapa yang terlepas dalam kepungan mereka.
Tambahnya, kebetulan dalam pasukannya dulu ramai di antara mereka merupakan bekas anggota UTK yang memang terlatih dalam ‘permainan’ senjata api.
” Percaya atau tidak, bila pasukan kami sampai, tak sampai lima mint semuanya akan ‘selesai’,” katanya.
Bercakap mengenai risiko, Sabu berkata, walaupun ramai pihak mengagumi beliau dalam menjalankan ‘tugasnya’, namun sebagai manusia biasa, beliau akur dengan ketentuanNya.
Ini kerana katanya, beliau juga sama seperti insan lain yang penuh dengan kekurangan serta kelemahan tersendiri.
” Saya juga pernah berhadapan dengan maut apabila ditembak di tengkuk
dalam satu operasi khas, saya dianugerahkan pingat keberanian kedua
tertinggi negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) disebabkan
peristiwa itu, satu penghormatan yang cukup besar namun ternyata ada
harga yang perlu ‘dibayar’,” ujarnya.
Selain daripada insiden penggunaan senjata api, Sabu juga banyak terlibat dalam pergelutan yang menggunakan tenaga fizikal.
Katanya, ini belum ditambah dengan cabaran penjenayah yang menggunakan ilmu mistik dalam usaha untuk mengelak daripada diberkas.
” Saya pernah berhadapan dengan suspek yang jarak saya dengan dia cuma beberapa depa saja namun di mata saya jarak kami berdua seolah-olah ‘sangat jauh’.
” Pernah juga ada ketikanya saya menembak seorang penjenayah warga asing yang memakai tangkal berupa kulit kambing, bayangkan peluru yang dilepaskan langsung tidak memberi kesan pada tubuhnya.
” Ini agak lucu, pernah satu ketika saya bertumbuk sakan dengan seorang suspek, dia langsung tak ada tanda-tanda nak menyerah diri, akhirnya bila saya berjaya menjatuhkan tubuhnya ke tanah, saya buka zip dan kencing ke mukanya, rupa-rupanya tindakan saya itu tepat kerana tindakan saya itu berjaya ‘melumpuhkan ilmu kebal’ yang dimilikinya,” katanya sambil tersenyum.
Walaupun telah lama bersara, Sabu memilih untuk terus bekerja dan
bukan ‘duduk saja’. Beliau kini bertugas dengan sebuah syarikat kawalan
keselamatan bagi memenuhi masa lapangnya.
Untuk pegawai dan anggota PDRM, Sabu berharap mereka tidak gentar dan terus komited dalam memerangai jenayah walaupun risikonya cukup tinggi.
Namun katanya, yang penting setiap pegawai dan anggota perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pada masa yang sama sentiasa melakukan perancangan yang teliti sebelum terlibat dalam satu-satu operasi.
” Sampai sekarang saya masih ‘gian’ nak tembak penjenayah terutama
yang bertindak kejam terhadap mangsa-mangsa mereka, semangat untuk
menjaga keamanan tanah air yang dicintai ini tak pernah pudar.
” Pesan saya pada warga PDRM, apapun utamakan dulu keselamatan diri sendiri sebelum bertindak dan betulkan niat, kalau niat kita tak betul, percayalah operasi yang kita buat akan gagal atau tidak mencapai hasil seperti mana yang kita harapkan,” kata Sabu mengakhiri perbualan. -theRakyat.com.
Sumber - https://therakyat.com/2018/02/28/eksklusif-saya-gian-nak-bunuh-penjenayah-sabu/
Kehebatannya dalam mengendalikan pelbagai jenis senjata api dan kemampuannya menembak tepat ke arah suspek membuatkan ramai penjenayah gerun bila mendengar nama pemegang pingat keberanian kedua tertinggi negara, pingat Panglima Gagah Berani (PGB) ini.
Nazaruddin Mohd. Zain kini telah berusia 72 tahun namun dari segi fizikal, beliau masih lagi tegap sekaligus membuatkan kita terbayang zaman ‘kegemilangannya’ dulu sewaktu tuan punya badan masih bertugas di Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Sabu berkata, minatnya dalam menjadi detektif bermula sewaktu bertugas sebagai anggota trafik di Balai Polis Jalan Bandar pada tahun 1976.
Sabu yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1965 berkata, sebelum menjadi anggota trafik, beliau terlebih dahulu bertugas sebagai anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Temubual eksklusif bersama Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
” Hampir 10 tahun dalam UTK saya kemudian dipindahkan sebagai penolong pegawai penyiasat trafik, malangnya saya tak dapat menyesuaikan diri dengan dengan tugasan tersebut.
” Saya ni cepat marah, malah suatu hari tu saya hampir bertumbuk dengan pengadu, ini membuatkan pegawai atasan saya mengarahkan saya ke D9 sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Sarjan pada tahun 1996,” ujarnya.

Antara
gambar-gambar lama yang disimpan oleh Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu
ketika menjalankan operasi sepanjang bertugas sebagai Unit Tindakan
Khas. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
Ternyata pengalaman 10 tahun dalam D9 benar-benar memberikan kepuasan kepada beliau sewaktu bertugas dalam PDRM.
Dalam cawangan tersebut, beliau diberi tanggungjawab untuk membantu pegawainya mengendalikan kes-kes jenayah berat seperti pembunuhan, rompakan bersenjata dan penculikan.

Antara
gambar-gambar lama yang disimpan oleh Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu
ketika menjalankan operasi. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
Ketika diminta untuk menceritakan pengalaman beliau, Sabu berkata, beliau tidak berniat untuk riak atau meninggi diri tetapi satu yang pasti, ramai penjenayah mati di hujung senjatanya.

Antara
gambar-gambar lama yang disimpan oleh Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu
ketika menjalankan operasi. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
” Namun sebaik saja kenderaan yang saya naiki bergerak, perasaan takut itu tiba-tiba bertukar menjadi semangat yang membara. Apatah lagi bila rakan-rakan sepasukan kita juga sudah bersemangat dengan senjata di tangan masing-masing.
” Bila saja sampai ke lokasi, perasaan semangat itu menjadi perasaan benci yang meluap-luap pula terutama bila kita tahu suspek memang ganas dan suka membunuh mangsanya…pada saat ini dalam fikiran saya hanya satu, kalau dia (suspek) enggan menyerah dan sanggup menyerang kami (polis), saya akan tembak dia sampai mati!,” tegas Sabu.

Antara
gambar-gambar lama yang disimpan oleh Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu
ketika menjalankan operasi . foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
Tambahnya, kebetulan dalam pasukannya dulu ramai di antara mereka merupakan bekas anggota UTK yang memang terlatih dalam ‘permainan’ senjata api.
” Percaya atau tidak, bila pasukan kami sampai, tak sampai lima mint semuanya akan ‘selesai’,” katanya.
Bercakap mengenai risiko, Sabu berkata, walaupun ramai pihak mengagumi beliau dalam menjalankan ‘tugasnya’, namun sebagai manusia biasa, beliau akur dengan ketentuanNya.
Ini kerana katanya, beliau juga sama seperti insan lain yang penuh dengan kekurangan serta kelemahan tersendiri.

Temubual eksklusif bersama Sarjan (B) Nazaruddin @ Sabu di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.

Sarjan
(B) Nazaruddin @ Sabu menunjukkan pingat Panglima Gagah Berani ketika
ditemubual di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
Katanya, ini belum ditambah dengan cabaran penjenayah yang menggunakan ilmu mistik dalam usaha untuk mengelak daripada diberkas.
” Saya pernah berhadapan dengan suspek yang jarak saya dengan dia cuma beberapa depa saja namun di mata saya jarak kami berdua seolah-olah ‘sangat jauh’.
” Pernah juga ada ketikanya saya menembak seorang penjenayah warga asing yang memakai tangkal berupa kulit kambing, bayangkan peluru yang dilepaskan langsung tidak memberi kesan pada tubuhnya.
” Ini agak lucu, pernah satu ketika saya bertumbuk sakan dengan seorang suspek, dia langsung tak ada tanda-tanda nak menyerah diri, akhirnya bila saya berjaya menjatuhkan tubuhnya ke tanah, saya buka zip dan kencing ke mukanya, rupa-rupanya tindakan saya itu tepat kerana tindakan saya itu berjaya ‘melumpuhkan ilmu kebal’ yang dimilikinya,” katanya sambil tersenyum.

Sarjan
(B) Nazaruddin @ Sabu (kiri) menceritakan semula pengalaman kepada
anaknya, Tun Fara (kanan) sambil membelek keratan akhbar dan
gambar-gambar lama di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI
2018.
Untuk pegawai dan anggota PDRM, Sabu berharap mereka tidak gentar dan terus komited dalam memerangai jenayah walaupun risikonya cukup tinggi.
Namun katanya, yang penting setiap pegawai dan anggota perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pada masa yang sama sentiasa melakukan perancangan yang teliti sebelum terlibat dalam satu-satu operasi.

Temubual
eksklusif bersama bekas penembak tepat UTK, Sarjan (B) Nazaruddin @
Sabu di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2018.
” Pesan saya pada warga PDRM, apapun utamakan dulu keselamatan diri sendiri sebelum bertindak dan betulkan niat, kalau niat kita tak betul, percayalah operasi yang kita buat akan gagal atau tidak mencapai hasil seperti mana yang kita harapkan,” kata Sabu mengakhiri perbualan. -theRakyat.com.
Sumber - https://therakyat.com/2018/02/28/eksklusif-saya-gian-nak-bunuh-penjenayah-sabu/
0 comments:
Post a Comment