HULU SELANGOR: Lelaki yang memandu secara
melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah
selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari
ini, memiliki 64 saman belum selesai, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik
yang tidak selesai.
Malah, suspek berusia 37 tahun itu juga didapati tidak memiliki lesen memandu.
Ketua
Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata,
kemalangan pada jam 9.15 pagi itu berlaku apabila lori dipandu berkenaan
memandu di lorong tengah dengan melawan arus sejauh kira-kira tiga
kilometer.
Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini -> http://tshirtfopdrm2.wasap.my/ -(011-32339588)
...............
Bak
Phai berkata, kedua-dua pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang
kecederaan, manakala dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan
hadapan akibat kemalangan itu.
“Hasil
ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati
negatif dadah. Lelaki itu juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk
diambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dihantar ke
Jabatan Kimia.
“Semakan
mendapati suspek mempunyai 64 saman belum selesai, 36 waran tangkap dan
15 kes trafik yang tidak dikompaun. Selain itu, suspek yang tidak
memiliki lesen memandu itu mempunyai satu rekod lampau jenayah berkaitan
kes curi.
Beliau berkata, suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Kes
disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana
memandu secara berbahaya dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana
perbuatan membahayakan nyawa orang lain,” katanya.
Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat turut tular selepas dimuat naik di media sosial, hari ini.
- BH -
0 comments:
Post a Comment