LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.
Perdana
Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula
selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.
“Saya
nak tolong tapi kalau tak ada bantuan...saya pun tak boleh tolong juga.
Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.
“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara...orang panggil balik, jadi saya datang.
“Kalau
tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada
masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi
Langkawi di sini, hari ini.
Terdahulu,
kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan
membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi
penjelasan berhubung isu e-hailing.
Sesi
dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa
pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan
‘mencuri’ pelanggan.
Terdahulu,
Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang
diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti
teksi bagi memastikan persaingan adil.
“Saya
pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet...saya beritahu Menteri
(Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini
tiada kemajuan langsung.
“Saya
akan usaha lagi...saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian
saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita
boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.
- BERITA HARIAN -
0 comments:
Post a Comment