BALI: Pembinaan lebuh raya tanpa
mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr
Mahathir mendedahkan, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar
lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya
Pakatan Harapan (PH).
“Kami
mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan
menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini
menjadi beban yang besar.
“Pada
masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia
tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan
percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol,” katanya
kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di
sini, semalam.
Perhimpunan
itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan
Bank Dunia bertemakan ‘Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan
Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan
Global’.
Ini
lawatan kedua Dr Mahathir ke Indonesia sejak menjadi Perdana Menteri
bagi kali kedua susulan pilihan raya bersejarah Malaysia pada Mei dan
perhimpunan peringkat ASEAN menjelang Sidang Kemuncak perkumpulan 10
anggota itu bulan depan di Singapura.
Menjelaskan
lebih lanjut mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan
menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan
kutipan tol.
“Anda
minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih
keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana
hendak mendapatkan keuntungan?” katanya.
Dr
Mahathir berkata di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan
negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan
apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai lebih tinggi.
“Jadi,
mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun, jika anda memperoleh wang
daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh
raya juga perlu membayar.
“Tetapi
di sini, pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita, bagi
mereka yang tidak menggunakan (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?”
katanya.
Dr
Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa
perkara yang diikrarkan kerana sebahagiannya akan mengakibatkan
kerugian yang sangat besar jika dilaksanakan. - BERNAMA
.......................
Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini -> http://tshirtfopdrm2.wasap.my/ -(011-32339588)
...............
.......................
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini -> http://tshirtfopdrm2.wasap.my/ -(011-32339588)
...............
0 comments:
Post a Comment