Monday 8 October 2018

Pemandu lori lawan arus direman empat hari

 


KUALA LUMPUR: Pemandu lori yang memandu melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 432 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, direman empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, reman terhadap suspek, 37, yang juga pemandu lori kepada sebuah syarikat pembekal ubat bermula hari ini hingga 11 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, NSTP melaporkan pemandu lori terbabit memandu melawan arus sejauh kira-kira tiga kilometer di lokasi berkenaan sebelum kenderaan itu melanggar sebuah lagi lori yang berada di lorong sama, semalam.

VIDEO>>

Semakan mendapati lelaki terbabit memiliki 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik tidak dikompaun, selain tidak memiliki lesen memandu.

Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah.
Suspek kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dihantar ke Jabatan Kimia.

- BH -

Nak dapatkan T-SHIRT Friends Of PDRM ?
Berminat nak beli? Terus WhatsApp Admin tekan sini  -> http://tshirtfopdrm2.wasap.my/  -(011-32339588)

...............

0 comments:

Post a Comment