 
 
KUALA
 LUMPUR 31 Okt. Kerajaan membayangkan tiada lagi pemberian subsidi 
kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana di negara ini.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir 
Mohamad berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu 
berfikir dan tidak boleh berdikari.
Katanya, kerajaan kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat.
“Lihat
 saja kerajaan terdahulu, mereka memberi wang kepada golongan miskin dan
 golongan itu tidak perlu bekerja. Walaupun tidak bekerja,tetap mendapat
 RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
“Jika 
Malaysia terus menjadi sedemikian, tidak lama lagi, semua orang tidak 
akan mampu berfikir, tidak boleh bergerak dan tidak boleh melakukan 
kerja dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada subsidi,” katanya 
kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, 
Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.
Yang
 turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk 
Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia 
(FMM), Datuk Soh Thian Lai. 
-UTUSAN ONLINE
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment