Monday, 6 July 2015

LUAHAN ANGGOTA PDRM TENTANG HARI RAYA

Luahan anggota PDRM .. Sedih!

Assalamualaikum..wbt dan salam sejahtera buat semua sahabat handai yang mana mengenali@tidak terhadap diri sy.

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat diharap dibulan yg mulia ini penuh dengan keifklasan dan bertawaduk kepada Allah SWT.

Disini saya ingin mengutarakan luahan rasa hati sekian lama terhadap kebajikan serta pengurusan PDRM kepada pegawai/anggota yang berasal Semenanjung Malaysia (bertugas di semenanjung) tetapi isteri berasal Sabah&Sarawak tidak dapat menuntut waran/tiket kapal terbang untuk pulang kesana.

Semenjak saya berumahtangga dengan isteri (Kota Kinabalu, SABAH) tahun 2004 sehingga ke hari dan saat ini, saya hanya pulang menziarahi ibu dan ayah mertua baru sekali pada tahun 2008 (hari raya) bersama isteri (dua org ank) pada waktu itu.

Sekarang tahun 2015, saya dimurahkan rezeki dengan 6 orang cahayamata dengan isteri tidak bekerja kos sara hidup yang tinggi namun saya tetap nekad menyimpan sedikit wang dari gaji saya supaya dapat membeli#booking tiket kapal terbang untuk balik beraya bersama 8 beranak di Kota Kinabalu, SABAH.

Sayu juga hati saya, tiap-tiap tahun dari 2008 sehingga 2015 saya bawak isteri dan anak-anak pulang beraya di kampung halaman saya Rembau,N.sembilan.
Saya faham kesedihan isteri acap kali menjelang ramadhan dan syawal, setiap tahun, kelihatan sayu dan hiba kerana tidak dapat pulang beraya bersama ibu dan bapanya, walaupun 2 tahun sekali tak pernah tercapai.

Anda boleh bayangkan tidak, jika ibu dan ayah mertua saya meninggal dunia, pasti isteri amat sedih dan pilu jika tiada waran/tiket untuk kami pulang kesana buat penghormatan kali terakhir.
Saya akui kekurangan ekonomi keluarga disebabkan saya seorang bekerja untuk menyara isteri dan 6 orang anak termasuk 1 OKU, semoga Allah beri pertolongan dan dipermudahkan segala urusan kami..Aamin
- Perwira -
‪#‎KeselamatanNegara‬
‪#‎DijagaWalauDiriTiadaApa‬


- Gambar Hiasan -

0 comments:

Post a Comment