TAIPING 26 April - Seorang pelajar maut manakala dua anggota polis cedera apabila dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan di Kilometer 223.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30
pagi itu, Koperal Khairul Zulhamie Mat Deris, 29, dan Koperal Mohd.
Zamri Zainal, 47, dari Unit Pasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) sedang
membantu kereta Honda Civic dipandu Muhammad Hakeem Badrol Hisham, 21,
yang mengalami masalah tayar pancit.
Bagaimanapun, sebuah lori muatan barangan
runcit dipandu lelaki berusia 35 tahun hilang kawalan lalu melanggar
kenderaan peronda polis dan kereta Muhammad Hakeem yang berada di
hadapan sebelum mengenai ketiga-tiga mangsa.
Ketua
Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, akibat
kemalangan itu, Muhammad Hakeem maut di tempat kejadian manakala dua
anggota polis itu pula masing-masing patah kaki kanan dan kiri.
Katanya,
seorang lagi anggota polis Koperal Yaacob Udin, 53, dan pemandu lori
itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dua
anggota polis terbabit dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan
lanjut dan mayat Muhammad Hakeem juga dihantar ke hospital sama untuk
bedah siasat,” katanya.- UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment