Thursday 6 August 2015

Ajal digilis lori

Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal wanita berusia 22 tahun maut selepas kepalanya digilis lori dalam kejadian di atas jejambat di Jalan Tun Razak, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa yang dikenal pasti sebagai Norfarahsuhana Mohd Adil, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dalam perjalanan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Siasatan awal mendapati mangsa terlanggar bahagian belakang sebelah kiri lori yang berada di lorong kanan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh lalu digilis lori berkenaan menyebabkan kepalanya hancur," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 comments:

Post a Comment