Monday 3 August 2015

Konstabel dipenjara sehari, denda RM20,000 ambil rasuah


IPOH 3 Julai - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dihukum penjara sehari dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini selepas mengaku bersalah bagi tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM4,000, tahun lalu.

Hakim Rihaida Rafie turut memerintah Mohd. Azrol Azreen Abu Hassan, 27, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim supaya menjalani hukuman penjara tambahan selama 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut. - UTUSAN ONLINE.

0 comments:

Post a Comment