Sunday 2 September 2018

GRO DICEKUP DI SELANGOR



PUCHONG: Seramai 38 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Selangor di sebuah pusat hiburan di Bandar Puteri Puchong, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, premis berkenaan didapati menawarkan perkhidmatan gadis GRO yang turut disyaki menawarkan perkhidmatan seks di luar premis.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

“Ketika semakan dilakukan, kami mendapati GRO berkenaan adalah warga Vietnam dan Thailand, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen selain melanggar syarat pas lawatan sosial.

“GRO itu juga dipercayai turut menawarkan perkhidmatan seks di luar premis dengan harga RM200 hingga RM300 mengikut tawaran atau tip daripada pelanggan.

“Selain itu, enam lelaki termasuk empat pekerja asing disyaki pekerja premis juga ditahan,” katanya.
Khaizam berkata, hasil semakan juga mendapati premis yang beroperasi sejak dua tahun lalu itu sudah beberapa kali diserbu pihak berkuasa.

- Berita Harian -

0 comments:

Post a Comment